Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
2 bulan kemudian...
Angin basah bertiup lembut bagaikan seruling dari seorang pengembala yang tidak berteman. Kesunyian. Bunyi deburan ombak menampar pasir pantai sungguh menenangkan. Dewa matahari tegak di atas kepala, menyebarkan cahaya teriknya yang keras. Lautan tampak berkilat diterpa cahaya matahari. Langit biru tanpa mempunyai gumpalan kapas putih berbentuk abstrak. Daun-daun pokok berjatuhan dan dibuai oleh angin jika ia tidak kuat memegang tangkai dengan erat. Debuan pasir berterbangan halus. Bunga-bunga liar yang bertumbuh di rerumputan halus di situ, bergoyang-goyang lembut bila diterpa angin halus yang ringan.
Suasana yang hening itu dikoyak dengan suara jeritan yang riang. Pelbagai suara yang bercampuran seperti sekumpulan lebah.
Di tengah-tengah pantai yang kosong itu, sekumpulan manusia yang berpakaian seksi tengah bermain-main di situ. Perempuan ada yang memakai bikini ataupun baju mandi yang singkat separas paha manakala lelaki memakai boxer bersama singlet.
Keadaan sungguh bising dengan jeritan dan ketawa riang sekumpulan manusia itu yang tengah bermain volleyball di situ.
" Lucy ! Ambil ini !! " teriak Flavio dengan kuat. Flavio mencampakkan bola tampar di udara lalu dia melompat. Tapak tangannya bertemu dengan bola tersebut dan bola itu bergerak laju ke arah gadis bikini oren tanah yang dipanggil Lucy.
Lucy bersiap siaga menerima bola tersebut dari Flavio. Dia terus mengenggam kedua tangannya dengan erat lalu melambungkan bola itu dengan kedua-dua tangannya.
Seorang lelaki berambut panjang separas bahu berlari dan melompat kecil, menampar bola tersebut menuju ke arah kumpulan Flavio.
" Ambil balik ! " jerit lelaki berambut panjang itu dengan ketawa besar.
Mata coklat gelap Flavio terbuntang besar bila melihat bola tampar itu meluru ke arahnya dengan laju. Dia tidak tahu mahu bertindak apa dan hanya membiarkan bola itu menuju ke arahnya.
Pang!!
" Vio !! "
Flavio terus berundur ke belakang dan masa itu, Anastasia yang memakai bra warna hijau cair bertali halus dan skirt panjang separas betis hijau pekat melambungkan bola dengan kedua tangan yang mendekap.
" Vio, faster ! " pinta Anastasia.
Flavio mengangguk. Dia terus melompat dengan tinggi dan menampar bola tersebut dengan kuat.
Bola tersebut meluru laju ke arah kumpulan Lucy. Seorang lelaki berambut keriting ingin melambung bola tersebut tetapi matanya terbuntang bila bola itu melepasi kepalanya dan jatuh di atas pasir.
" Yeahh !!! " teriak kumpulan Flavio dengan gembira bila kemenangan berpihak kepada mereka. Mereka melompat riang lalu berpelukan antara satu sama lain.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE , FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...