30

151 9 0
                                    

~Florist Dahleia~

Elmir memasuki kedai bunga Dahleia yang dia pernah lihat dua tiga kali semasa ingin ke rumah Mummy nya. Lalu saja belum sempat nak singgah. Kalini dia tiba-tiba tergerak hati nak singgah untuk belikan Mummy bunga. Rasanya kedai ni baru juga buka. Tak sampai setahun lagi.

Dia melihat sekeliling rak-rak bunga yang ada. Ada yang palsu dan ada juga yang masih hidup. Semuanya diatur dengan tersusun. Tidak serabut. Bagus-bagus..

Matanya fokus pada bunga ros merah yang fresh. Dia mencari kelibat staff di kedai itu. Nak menjual ke tak ni? Batang hidung pun tak nampak..

Dia berdecit kecil. Buang masa kalau macam ni. Elmir melangkah ke kaunter. Tiada orang. Kalau ada kes pecah masuk ni entah nak salahkan siapa lah. Owner ke perompak...

"Hello? Tak ada orang ke?" Soalnya bernada sedikit kuat. Kot-kot diorang tak perasan customer ada dalam kedai. Kena sangka baik sekali sekala.

"Ya! Arkk!" Seorang gadis muncul dar bawah kaunter. Kepalanya terhantuk kerana bangun secara mengejut. Elmir mengaru pipi yang tak gatal. Nak kesian ke nak gelak..

Gadis itu menunduk kepala sambil mengosok bahagian yang terhantuk. Wajahnya tertutup oleh rambut yang terjuntai ke depan.

"Boleh saya bantu?" Soalnya dalam kesakitan.

"I nak bouquet fresh rose. The red one...harga i tak kisah. Asalkan cantik.." gadis itu mengangguk kepala. "Kejap ya~~" balasnya mendayu selepas pusing badan ke belakang. Seperti mencari sesuatu.

Elmir memerhatikan tingkah gadis itu. Cari apron rupanya. Padahal tersangkut dengan dinding tapi cari dekat tempat lain. Adui, kalut betul...mesti pekerja baru.

Gadis itu memakai apron berwarna pink pastel pada tubuhnya. Nampak macam strunggle nak ikat bahagian belakang. Elmir baru perasan..gadis itu berbadan dua.

Tubuh kecil itu sarat dengan kandungan yang semakin membesar. How can tubuh kecil camni boleh tampung seberat itu?

"Bunga untuk siapa? Nak wishcard sekali tak?"
Soal gadis itu tanpa berpaling kepadanya.

"No need..just for my mom."

"Alright~~"

Saat gadis itu pusingkan tubuh. Elmir memandang perut gadis itu perlahan-lahan naik ke atas. Melihat wajahnya yang tersenyum manis. Jantung Elmir berdegup kencang.

"Aeisha..." Gadis itu tayang muka keliru seketika sebelum mengangguk.

"Mak awak nama Aeisha ye? Cantik namanya."

"Tak tak.." Elmir cepat menindakkan hal itu. Gadis itu... wajahnya...

Elmir terkedu. Lidahnya kelu tak terkata. Wajah gadis itu seiras dengan Ku Aeisha. Sumpah sama!

"Ouh? Jadi siapa Aeisha? Ke Encik sebut benda lain?" Soal gadis itu keliru. Elmir menelan air liur. Dia tak salah kan? Tapi, Ku Aeisha sudah tiada.

Matanya jatuh pada tangan gadis itu sedang mengusap perutnya. "Maaf..muka you sama dengan seseorang yang i kenal."

Enough, Elmir. She's gone.

"Iya? Pasti orangnya manis macam saya kan?" Sempat gadis itu bergurau dengannya. Elmir mengangguk kepala dengan senyum kekok.

"Shasha? Can you help me? Encik ni nak bouquet ros merah..." Gadis itu meminta tolong kepada seseorang yang baru keluar dari bilik staff berhampiran kaunter. Shasha mengangguk akur dan meminta supaya ibu  mengandung itu berehat sebelum berlalu pergi membuat order Elmir.

Tinggal mereka berdua di kaunter.

"Nama encik apa ya? Saya nak letak dekat receipt.." soal gadis itu.

"Elmir..."

"Okay.." gadis itu fokus membuat receipt. Elmir mengambil peluang yang ada menatap wajah itu lebih lama. Melepaskan rindu kepada Ku Aeisha..

"Pasti Encik Elmir rindukan Cik Aeisha sampai tenung saya bagai nak tebus.." tegur gadis itu tanpa melihat ke arah Elmir pun. Elmir tersentak kecil. Kantoi ke?

Gadis itu ketawa kecil dan pandang Elmir dengan senyuman lebar.

"Boleh lah bawa Cik Aeisha ke sini nanti. Pasti dia terkejut bila tengok ada yang muka sama dengan dia kan?" Cadang gadis itu.

"Dia dah tak ada.."

Terus berubah air muka gadis itu. Cepat-cepat dia meminta maaf. Serba salah!

"Patutlah Encik Elmir tenung saya macam tu...dah lama ke?" Soalnya berhati-hati. Nak tahu tapi takut terguris hati lelaki itu.

"Almost six months i lost her.."

"Pasti ada sebab awak hilang dia.. Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu.. awak pasti kuat!" Gadis itu menayang muka semangat. Elmir ketawa halus. Berbeza personaliti mereka berdua. Gadis ini sangat ceria...

"Apa nama awak?" Soal Elmir ingin tahu.

"Daniela Auleia. Panggil je Leia.."

"Leia.." gadis itu mengangguk kepala. Elmir tersenyum nipis. Rindunya sedikit terubat. Tapi dia tahu caranya salah... Leia bukan Ku Aeisha.

"Miss Leia..dah siap" Shasha muncul dengan sejambak bunga ros merah di tangan. Leia menyambut bunga itu sambil berterima kasih. Shasha melangkah ke depan kedai semula.

"Did she call you Miss?"

"Yes? Anything wrong with that?" Soal Leia bingung. Sejambak bunga ros itu diperiksa olehnya terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada customer.

"I mean..you kan pregnant. So obviously dia patut panggil awak madam..or else."

Dahi Leia berkerut seribu sejenak dan pandang ke perutnya sendiri. Dia tergelak halus.

"I'm not pregnant! Apa lah Encik ni..."

"Hah?" Elmir sudah keliru. Habistu? Memang dah jelas lah Leia sedang berbadan dua. Kenapa nak berdalih pulak? Mustahil lah kalau gemuk..dia boleh beza lagi lah..

"Saya bagitau dekat Encik je...jangan bagitau sesiapa tau?" Bisik Leia penuh suspend. Elmir angguk kepala. Leia buat isyarat tangan supaya lelaki itu mendekat.

"Ini je cara nak bagi lelaki turn off dari mengorat saya..." Elmir tergangga kecil. Macam tu pulak dah? Leia ketawa geli hati melihat respond Elmir itu.

"So it's fake?"

"Haah..kalau panas saya buka lah.." terang Leia lagi.

"What happen if orang still nak mengorat awak even betul-betul pregnant.."

"Pernah kena kejar dengan parang sebab mengorat isteri orang tak?" Ujarnya dengan senyum ditahan-tahan.

"Ouh! Faham! Bijak jugak..so kira orang ingat awak dah kahwin. Settle.."

"Betul!" Jawabnya dengan ceria. Suka lah tu orang cakap dia bijak.

"Nah.." Leia menghulurkan jambangan bunga ros itu kepada Elmir.

"Tak perlu bayar.." ucapnya lepas bunga itu bertukar tangan.

"Eh kenapa pulak? No no..saya bayar" Elmir mengeluarkan kad debitnya namun pantas Leia menolak dari menerimanya.

"Anggap je tu hadiah sebab tutup rahsia saya" Leia mengenyit mata kepadanya. Elmir hampir saja melepaskan tawanya. Lain macam perangai gadis ni..

"Alright..thanks by the way."

Leia mengangguk kepala. Elmir meminta diri terlebih dahulu sebelum beredar. Dia mahu berlama tapi jika dia tetap di situ entah bila dia bakal berganjak. Nak taknak dia kena beredar juga.

Leia melihat bayang lelaki itu hilang dari kedai florist nya. Dia melepaskan nafas lega..

Lelaki itu maksudkan Aeisha yang sama dengan dia kenal kan?

Leia menggeleng kepala cuba menghalau fikirannya dari menerawang jauh ke antartika. Fokus, Leia! Hari masih panjang! Semangat!


BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now