Prologue

962 21 0
                                    

Tiba-tiba saja dia berada di sana. Bunyi ombak menerjah cuping telinga. Tenang...

Kaki menyentuh pasir pantai yang halus. Dia seakan-akan bingung melihat sekeliling. Di mana kah ini?

Meryam Ieirish menoleh ke sisi kanannya. Matanya sedikit membulat saat melihat seseorang berdiri disebelahnya. Tersenyum...

Mulutnya cuba dibuka. Namun otot mulut enggan memberi kerjasama. Telinganya dengar orang itu mengatakan sesuatu. Hati Meryam Ieirish berkeras mahu menjawab juga namun...tak terkata.

"Siapakah orang ini? Kenapa dia kelihatan bahagia saat berbual denganku?" Ucap suara hati Meryam Ieirish.

Ya sudah lah..

Terbit senyuman pada wajah sendiri. Dia mahu berbahagia juga di saat itu. Walaupun sekejap..

Tangan orang itu naik menyentuh pipinya. Meryam Ieirish kesal kerana dia seakan-akan tidak dapat melihat wajah orang itu. Kabur.

"Meryam jangan nangis tau? Abang sayang Meryam..sangat..sangat.."

Bibir dingin itu menyentuh dahi Meryam Ieirish. Saat itu juga pandangannya kabur. Tangannya terkapai-kapai mencari sesuatu untuk bertahan.

"Ark! Huf huf huf.."

Aku bangun dari baring. Tangan naik memegang dada yang berombak laju. Kepalanya pusing asbab darah rendah.

"Kenapa..kenapa.." kesal kepada diri sendiri. Air mata yang tidak diundang jatuh ke pipi. Tanpa henti. Tanpa sebab munasabah. Begitu lah kehidupan seorang Meryam Ieirish selama ini. Tidur yang tidak pernah cukup. Tak pernah tenang...

Menyebalkan...

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now