Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Hening.
Hanya bunyi sekumpulan burung berkicauan yang terbang ingin pulang ke sarang masing-masing kerana malam yang akan datang dalam satu jam lagi.
Manik jernih hitam pekat dan netra coklat gelap bertatapan, menyalurkan perasaan yang berkecamuk.
Kusut.
" Kau... Kau tipu kan ? " tanya Gillbert, seperti tidak mempercayai apa yang didengarinya tadi. Perlahan-perlahan, cengkaman tangannya di leher Flavio, melonggar lalu terhempas di udara yang dingin.
Flavio menggeleng kepala, " Tidak.. Aku melakukan itu juga kerana aku cemburu. Cemburu ketika mengetahui kau dan Angela bercinta dasarkan saat itu, aku ada menyimpan perasaan terhadap kau. Dan setahun kemudian, kau berpindah dari sekolah itu. Aku mulai melupakan kau. Cinta aku terhadap kau saat itu sudah hilang. Aku mulai tidak mempercayai cinta kerana peristiwa Gia dan cintaku yang tidak dibalas "
" Dan aku tidak sangka kita boleh berjumpa semasa kita sudah dewasa. Kau tidak mengenali aku dan aku juga tidak mengenali kau. Aku jujur di sini, aku tidak mengenali kau kerana aku sudah melupakan kau seperti kau tidak pernah wujud dalam hidupku. Lagi satu, kerana muka kau berubah seratus peratus tetapi bila kau menceritakan kisah kau dengan Angela itu, aku mengingati kesemuanya "
" Aku tidak menyangka, aku akan kembali mencintai cinta pertama ku. Kau bertakhta di hatiku kembali " ucap Flavio dengan suara yang bergetar. Titisan-titisan air mata mengalir di pipinya.
" Apakah kau tahu, saat itu aku sakit. Sahabat yang aku sayangi membunuh diri manakala seseorang yang aku cintai pergi jauh dari hidupku walaupun dia tidak membalas cintaku. Untung waktu itu aku mempunyai Anastasia untuk menyokong ku "
Gillbert berundur setapak demi setapak ke belakang. Kepala digelengkan beberapa kali dengan mata yang terbeliak besar.
Apakah Anastasia mengetahui juga ?
" Disebabkan itu lah, aku cuba berusaha tidak mahu mencintai kau. Aku takut aku akan kembali terluka seperti dahulu. Love is pain ! " ucap Flavio sambil menunjuk dadanya.
" Ramai orang bertanya, apakah aku pernah putus cinta sampaikan aku tidak percaya pada cinta tetapi ramai yang tidak bertanya, apakah aku pernah jatuh cinta ? "
Seperti ada jutaan panah menusuk hati Gillbert saat itu. Hatinya seperti dililit dengan daun berduri melihat air mata tersebut. Air mata yang jernih tetapi ia mengotorkan hatinya dengan perasaan bersalah. Racun kepadanya. Bibirnya seperti dijahit, tidak boleh mengeluarkan sepatah perkataan.
Flavio mengesat air mata di kedua pipinya dengan kasar. Dia terus pergi dari situ, meninggalkan Gillbert di situ, sendirian.
Gillbert merasakan lututnya lemah. Dia terus bersandar di batang pokok untuk menampung badannya. Dia membawak semua rambutnya ke belakang dengan mata yang memberat kerana ditakung oleh kolam air mata panas yang membuatkan pandangannya kabur.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE , FETISH
Roman d'amourWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...