"Ieirish...kau dapat call Aeisha tak?"
Elmir duduk di kerusi kosong berhadapan gadis itu dan abangnya. Mereka berbual di tepi kolam sambil minum petang. Syukurlah hubungan mereka semakin membaik saban hari. Lega hati dia melihatnya. Tapi sekarang masalah dia pulak. Kenapa Aeisha taknak angkat call dia!
"Aik..kenapa? Aku last call dia 3 hari lepas lah. Tak sure pulak. Nak aku call ke?" Soal Ieirish. Tapi dipalau oleh lelaki itu.
"Aku ada buat silap ke?" Bisik Elmir bingung.
Ieirish dan Zayn pandang sesama sendiri. Dua-dua angkat bahu. Tak tahu apa isu dua orang itu. Bila orang tanya hubungan apa taknak jawab. Pastu orang nk tolong macam mana? Pakai penumbuk?
"Dia balik ke Jepun kot, Elmir..."
Elmir pandang Ieirish dengan dahi berkerut seribu. Iphone 12 pro nya diletak atas meja.
"Apa maksud kau Jepun? Buat apa dia dekat sana?" Soalnya.
Ieirish sengih tiba-tiba. "Aeisha tak cerita...apa-apa eh?"
Elmir tayang muka fed up. "Baik citer kasi habis. Kan aku humban kau dalam kolam naya je nanti.."
"Oi oi oi...yang kau nak humban tu bakal bini aku." Tegur Zayn Qaiser. Elmir menguling bebola matanya tanda menyampah. Show off title bakal bini tu memanjang.
"Aeisha memang tinggal dekat Jepun. Time balik Malaysia memang dia ajak aku duduk sekali. Mungkin family dia suruh balik...kot" sempat dia tambah perkataan kot di akhir ayat. Dia pun tak pasti! Setahu dia, Ku Aeisha mana pernah dengar arahan keluarganya sendiri. Keras kepala kalah batu.
"Baru sekarang kau nak bagitau? Haishh.." Elmir meraup wajah beberapa kali. Serabut!
"Mana lah aku tahu Aeisha tak cerita apa-apa. Ingatkan korang dah rapat..." Sambung Ieirish.
Rapat... Elmir mengeluh. Entah lah. Rapat ke tak nampaknya Ku Aeisha masih belum percayakannya jika tak pernah ceritakan apa-apa tentang hidup peribadi dia. Terkilan jugak la..
Mengertilah cinta kita sempurna~
Biar masa terhenti~~
Rinduku masih ada~Meryam Ieirish keluarkan telefon dalam kocek seluar yang menjerit meminta untuk diangkat. Button hijau ditekan tanpa melihat siapa si pemanggil.
"Hello?"
"Uncle Farris kata dia okay.."
Ieirish pelik sekejap. Dia tengok pada skrin telefon. Siapa ni? Dia tak save pun nombor ni.
Dia tekap balik phone itu pada telinganya."Oi makcik! Asal diam!"
Sah. Ni Ku Aeisha. Tapi kenapa gadis itu call nya dengan nombor asing?
"Tak tak aku pelik sebab nombor tak kenal. Kau dah jumpa dia ke?"
"Iya dah jumpa. Aku guna telefon orang ni. Aku kena ragut..habis barang aku hilang. Musibat betul.." cerita Ku Aeisha dengan nada geram.
"Hah? Kena ragut? Pastu kau okay tak tu? Ada cedera???" Ieirish sudah cemas. Risaukan keselamatan sepupunya itu. Sudahlah dia minta tolong gadis itu alih-alih Ku Aeisha kena ragut begitu. Serba salah lah dia!
"Terseret jalan tar..aku nak smackdown peragut tak guna tu tadi. Tak kena pulak.." sempat lagi tu melawak. Orang dekat sini dah mengelabah macam mak kucing hilang anak.
"Siapa Ieirish?" Ieirish pandang Elmir. Hah sudah...singa depan mata ni.
"Aeisha.." bagitau Ieirish.
YOU ARE READING
BOOK 1: CIK BUNNY [✓]
RomanceMeryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pertemukan mereka semula. Zayn Qaiser bersungguh-sungguh mahu perbaiki kesilapannya yang dia sendiri tid...