"Love shouldn't hurt. It should heal.."
"Jangan usik kawan aku.."
Lembaga hitam tidak jelas bentuknya duduk di atas meja batu luar rumah aku. Meera masih di dalam rumah. Tolong kemas ruang tamu yang berantakan sejak aku sakit.
"Aku tak suka dia.."
"Kau tak perlu suka dia.." jawabku ringkas.
"Kenapa tuan berteman dengan dia! Tuan hanya perlukan aku!" Marah lembaga itu bernada keras.
"Diam.."
Lembaga hitam itu meringkuk kecil tubuhnya kerana arahanku. "Aku cuma mahu tuan.."
Perlahan-lahan dia berubah wujud. Aku menatapnya dengan perasaan jengkel. Wujud itu membuatkan dia seperti memandang diri sendiri. Dirinya yang kecil.
"Kau memang suka cari pasal kan? Kau tahu aku tak suka kau berubah bentuk..kau nak kena buang ke?"
Ugutan aku dibiar sepi olehnya. Tampak tidak takut lagi dengan ugutan yang sama.
"Bila tuan nak bagi aku kerja.. aku bosan.."
Penat lah aku bela kau ni. Dah bagi rehat. Sibuk nak berkerja. Tak faham lah..
Aku merapatinya. Duduk di kerusi yang tersedia. Dia di atas meja menatapku. Keadaan kami seolah-olah aku berbual dengan diri aku yang masih kanak-kanak. Bezanya mata. Iris matanya hitam pekat. Menandakan kegelapan dirinya.
"Aku tahu duduk dalam diri aku takkan buat kau puas kan?"
Dia mengangguk kepala. Benar..
"Banyak kali aku tolak kau.. kau tahu tu. Sekarang kau faham?"
Dia diam. Tangan kanannya naik ke depan. Seakan-akan mahu menyentuh wajahku.
"Tuan.. aku hanya mahu teman tuan. Jiwa tuan yang hancur tu perlukan peneman.."
Matanya melirik ke arah belakangku. Aku tahu ada mata yang sedang memandang kami.
"Tuan sakit sebab aku..tuan tolak aku lagi. Aku nak sebati dengan jiwa tuan.."
Ya. Aku tidak menindakkan hal itu. Hampir dua tahun Dia cuba menyelami jiwa ku. Secara paksa atau tidak. Semuanya sudah dilakukan. Malangnya tidak berhasil. Aku lebih dominan mengawalnya.
Dia marah pada hal itu.
Dia mahu aku dan dia mahu aku perlukan dia.
"Aku hanya nak kau untuk kuat saja..kau tak perlu faham jiwa aku."
"Manusia semua sama. Kau sama dengan pemilik aku yang sebelum ini.." ucapnya tidak puas hati.
Aku ketawa kecil. "Iya, aku sama je dengan lain. Bezanya.. aku terima kau. Padahal kau bagaikan racun yang akan bunuh aku satu hari nanti."
Terima kau seolah-olah membuang diri ini ke dalam kegelapan yang tiada penghujungnya. Tiada jalan atau tali untuk aku berpaut. Untuk selamatkan diri.
"Terima atau tidak. Aku akan sentiasa di sisi tuan..tuan perlukan aku."
"Oh? Riak. Yakin sangat tu.. kau lupa ya? Perjanjian kita.." aku menduganya dengan senyuman sinis tersungging.
Entiti seperti dia takkan terlepas dari perjanjian yang dilakukan. Mereka fikir kata-kata hasutan yang mereka bisikkan cukup licik. Hakikatnya terlupa. Kadang-kadang manusia lebih teruk dari setan.
"Aku milik tuan..dan.."
"Kau..
"Aku tak boleh..
"Melampaui..
YOU ARE READING
BOOK 1: CIK BUNNY [✓]
RomanceMeryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pertemukan mereka semula. Zayn Qaiser bersungguh-sungguh mahu perbaiki kesilapannya yang dia sendiri tid...