57

86 8 0
                                    

Seusai saja mereka selesai membeli belah. Ummi Humaira mengajak Ieirish makan petang dulu sambil berehat. Ieirish mudah letih sejak berbadan dua. Risau juga Ieirish kelelahan ikutkan kaki mereka yang ingin tawaf Mall itu beratus kali..

Da On Fine Korean Cuisine.

Dia craving nak makan makanan Korea. Macam dia pulak yang mengandung dekat sini. Eh, biarlah. Janji perut happy! Tak usik perut orang lain pun. Ieirish pun minat. So tak ada masalah!

Bibim Naeng Myeon. Cold Buckwheat noodles with spicy sauce. Sam Gye Tang. Korean Ginseng Chicken Soup. Tak banyak pun mereka order sebab tiada majlis daerah nak tolong habiskan kalau tak habis makan nanti..membazir amalan setan. So, jangan ada cita-cita nak jadi setan.

Mereka berbual kosong sambil menunggu order sampai. Sesaat telefon Ieirish di dalam purse nya bergetar. Cepat-cepat dia menyeluk tangan mencari telefon itu. Terpapar nama Kak Irma di skrin telefon. Ieirish sudah tidak sedap hati.

"Assalamualaikum Kak?"

"Adik! Balik kampung boleh tak?" Tanpa salam, Kak Irma mengarahkan dia pulang ke kampung di Terengganu. "Kenapa Kak? Ada masalah ke kat sana? Boleh je balik..tapi lewat lah sampai. Sekarang dah petang..takut sangkut jammed.."

Ieirish mengira waktu. Mungkin sampai lewat. Dia tak boleh berjanji. Kena bersepakat dengan Zayn juga. Takkan lah suaminya nak tinggal kerja macam tu je.

"Ibu masuk hospital ni..adik beradik dah ada semua kat sini. Ieirish sorang je takde. Abah cakap taknak susahkan kau tapi Ibu dah tenat ni..balik eh?"

Ya tuhan. Ibu..

Ikutkan hati dia kecewa bila jadi orang terakhir yang tahu mengenai hal ini. Tapi ini bukan masanya dia mahu mengikut perasaan.

Be mature Ieirish!

"Ieirish on the way sekarang jugak. Kirim salam dekat orang sana. Assalamualaikum!" Ieirish mematikan panggilan itu. Matanya bertemu dengan mata Ummi Humaira yang kelihatan tertanya-tanya apa yang jadi.

"Ibu aku sakit tenat.. macam mana ni? Order kita.. aku kena balik Terengganu sekarang." Ieirish kelam kabut berbicara. Sudahlah dia yang mengajak Ummi Humaira keluar jalan-jalan. Takkan dia nak tinggalkan begitu saja. Serba salah dibuatnya..

"Takpe, Ieirish. Kau pergi lah..keluarga kau lagi penting. Order tu takpe! Aku mintak take away je.. kau datang kereta sendiri kan? Go! Don't worry!" Ummi Humaira memberi kebenaran untuk Ieirish pergi. Untung juga dia terfikir mahu bergerak dengan kereta sendiri tadi. Kalau tumpang Ummi Humaira, parah pulak jadinya.

"Sorry tau! See you next time!" Mereka sama-sama bangun dari kerusi. Sempat bersalaman sebelum Ieirish melangkah pergi dengan kelam-kabut. Ummi Humaira menggeleng kepala dengan wajah risau. Risau lah Ieirish tu mengandung. Terkejar-kejar masa pulak..

Harap-harap Ieirish tak apa-apa.

5 Jam Ieirish memandu bersendirian untuk sampai ke destinasi. Perihal Zayn pula sudah dia beritahu mengenai ibu sakit semasa dalam perjalanan. Sudah dia agak jika Zayn tak boleh ikut dia pulang ke Kampung. Zayn masih ada kerja untuk lakukan. Tambah pula memang malam itu suami dia perlu pergi event company. Event itu penting kerana melibatkan rakan business.

Jadi, dia pun tak dapat kata apa dan terima saja. Tak boleh nak salahkan siapa-siapa. Walaupun dia tengah stress sekarang.

Mana pernah dia memandu sendirian dengan jarak begitu jauh. Lenguh belakangnya! Ini kah perasaan kaum lelaki? Huwaaaa.

Ieirish teruskan pemanduan ke rumah keluarganya sahaja. Kak Irma inform yang Ibu sudah dibawa pulang ke rumah lepas mendapatkan kebenaran dari pihak hospital. Mula-mula dia pelik. Kalau sakit tenat mana boleh discharge.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now