Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Suasana diselubungi oleh rasa sensual yang meninggi. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain, berkomunikasi melalui tatapan mata yang berapi, menyalurkan fantasi liar yang berkeliaran di fikiran masing-masing.
" Hmm... Aku kehausan " ucap Flavio, merungut, memecahkan tembok keheningan diantara mereka yang terbina agak lama.
Gillbert tersentak, terbangun daripada fantasi cabul tersebut. Dia memandang sekeliling sambil menjilat bibirnya yang terasa kering. Dia menegakkan badannya.
" Hurmm... Saya ambilkan air kosong balik, okay ? "
Pemuda mungil itu hanya menggelengkan kepala sahaja, " Tidak perlu. Aku boleh membuat minuman untuk aku sendiri " ujarnya, meletakkan bekas madu di tepi lalu dia turun daripada meja besi tersebut.
" Huh ? " Gillbert keliru. Kening kanan terangkat tinggi sambil matanya mengekori setiap langkah yang diambil oleh si sumbisif itu.
Flavio berjalan, mencapai beberapa tisu yang berada di dapur itu. Dia mengesat wajahnya menggunakan tisu, mahu menghilangkan cairan madu yang memenuhi mukanya, serba sedikit menghalangi penglihatannya.
" Hmmmm... " dengung Flavio. Matanya meliar ke serata arah, mencari minuman yang dimahukan olehnya di dapur hotel yang mewah. Tangannya mencapai satu botol white wine tetapi baru sahaja dia mengenggam botol arak itu, pergelangan tangannya dicengkam dari sisi.
Netra coklat gelap itu bergulir ke tepi, memandang si dominan yang berdiri di sisinya dengan wajah yang susah dijelaskan.
" Mahu lakukan apa ? " tanya Gillbert dengan halus.
" Mahu membuat minuman "
Jejaka tampan itu menggelengkan kepalanya, " Tidak boleh dengan sesuatu yang beralkohol. Awak tengah mabuk berat, sayang. Sepatutnya awak perlu meminum air kosong sahaja " tangannya mahu mengambil botol white wine dari tangan Flavio tetapi malah pemuda manis itu semakin mengeratkan genggamannya terhadap botol tersebut.
" Aku mahu minum "
" Tidak boleh, boo. Nanti awak sakit "
" I don't care " Flavio tidak mahu melepaskan botol arak tersebut. Dia menolak tangan lebar itu supaya menjauh daripada botol arak.
" Flavio.. "
" Urmmmm... " gumam Flavio dengan bibir termuncung ke hadapan. Dia terus memeluk botol arak itu dan menjauhkan dirinya daripada sang dominan tersebut.
Gillbert menghela nafas. Dia memicit pelipisnya, pening dengan sikap Flavio yang sedang dalam keadaan mabuk. Dia berpusing, mahu kembali mengambilkan air kosong untuk pemuda mungil itu tanpa mempedulikan Flavio yang semakin menjauhi nya kerana hanya takut dia merampas botol arak tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE , FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...