Summertime Sadness ( II )

247 10 0
                                    

Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.

Seulas bibir semerah delima memberikan beberapa kucupan di punggung tangan yang mempunyai jemari panjang dan bertekstur kasar. Sepasang mata indah berwarna coklat gelap terlihat sayu dengan kelopak yang membengkak kemerahan kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata tanpa henti.

" Honey, bila kau mahu bangun ? "

Flavio menenggelamkan separuh wajahnya di punggung tangan tersebut dengan helaan nafas yang lemah. Dia menggenggam tangan jejaka tampan tersebut dengan erat bagaikan tidak membenarkan jejaka tersebut pergi ke mana-mana tanpa adanya di sisi.

Manik coklat gelap menatap wajah tampan tersebut yang terlihat pucat di pandangan matanya. Lalu, pandangannya beralih ke sebelah sang dominan. Bibirnya menguntumkan sebuah senyuman hambar ketika melihat Hannie yang sudah tertidur pulas di samping sang tunangannya.

Flavio menutup matanya dan kembali mengucup punggung tangan Gillbert dalam waktu yang lama. Dalam hatinya memanjat doa kepada Tuhan, dia berharap bahwa Gillbert akan terbangun dalam waktu yang sekejap dan tidak sampai berbulan-bulan. Dan yang paling ditakuti olehnya adalah Gillbert langsung tidak membuka mata dan meninggalkannya sendirian di dalam dunia yang penuh dengan dugaan ini.

Membayangkan sahaja Gillbert meninggalkannya sudah boleh membuatkannya menangis, apatah lagi jika perkara yang difikirkannya itu benar-benar terjadi. Mungkin dia akan berasa sangat-sangat terpuruk dan berasa ingin mati sahaja.

Pemuda manis tersebut melepaskan tangan Gillbert daripada genggamannya dan kembali meletakkan tangan lemas jejaka tampan tersebut di tempat asal dengan baik dan berhati-hati, tidak mahu mengganggu sang tercinta daripada tidur lena.

Dia bangun daripada duduk sambil membawa kesemua rambut panjangnya ke belakang. Mengumpulkan kesemua helaian rambutnya dan menggulung dengan asal-asalan lalu ditusuk dengan pin rambut yang pernah diberikan oleh Gillbert sewaktu kembang api beberapa bulan yang lepas.

Langkah kakinya menuju ke arah tandas yang terletak di bahagian hujung untuk melepaskan hajat kecilnya yang sudah berada di hujung.

Beberapa minit kemudian, Flavio kembali melangkah keluar daripada tandas dengan wajah yang bertompok-tompok basah oleh cairan bening yang mengalir di permukaan kulitnya. Dia baru sahaja membasuh wajahnya menggunakan air wastafel supaya dia dapat menyegarkan dirinya.

" Vio. "

Langkah kaki Flavio terus terhenti begitu sahaja ketika mendengar seseorang memanggil namanya. Suara yang sangat-sangat dikenali olehnya. Suara yang sangat-sangat dirindui olehnya.

Dengan lambat, Flavio mengangkat wajahnya. Saat itu, sepasang mata indah berwarna coklat gelap mula berkaca-kaca, menakungkan cairan bening yang terasa panas. Dadanya terasa sempit dengan nafas yang sesak ketika tangisan menyerbunya.

LOVE , FETISHTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang