Ku Aeisha menolak dedaun pintu kamar yang sudah terbuka itu. Gelap. Tangannya meraba dinding mencari suis lampu.
"Ieirish...tidur lagi ke?" Soalnya lepas menghidupkan lampu. Dilihat gadis itu berbungkus dalam selimut. Nak jadi ular sawa jadian agaknya.
Ku Aeisha duduk dibirai katil.
"Ieirish...wake up." Dia tarik selimut untuk dari Ieirish. Gadis itu merengek sambil menutup wajahnya. Silau.
"Kau tak makan lagi...jomlah. Aku siap masak tau.." mata Ieirish terbuka.
"Masak?" Dia bangun dari baring. Dia menguap kecil.
"Tak mati kan kalau makan masakan kau?" Ku Aeisha menepuk bahu Ieirish. Tawa terlepas dari bibirnya. "Aku letak racun. Lekas lah!"
Ku Aeisha menarik tangan Ieirish untuk bangun. Mereka melangkah ke tingkat bawah menuju ruang makan. Meja sudah dihidang dengan juadah makanan. Ieirish duduk atas kerusi sambil mempamer wajah kagum.
"Kau masak semua ni??"
"Kau rasa?" Ku Aeisha membawa dua gelas kaca dari dapur. Sirap bandung yang dibancuhnya dalam jug tadi dituang ke dalam gelas dengan berhati-hati. Satu gelas dihulurkan di depan Ieirish.
"Kedai mana kau beli ni?" Soal Ieirish masih tak percaya. Ku Aeisha duduk berhadapan Ieirish.
"Kau tengok baju aku ni.." Ku Aeisha mengenakan tshirt pink berlengan pendek dan memakai seluar palazo hitam. Selekeh. Dengan pakai cermin mata bulatnya. Bermakna Ku Aeisha tak keluar rumah.
"Fine..kalau aku cirit harini kau tidur luar rumah.." Ieirish mula mencedok kuah sup ayam di dalam mangkuk ke pinggannya yang sudah diletak nasi. Kecur air liur dia.
"Eh macam kau owner rumah ni pulak...makan je la. Kalau sedap aku bukak restoran." Sempat Dia berloyar buruk. Dia memerhati gelagat Ieirish yang mahu menjamu nasi ayam yang dia masak sendiri tu.
"Sedap weh! Serius lah kau buat ni?!" Puji Ieirish melangit. Ku Aeisha dah kembang hidung. Tengok kaki lah..
"Iya lah. Mak Kiah kan cuti jaga cucu dia sakit...ni je lah mampu aku masak."
"Terharu aku..terima kasih lahhh" Ieirish sambung makan dengan berselera. Ku Aeisha hanya melihat gadis itu makan. Dah seminggu lebih Ieirish menginap di rumahnya. Untung saja dia berada di Malaysia.
"Kau stay lama ke kat sini?"
"Kenapa?" Soal Ku Aeisha selepas menyisip airnya. Ieirish jongket bahu sekali.
"Nak siapkan diri balik apartment aku la..takkan aku nak duduk sini kalau kau balik ke Jepun."
Ku Aeisha senyum nipis. Padahal dah puas dia bilang bahwa Ieirish boleh saja duduk di rumahnya. Tapi segan pulak.
"Aku stay lama sikit kalini. Aku ada anak patung baru tauu" ceritanya dengan nada ceria. Ieirish dah naik pelik. Patung baru? Siapa pulak mangsa Ku Aeisha kalini?
"Siapa perempuan malang tu?"
"Hm aku tak cakap perempuan.."
Ieirish tersedak. Cepat-cepat dia minum air sirap bandung dari gelasnya. Sejuk! Lega!
"L-lelaki?!? Kau nak buat apa dengan dia?? Kau jangan macam-macam, Aeisha. Kalau Bonda kau tahu mampus kau."
"Alah...takyah risau. Sekadar buang masa. Kejap lagi dia sampai..."
Lain macam Ku Aeisha ni. Ieirish faham kalau gadis itu agak nakal. Tapi kalau anak patung tu lelaki agak bahaya lah. Bukan dia tak tahu yang Ku Aeisha betul-betul buat manusia jadi anak patung.
YOU ARE READING
BOOK 1: CIK BUNNY [✓]
RomanceMeryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pertemukan mereka semula. Zayn Qaiser bersungguh-sungguh mahu perbaiki kesilapannya yang dia sendiri tid...