37

93 10 0
                                    

TANGAN menekup kedua-dua belah telinga turun ke sisi. Mata masih terbeliak melihat sekeliling yang haru biru. Tubuh dirempuh oleh orang-orang yang melarikan diri dibiarkan saja. Dan aku masih kekal berdiri di tempat yang sama. Otak cuba mencerna hal yang terjadi.

Telinga aku jelas menangkap bunyi bom yang sederhana kuat letupannya di bangunan yang ku duduki sekarang. Rasa risau semakin tinggi lepas melihat asap hitam berkepul-kepul keluar dari salah satu premis bangunan itu.

Zayn!

Aku baru teringatkan suami yang ditinggalkan di restoran tadi. Restoran itu berada tidak jauh darinya. Tapi berdekatan premis yang dibom tadi. Harap-harap suaminya tidak apa-apa.

Baru saja aku mahu melangkah masuk ke kawasan memberbahaya itu. Lenganku ditarik hingga tubuh berpusing ke belakang.

"Megat?" Mata aku menangkap wajah cemas Megat Naufal. Tangannya erat mengenggam lengan kananku. Seolah-olah tak bagi aku buat keputusan gila.

"Zayn takde kat sana. Dia cari kau tapi tak jumpa. Jom!" Lenganku diheret olehnya tanpa menunggu kata-kata dariku. Aku terpaksa lah ikut langkah besarnya. Mujur tak tersandung je.

"Tadi bunyi bom kan? Ada orang cedera ke? Polis dah datang? Zayn tak apa-apa kan?!?" Soalku cemas. Megat Naufal tidak menjawab malah diam.

Hal itu buat aku makin tidak karuan.

"Megat! Jawab lah!" Desak aku.

"Shut up!" Aku mencebik kecil bila suaranya naik seoktaf. Pasrah je lah.

Kami menuju ke tempat yang selamat. Jauh dari bangunan itu. Berkumpul dengan orang awam yang lain. Bunyi bising menerjah gegendang telinga. Suara panik. Suara kanak-kanak menangis. Kereta lalu lalang membunyikan hon. Bising!

"Sayang!" Tubuh aku ditarik kasar masuk ke dalam pelukan Zayn Qaiser. Kepala aku ditekan pada dadanya. Aku dapat dengar dia berbisik bersyukur aku tak apa-apa.

Serba salah aku dibuatnya sebab buat dia bimbang.

"Restoran kita pergi tadi kena bom.." bilangnya perlahan. Mata aku terbuntang besar. Biar betul? Aku cuba mencari wajah suamiku tapi dia berkeras menekan kepalaku pada dadanya.

Aku tak faham kenapa dia buat macam tu. Sumpah.

"Aku rasa Ieirish tak selamat dekat sini. Diorang buat kerja gila.." aku menangkap suara Megat Naufal. Siapa diorang? Apakah kejadian di situ ada kaitan dengan aku? Aku?

"Zayn..apa jadi ni? Explain to me!" Bentakku keras. Tangan menolak dadanya. Hingga aku berjaya menatap wajahnya.

"Shhh sayang..kita balik okay?"

Aku mengetap bibir sendiri. Zayn taknak bagitau dia apa yang jadi. Sudah jelas ada kaitan dengan aku. Macam mana kalau ada orang tak bersalah cedera?

Sebab aku?

"Siapa? Tengku Melur?" Soalku dengan suara terketar-ketar. Malangnya Zayn mengangguk kecil. Ya Tuhan...

"Gila. Diorang memang gila!" Anak cucu Tengku Melur memang dah melampau! Diorang berani sampai ke tahap begini. Apa lagi diorang nak?

Aku tak hamak pun harta korang!

Suruh lah Tengku Melur tu ubah wasiat. Jangan nak menyusahkan aku dengan otak gila korang.

"Zayn..kita ada masalah lain." Kami berdua pandang Megat Naufal. Mata aku jatuh pada telefon pintar di tangannya. Apa lagi...

"They got Ieirish.."

Aku? Hah?

"Nih.." Megat Naufal menunjukkan skrin telefonnya kepada kami. Mata aku terbeliak besar.

"A-a-awak.. i-itu.." tergagap-gagap aku dibuatnya. Aku pandang Zayn. Aku terkedu karna wajahnya seperti tidak rasa risau mahupun rasa bersalah dengan orang di dalam gambar Megat Naufal tunjukkan.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now