"if you can't love me, so why did you awaken my sleeping heart?"
ฅ^•ﻌ•^ฅ
"MACAM MANA keadaan Heidi sekarang? Tak boleh masuk lagi ke?" Soal Zayn bimbang. Dikatakan Heidi sudah melepasi tahap kritikal tapi mereka belum bisa masuk menemuinya.
"Dah boleh cuma Cik Heidi dah sedar.." bilang Doktor yang bertanggungjawab merawat adiknya itu.
"Jadi? Kenapa?"
Doktor Linda tidak tahu mahu beritahu bagaimana. Agar keluarga pesakitnya memahami situasi itu. Lagi-lagi Tuan Mustafa. Lelaki itu merupakan orang dia hormati. Tak sanggup dia mengecewakan hati orang itu.
"Cik Heidi..cakap dia taknak jumpa sesiapa pun. Kecuali orang nama Isaac..ada ke?"
Zayn dan Tuan Mustafa pandang Isaac yang setia menunggu di luar bilik rawatan Heidi. Dia meneguk air liur. Apasal banyak-banyak nama. Nama dia kena petik. Heidi ni tahu ke dia dekat sini?
"Saya...Doktor" Isaac mengangkat tangan. Doktor Linda meminta Isaac masuk ke dalam bilik rawatan. Sementara itu Tuan Mustafa dan Zayn tunggu di luar dengan perasaan bingung. Keluarga sendiri taknak jumpa... orang itu siapa sebenarnya?
"Amethyst.. saya ni.." panggil Isaac dengan lembut lepas menutup pintu dengan kemas. Siap dikunci. Takut-takut ada yang menyerbu masuk tak ketuk dulu. Dia mendekati katil Heidi.
Heidi yang bersandar badan pada kepala katil hanya memalingkan wajah kepadanya. Tanpa suara menyahut. Wajahnya pucat. Dan lebam? Dia tak pernah sentuh wajah cantik itu..
"Siapa buat macam ni dekat awak??" Tangannya bergetar saat mahu menyentuh wajah itu. Heidi diam. Tatapannya kosong. Tidak seperti sebelum ini. Tatapan matanya sentiasa membara mahu teruskan hidup.
Isaac mengetap bibir. Tubuh Heidi ditilik atas bawah. Setiap inci kulitnya dibalut kain kasa. Tiada sedikit pun kulitnya terkecuali. Apa yang jadi.. dia pasti kecederaan Heidi semasa dengan dirinya hanya calar balar. Ini..kesan acid. Siapa yang buat?
"Awak dekat mana?" Jari yang hampir menyentuh wajah itu terus terhenti.
"Apa?" Soal Isaac dengan nada tak percaya. Apakah tatapan kosong ini...
Isaac melambaikan tangannya depan mata Heidi. Gadis itu tidak memberi riaksi.
"Orang tu titis ubat dalam mata saya..mata saya terus tak nampak apa-apa. Segala nya..termasuk dosa-dosa awak" sempat Heidi memerli Isaac. Lelaki itu duduk dibirai katil. Tangan kiri Heidi dicapainya.
"Saya minta maaf, Amethyst..ini salah saya. Kalau lah saya tak—"
"Shhh..." Isaac terdiam. Tak mengerti. Adakah maafnya tidak diterima? Hatinya tak senang. Dia perlukan kemaafan dari Heidi.
"Kata-kata maaf takkan sembuhkan hati saya...tubuh..mental..saya yang hancur, Isaac. Awak pijak saya..awak hancurkan saya..maaf? Buat apa? Saya boleh hidup bahagia ke dengan tubuh macam ni?"
Heidi tiba-tiba saja menepuk kasar tubuhnya sendiri. Isaac pantas menghalang tindakan Heidi itu. Tangan gadis itu ditangkapnya. Tidak terlalu kuat. Takut jika menyakiti tubuh lemah itu.
"Macam mana saya nak tebus semua ni..saya akan buat apa-apa saja.."
Isaac berkata jujur. Dia menyesal. Terlalu ikutkan nafsunya. Memainkan Heidi seperti anak patung. Tak ubah seperti tikus makmal. Terlalu lara hingga gadis itu benar-benar hancur.
"Lari.."
"A..apa?"
Heidi senyum lebar.
"Lari selagi boleh.." tangan Heidi laju mencengkam wajah Isaac. Lelaki itu terkejut besar. Padahal gadis itu tidak bisa melihat tapi tepat dapat mencengkam wajahnya tanpa tersasar.
"Kalau aku dapat kau..." Heidi mendekatkan wajah mereka. "Aku akan pastikan kau menyesal sebab kenal aku. Jadi..lari..ke hujung dunia sekali pun"
Wajah itu ditolak menjauh darinya. Isaac terpempan. Itu saja? Lari?
"Awak patut hukum saya, Amethyst.. hukum lah saya!" Isaac mendesak.
"Keluar!" Heidi cuba menampar wajah Isaac namun terpeleset. "Keluar selagi aku boleh bersabar! Keluar!!!"
Heidi menjerit nyaring. Isaac pantas bangun dari duduknya.
"Saya takkan lari, Amethyst.. saya akan ikut awak. Sampai awak bagi hukuman setimpal dekat saya.."
Belum sempat Heidi mahu menghalaunya lagi. Dia sudah melangkah ke pintu keluar. Isaac berpaling melihat wajah Heidi. Wajah cantik itu sudah dirosakkan serinya. Itu semua sebab dia.
"Saya takkan tinggalkan awak, Sweetheart.."
YOU ARE READING
BOOK 1: CIK BUNNY [✓]
RomanceMeryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pertemukan mereka semula. Zayn Qaiser bersungguh-sungguh mahu perbaiki kesilapannya yang dia sendiri tid...