82

6 2 0
                                    

"if you can't love me, so why did you awaken my sleeping heart?"

ฅ⁠^⁠•⁠ﻌ⁠•⁠^⁠ฅ

"are you crying?"

Aku mengintai wajah Zayn Qaiser yang merehatkan kepala di atas meja. Lelaki itu sedang ralik melayan jiwa lara tapi diganggu oleh si Adik yang entah dari mana datangnya. Tahu-tahu muncul.

"Adik?" Zayn angkat kepala. Hujung mata dikesat laju. Menghapuskan air mata jantannya. "Macam mana adik ada dekat sini? Daddy tahu tak ni?"

Dia tengok sekeliling. Takde pula kelibat Daddy mereka di sana. Takkan lah Daddy lepas Heidi sampai ke Malaysia. Rasa macam adiknya dah diharamkan jejak kaki ke sini. Dan bagaimana boleh tahu dia di situ? Taman berhadapan tasik di dalam Universiti.

"Tahu lah.. i belajar dekat sini."

"Mengarut. Daddy takkan benarkan you belajar kat sini.. baik bagitau betul-betul! You tak bagitau Daddy kan? Lari rumah?"

Aku tayang muka toya. Cuba lah berfikiran positif. Tak kuasa aku nak lari rumah lah. Apa ingat ada masalah keluarga? Masalah jiwa ada lah.

"Senior tolong beri tunjuk ajar ye.." aku menghulurkan ID pelajar ku kepadanya. Zayn buat muka terkejut.

"Diploma...Administration...of Public?" Bacanya satu percaya. Seolah-olah tidak percaya. Dia pandang aku atas bawah. Pahal pulak dia ni...

"Saya baru masuk kolej harini. Senior taknak tolong saya angkat barang ke?"

"Betul-betul lah.." Zayn masih tidak percaya dengan hakikat hakiki dunia. Apa masalahnya aku belajar dekat sini? Hal lama biarkan je lah. Aku ni mangsa diam je. Tak gelabah biawak pun.

Sampai bila aku nak terperap je dalam rumah mewah Tuan Mustafa tu. Sampai mampus?

"Abang kan ada.." aku raih tangannya yang berada di atas riba. Aku menghadiahkan senyuman manis. "Abang boleh lindungi adik kan?"

Zayn pantas mengangguk kepala.

"Baik..abang jaga adik. Walaupun ni sem akhir tapi abang boleh jaga untuk next sem!"

"Itu melampau sangat..nak sambung belajar lagi ke? Tak mereng otak tu nanti.."

"Kalau demi Adik..abang rela sambung master"

Itu lah kata-kata seorang abang yang rela berkorban ye. Dan adanya seorang adik yang bakal memanfaatkan kebaikan itu. Adik yang baik bukan?


"Kenapa tak bagitau abang pasal ni?? Buat malu abang tau tak?"

Aku buat muka tak bersalah. Zayn pada mulanya mahu membebel terus menukar riak wajah tersenyum lebar kepada Megat Idham. Ayah saudara mereka sebelah Daddy.

Mereka berdua bertukar salam. Berbual basah basi. Sudah lama tidak bertemu. Jarang dapat bertemu empat mata kerana Zayn mengikut Puan Irene sejak kecil. Masa memang dihabiskan dengan Mummy saja. Baru dua tiga tahun terdekat dia mula rapat semula dengan Daddy dan aku.

"Tumpang lalu.." seorang gadis sedang menarik bagasi berwarna pink terang melalui hadapanku. Tanpa sedar roda bagasi itu tergilis ibu jari kaki aku di situ. Aku terus mendesis sakit.

"Eh sorry! Sorry! Kena awak ke?" Gadis itu melepaskan bagasinya. Berniat mahu menolong aku yang kesakitan tapi bagasinya yang berat jatuh ke kaki aku pula..

"Arkk!"

"Alamak! Maafkan saya!" Kelam kabut orang itu mengangkat bagasi yang berat. Terlebih muatan aku rasa. Bukan main beratnya! Nampak gadis itu struggle nak angkat beg sendiri. Aku tolak dia perlahan sebagai isyarat supaya berundur.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now