Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Angin dingin bersiul lembut menciptakan bunyi gemerisik dedaunan dan ranting yang saling bergeselan antara satu sama lain. Cakrawala berwarna abu-abu. Gumpalan-gumpalan kapas mulai berarak mendung, menyempil sesama sendiri, menyembunyikan dewa matahari membuatkan tiada satupun cahaya yang menembus keluar. Cuaca sangat tidak baik malah ia sungguh dingin sekali hingga mencengkam ke dalam kulit dan menyentuh tulang.
Satu tangan berjemari panjang dan kasar sedang menggenggam tangan mungil yang berjari pendek. Mereka saling menghayunkan tangan mengikuti rentak langkah kaki. Seulas bibir tipis berwarna merah jambu pekat bersenandung riang, mengeluarkan bunyi yang tidak jelas tetapi sangat membahagiakan sekeping hati milik sang jejaka tampan yang sedang berjalan berdua-duaan bersama puterinya.
Rambut nipis berwarna hitam yang ditutupi oleh topi, mendongak ke atas, memerhatikan langit yang kian gelap. Dia melipat bibir ke dalam dan menunduk, melihat sang anak yang sedang meloncat-loncat kecil, penuh kegembiraan. Tangan mereka masih setia tergenggam. Tiada sesiapa yang berniat ingin melepaskannya kerana mereka sangat nyaman dengan secebis kehangatan yang tersalur dari tapak tangan masing-masing.
" Mungkin tidak lama lagi akan hujan. Kita perlu cepat pulang, sayang. Nanti papa akan risau jika kita pulang terlambat. " kata Gillbert dekat sang puteri yang sedang menggigiti sarung tangan berbulu kambing biri-biri.
Walaupun usia Hannie hampir menginjak 17 bulan, tetapi, Hannie sudah pandai berbicara walaupun selalu menyebut satu patah perkataan sahaja. Dan Hannie juga sudah pandai berjalan dan berdiri dengan waktu yang agak lama tetapi mesti ada dia ataupun Flavio di sisi Hannie untuk bersiap-sedia menangkap sang puteri ketika hampir terjatuh ke tanah.
Manik hitam langit malam yang mempunyai bulatan lebih kecil memandang ke arah netra yang mempunyai warna yang sama dengannya tetapi cuma lebih kuat dan lebih tinggi sahaja. Otaknya memproses setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh sang ayah. Perlahan-perlahan, dia menganggukkan kepalanya sahaja, mengiyakan apa yang dikatakan oleh daddy walaupun dia tidak memahami apapun.
" Sini. Biar daddy gendong. " Gillbert membungkukkan sedikit tubuhnya ke arah Hannie bersama kedua tangan yang terbuka sangat lebar, bersedia mendakap tubuh kecil tersebut.
Hannie tertawa kecil dan melompat ke arah jejaka tampan tersebut. Lengannya memeluk leher jenjang itu dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya dalam waktu yang sekejap.
Gillbert terus mendukung Hannie yang bersandar di dadanya dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja. Manakala, lagi satu tangan memegang dua plastik putih bersaiz besar yang dipenuhi oleh makanan.
Selepas memastikan Hannie berada di dalam posisi yang nyaman, Gillbert menyambung melangkah kakinya. Seulas bibir kissable pucat menggumamkan muzik yang merdu walaupun kedengaran kabur. Wajah tampan tersebut terlihat sangat tenang sekali. Kulit putihnya semakin putih malah cenderung ke pucat apabila disapa oleh angin dingin.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE , FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...