Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Pemuda manis bertubuh mungil itu menolak perlahan kerusi roda tersebut tanpa mengeluarkan apa-apa bicara. Hanya menyepikan diri.
Jejaka tampan berwajah pucat itu turut senyap. Tidak berniat ingin berbual kerana fikirannya sedikit kusut dengan pelbagai bayangan yang tidak jelas. Dia lebih nyaman dengan suasana seperti ini. Sunyi tapi tidak canggung.
" Tahun akan berganti malam ini "
Suara serak basah yang keluar dari mulut Flavio membuatkan lamunan Gillbert terpadam begitu sahaja. Dia hanya berdeham perlahan dan mengangguk sahaja.
" Akan ada beberapa aktiviti malam ini di bandar. Apakah kau ingin mengikutinya ? "
Gillbert hanya menggelengkan kepala, " Bagaimana aku mahu mengikuti pelbagai aktiviti di sana jika keadaan ku begini ? "
Flavio terdiam mendengar itu. Dia berhenti daripada mendorong kerusi roda tersebut ketika mereka sudah sampai di taman hospital untuk menenangkan jiwa.
" Jika ingin melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, mesti perlukan banyak pergerakan. Jika kau ingin pergi, pergi sahaja. Aku bisa duduk sendirian di rumah. Jangan jadikan diriku ini adalah penghalang kebebasan mu. Lakukan apapun yang kau suka. Aku bisa menjaga diriku sendiri. Tidak perlu risau " katanya dengan lembut. Mendongak, memandang wajah sang tunangan dengan senyuman nipis di bibir pucat.
Flavio mengetap bibirnya, menahan getaran sedih. Hatinya terasa remuk mendengar kata-kata Gillbert. Dia menunduk, memeluk leher jenjang jejaka itu dengan erat.
" Tidak.. " ucapnya perlahan. Ada getaran hiba ketika dia mengatakan itu. Dia tidak bisa mengeluarkan kata-kata lain kecuali perkataan tidak sahaja. Disebalik satu kata itu, sebenarnya, banyak arti yang terpendam di dalam hatinya.
Gillbert senyum. Dia mengelus lengan Flavio lalu dia menunduk, mengucup tangan tersebut yang tergenggam dengan erat, " Terima kasih kerana masih menerima diriku " katanya, perlahan. Serius, dia berasa sangat rendah diri dengan keadaannya seperti ini dan berdampingan dengan Flavio yang sempurna dari segi fizikal.
Flavio menenggelamkan wajahnya di leher tersebut, mengucup lembut tengkuk Gillbert, menyalurkan cinta yang hangat. Hatinya berdenyut perlahan, merangkai ayat-ayat cinta yang tidak bisa dia ungkapkan melalui kata-kata. Di dalam hatinya, berdoa agar kehidupan mereka bahagia hingga ke akhir hayat bersama setiap butiran air mata yang turun, membasahi permukaan leher Gillbert.
" Ya Tuhan, bahagiakan lah kami.. "
Gillbert senyum hambar, perit apabila mendengar bisikan doa tersebut. Cinta mengusik hatinya bersama jiwa yang menjerit. Ubun-ubun terasa dingin apabila diterpa bayu petang. Dia menarik nafas lalu dilepaskan.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE , FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...