91

5 2 0
                                    

"Pretty enough to be sexualized but not pretty enough to be truly loved.."

Sakit seperti dihiris-hiris. Datang lah bermacam luka di tubuh ini. Tapi luka yang dia hadiahkan kali ini bukan sekadar menyakitkan. Malah membunuh aku berkali-kali.

Tidak cukup sekali..

Tapi kenapa aku? Itu sahaja soalan aku. Kenapa aku?!?!

Ikatan tali pada pergelangan aku cuba dirungkaikan. Rengusan kasar keluar dari mulutku. Bengang. Diri ku betul-betul bengang dengan kejadian yang terjadi pada diriku sekarang. Tak guna!!!!

Tak cukup diikat tangan. Pengelihatan aku juga dihalang. Ditutup oleh kain entah dari apa. Melantarkan aku di atas katil empuk. Aku yakin aku masih di bilik hotel itu.

Diriku diperhatikan oleh si setan itu. Aku dapat dengar suaranya berbual dengan seseorang semasa separa sedar tadi.  Iman Taufik. Kau memang setan tak guna! Kau perangkap aku?!??

"Aku tahu kau ada dekat sini lah sial!!! Mana kau?!?!!! Lepas!!!!!!" Aku menjerit nyaring. Tidak peduli tekak yang perit. Aku betul-betul sakit hati.

"Iman Taufik!" Aku meraba-raba sekeliling.
Satu tubuh panas menahan amarah yang mengelegak. Sebab tak dapat menemuinya. Aku menghentak tangan yang terikat pada tilam katil. Menjerit seperti orang hilang akal.

"Kalau aku dapat kau, Iman Taufik! Aku carik-carik kulit kau! Aku toreh muka kau! Kau sial!!!!! Mana kau?!?????"

Dada berombak laju. Penat melampiaskan amarah. Peluh membasahi tubuh tidak dipedulikan. Aku diam sejenak. Cuba bertenang dan fokus.

Telinga aku menangkap bunyi seseorang mendekati dari belah kiri. Sepantas kilat aku cuba menghentak tangan yang terikat itu ke arah bunyi tadi. Terhasil bunyi mengerang kesakitan.

"Kau dekat situ huh? Pengecut!" Cemuh aku.

"Arkkkk!" Leher aku dicekik kasar. Aku terkapai-kapai mencari nafas. Iman Taufik meneliti wajah terseksa gadis itu dengan hati senang. Nampak wajah Heidi Qaliesha berubah merah padam. Pantas dia melepaskan.

Gadis itu terbatuk-batuk di atas katil.

"Amethyst.. Amethyst.. tak ada guna pun kau melawan. Tak ada sesiapa yang boleh tolong kau.." Iman Taufik meleraikan kain yang menutupi pengelihatan Heidi Qaliesha. Kain itu melurut ke bawah.

Mata Heidi Qaliesha terkebil-kebil sekejap untuk mendapatkan pengelihatannya semula. Beberapa saat baru dia mencari bayang Iman Taufik. Mukanya garang menjeling lelaki itu.

"Apa kau nak hah? Kau nak apa?!???" Jeritnya bingit. Iman Taufik yang serabut terus menekup mulut gadis itu. Heidi mengeram kuat sambil menggelengkan wajahnya. Mata dia mencerlung tajam ke arah Iman Taufik.

"Aku nak kau, Amethyst. Sejak kali pertama kita jumpa..aku nak kau!" Tempik Iman Taufik. Heidi menutup mata sekejap bila dijerkah begitu.

"Tapi kau jual mahal!" Iman Taufik merentap kasar tudung yang dipakai Heidi hingga tercabut dari kepala. Mata Heidi membulat besar. Terkejut dengan tindakan Iman Taufik.

Lelaki itu mencengkam kedua-dua sisi wajahnya pula dengan kasar. Heidi terketar-ketar satu badan. Takut dengan sentuhan lelaki itu. Lagi-lagi pandangan matanya..

Iman Taufik seperti orang psiko yang sedang menilik mangsanya.

"Aku dah letih nak berlakon jadi penyabar, Amethyst.." Iman Taufik mengusap bibir Heidi. Matanya melekat pada bibir merah merekah itu. Betul-betul mengodanya.

"Apa kurangnya aku? Semua perempuan luar sana nak aku jadi pendamping diorang. Kau? Kau tolak aku.."

Iman Taufik menunggu jawapan. Namun gadis itu diam. Itu membuatkan dirinya makin bengang. Dia menolak kepala Heidi hingga gadis itu jatuh menyembah tilam.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now