"if you can't love me, so why did you awaken my sleeping heart?"
"Mana perempuan tu? Kau ni suka curi tulang..kau nak Tuan Muda bagi tulang kau dekat anjing ke hah?"
"Shhhh..gue males dengerin lo.." Rudy, lelaki berambut Mohawk yang menculik Heidi melabuhkan punggung di sebelah teman sepejuangannya, Hans.
"Rindu tanah air nampak..nak aku hantar ikut liang lahad?" Soal Hans sinis. Rokok di jepit tangannya di bawa ke bibir. Makan asap memang adat para lelaki barangkali. Buat apa-apa memang rokok jadi pelengkap hidup. Alih-alih rokok tu jadi bukti kau masuk kubur awal.
"Tchh...budak tu menangis dalam sana. Panggil mak dia tak henti-henti. Rimas! Kau bayang eh.." Rudy membetulkan posisinya betul-betul menghadap Hans.
"Tiap kali kaki aku langkah masuk..alah setapak je! Dia meraung macam kucing tersepit pintu! Geram je nak lempang.." Rudy mengemukan ketidakpuasan hati nya. Dengan gaya muka, jaguh pengumpat.
Lelaki pun mengumpat? Kau tak tahu bila kaum lelaki ni bukak cerita. Yang asalnya hitam boleh jadi putih balik.
"Aku suruh kau heret dia..bukan bermadah puisi kucing tersepit pintu.."
"Kau lah heret dia. Malas aku.." cadang Rudy. Biar Hans faham kenapa dia malas nak heret perempuan tu ke sana. Good luck!
Hans angkat punggung dari tanah. Dikebas seluarnya yang melekat habuk. Segera kakinya diatur ke pondok lama mereka tempatkan gadis yang diculik 5 hari lepas.
Krekkkkkk.
Bunyi pintu dibuka dari luar.
"Daddy? Daddy ke tu? Akhirnya..huwaaaaaaaa Daddy please help me! I'm scared!"
Hans menutup pintu dan menguncinya semula. Dia kembali ke tempat tadi. Rudy dah senyum sinis. "Amacam? Ada rasa nak lempang ke tak?"
"Aku benci budak.." balas Hans ringkas. Rudy menepuk bahu Hans tanda dia memahami. Siapa je minat budak? Lagi-lagi perangai nakharom.
"Tuan muda ni nak lepaskan budak tu hidup-hidup ke tak sebenarnya? Nampak gaya macam nak seksa sampai mampus.."
Hans mengangkat bahu sekali. Dalam rancangan, Tuan Muda mereka hanya bagitau mahu menjadikan gadis itu sebagai umpan saja. Syarikat pembekalan senjata api milik Tuan muda nya dan saingan mereka sedang berebut tender besar.
Gadis itu akan dikembalikan kepada keluarganya jika Mustafa melepaskan tender itu. Malangnya...
"Aku tak rasa Tuan Muda nak lepaskan mainan baru dia. Nampak macam suka sangat dah tu..apa dia buat semalam dekat budak tu?" Soal Hans. Semalam dia tiada di sana. Hanya Rudy yang setia menunggu saat Heidi diseksa oleh Tuan Muda mereka.
"Dia lepas budak tu dalam kolam ular.."
Kolam ular. Kira-kira 300 ular berada di dalam kolam itu. Entah macam mana lah mental budak itu sekarang. Fizikal usah diceritakan. Memang barai. Hari pertama saja Tuan Muda mereka dah lempar budak tu masuk sangkar dubuk. Dubuk yang terkenal dengan sikap rakus. Kebetulan Tuan Muda tidak memberi makan.
Tubuh gadis itu calar-balar saat cuba mempertahankan diri. Dia sendiri kagum bila gadis itu boleh bertahan hidup. Dia sendiri tak rela duduk dalam satu sangkar dengan dubuk.
Mungkin sebab itu.. Tuan Muda mereka senang hati menyeksa mainan barunya. Hiburan melihat si tawanan bermati-matian pertahankan hidupnya. Mengharapkan sang keluarga datang menyelamatkan dirinya.
Keluarga gadis ini pun satu..
Tak reti ke nak mengalah? Bagi je lah tender tu untuk anak kau. Senang cerita. Dia dengan Rudy pun boleh balik rumah. Malas dah nak bermalam dekat hutan tu. Tidur bertemankan nyamuk.
YOU ARE READING
BOOK 1: CIK BUNNY [✓]
RomanceMeryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pertemukan mereka semula. Zayn Qaiser bersungguh-sungguh mahu perbaiki kesilapannya yang dia sendiri tid...