"Love shouldn't hurt. It should heal.."
Keadaan tragis bagi seseorang manusia bermula saat kepercayaannya mulai diragut oleh dunia. Dunia terlalu kejam. Tanpa sebarang amaran. Meragut detik-detik hidup normal seseorang. Mula lah mereka merindui kenangan saat masih kanak-kanak. Dunia khayalan yang tidak dikotori oleh realiti..
Imaginasi yang tinggi mulai pudar saban hari. Umur meningkat bermakna berharap bukan lagi jalannya. Harapan tiada makna lagi. Manusia yang terlalu berharap hanya akan jatuh tersungkur.
Berbeza dengan anak kecil yang hidupnya sudah dirampas oleh dunia sejak umur setahun jagung. Mental dan fizikalnya diasak habis-habisan. Matang tapi tubuhnya masih kecil. Mengapa hal sebegitu boleh berlaku? Dunia tidak adil?
Bukan..
Manusia yang bercelaru. Mereka tidak dapat memenuhi kehendak sendiri. Lalu memaksa manusia lain memenuhinya. Anak-anak kecil lah yang menjadi mangsa. Anak ibarat kain putih. Ibubapa lah yang perlu mencorak..
Kenapa.. kenapa corak mereka cipta terlalu menyeksakan? Apakah impian konyol mereka turut dicampur saat mencorak warna kehidupan anak-anak? Tidakkah mereka sedar bahwa impian yang hancur itu tidak akan pernah pulih?
Anak-anak tidak mengerti keinginan ibubapa mereka. Wahai Ibu..Wahai ayah..
Apakah yang kalian mahukan dari anak kecil seperti kami? Kami tidak mengerti.. Kami bukan tempat bagi kalian memperbetulkan kesilapan lama. Kami hanyalah anak kecil yang polos. Anda siapa sebenarnya?
Kenapa kalian kelihatan seperti monster yang bakal menghancurkan dunia khayalan kami? Apa salah manusia polos seperti kami sebenarnya?
Anak mu tidak pernah mengerti..
"HEIDI.."
AKU tersedar dari lamunan sepanjang duduk di atas kerusi berhadapan meja solek. Berus blusher bermain di kulit pipiku ditepis menjauh. Makeup artis yang berperanan menyiapkan solekanku berhenti sekejap kerana riaksi aku itu. Terkejut mungkin..
"Ada yang tak kena ke you?" Soalnya prihatin. Mungkin perasaan riak wajah aku yang berubah keruh semacam.
"I hate it.."
"Errr.. makeup ni ke? I boleh ubah sebelum shoot..you nak ubah apa?" Solekan itu hampir siap. Malah hanya sedikit sentuhan saja bakal sempurna. Tapi gadis model ini tiba-tiba komen membencinya. Makan masa pula mahu membetulkan semua..
"Bukan..i teringat sesuatu tadi. Bukan makeup you yang problem.." Makeup Artist melepaskan nafas lega. Mati-mati ingatkan solekannya tidak memuaskan hati model itu. Bukan dia tak tahu pasal rumour yang kata Heidi Qaliesha tersangat dingin terhadap sesiapa saja. Dingin yang boleh buat orang tak senang duduk.
Dia sendiri rasa nak terkucil bila makeup muka ketat itu sejak tadi!
"Teringatkan apa tu? Macam serius je.." dia coba mengorek cerita. Bukan apa lah. Wartawan pun tergilakan maklumat si Model dan pelakon terkenal ini. Dia sebagai salah satu peminat Heidi Qaliesha. Nak tahu juga isi pikiran gadis itu.
"Hmmm" Aku menyandar tubuh pada kerusi dengan tenang. Tangan bersilang paras bawah dada. "I fikirkan about someone.."
Aku berjeda sambil melirik wajah ingin tahu makeup artis itu pada pantulan cermin meja solek. "Thanks to him..i bermati-matian nak comeback dalam dunia pemodelan dan lakonan. Untuk tunjuk dekat dia.."
Aku menarik senyum sinis. Sebelah tangan naik ke belakang leher sendiri. Di balik rambut hitam berkilat miliknya, tersembunyi tattoo rama-rama hitam terukir di belakang tengkuknya itu.
Rama-rama itu menemani hari gelapnya yang penuh dendam sejak 2017 hingga 2023. 7 tahun berlalu. Dia kembali...
"Untuk tunjuk dekat dia yang i masih hidup dengan luka dia hadiahkan..i nak balas jasa atas pertolongan manis dia..dengan hadiah yang lebih..manis.."
MUA itu sedikit kekok mahu menjawab apa bagi pernyataan Heidi Qaliesha. Kedengaran seperti masalah percintaan di telinganya. Dunia orang dewasa. Cinta..cinta..cinta.
"Luka memang susah nak sembuh you. Mungkin luka dah sembuh tapi parutnya tetap kekal sampai mati.. certain of people pilih untuk move on. Selebihnya.. masih tersekat-sekat nak bernafas.." Balas MUA tersebut sambil mengemas barangan di dalam beg makeup.
"Tapi itu lah.. sehancur mana pun manusia. Masih ada sifat rela memaafkan walaupun orang menyakiti kita tu tak pernah minta maaf. Agak bodoh sebenarnya. Memaafkan orang yang tak pernah rasa diri mereka salah.." sambung MUA itu lalu pandang ke arah Heidi Qaliesha. Gadis itu menatap diri sendiri pada pantulan cermin. Tatapan matanya kosong berbanding dingin yang tadi.
Entahlah. Dua-dua tidak menyenangkan hati. Bakat lakonan gadis itu benar-benar hebat di mata orang-orang. Sedingin tidak berperasaan itu bisa melakonkan watak-watak yang berbeza dari personaliti sebenarnya. Bertentangan!
"You rasa you boleh maafkan seseorang yang dah hancurkan hidup you?"
"Depends situasi.. tapi kalau sampai tahap hidup hancur. Itu bukan manusia tapi setan. Melebih-lebih dari setan!"
Heidi ketawa kecil. "Tapi orang yang hancurkan hidup you tu mukanya sebaik malaikat.. cara dia bercakap.. gaya bahasa tubuh dia. Seolah-olah kita pula yang setan.."
"Hmmm. Takdir? Takpelah. Bagi i, tuhan dah atur semua elok-elok. Jatuh bangun tu hal biasa je, You.. Tuhan tolong kita jangan risau lah. Berdendam pun tak ada guna."
MUA itu bersikap positif. Memang motto hidupnya. Percaya dengan takdir. Merana memang merana. Tapi pasti ada manis yang menunggu nanti. Kita hanya perlu sabar!
"Jadi you percayakan tuhan?" Terkesima sesaat MUA itu dengan soalan cepumas Heidi Qaliesha. Air liur ditelan kesat. Bukan apa.. dia sendiri masih keliru dengan agama Heidi Qaliesha. Islam kah? Tapi, dia perasan tentang tattoo di tengkuk belakang gadis itu.
Mahu bertanya tapi takut tersilap bicara pula. Silap sikit terus viral. Hancur carrier dia nanti..
"You tak patut teragak-agak nak jawab.. you nampak tak confident dengan diri sendiri" sambung Heidi bila MUA tidak menjawab soalannya. Kedengaran sinis hingga membuatkan MUA itu tersentap.
"I percayakan tuhan i lah! Dia Maha Satu.."
"Baguslah.." Heidi menarik senyum tipis. Dia bangkit dari kerusi. Pakaiannya dibetulkan terlebih dahulu sebelum masuk shoot. Malas betul nak photoshoot. Sejak beberapa bulan dia kembali ke dunia lakonan dan modeling. Job masuk tanpa henti.
Demi mencipta nama. Dia rela abaikan tidur lena. Benci!
"Heidi.."
Heidi Qaliesha berpaling ke arah MUA tadi. Seperti mahu mengatakan sesuatu kepadanya.
"Kalau hati tak tenang.. cari lah sesuatu yang boleh buat you rasa tenang balik. Kita tak saling kenal...tapi i dapat tengok dalam mata you tu. Sesuatu yang bercelaru.. cuba untuk escape.. rehatlah kalau letih. Kita manusia..bukan robot.. tak sempurna.."
Heidi Qaliesha mengangguk tanda menerima nasihat MUA itu. Benar.. dia lupa cara berehat dari memikirkan plan untuk menghancurkan hidup orang. Siang malam. Macam tiada benda lain mahu fikirkan.
Tapi itu lah hakikat...
YOU ARE READING
BOOK 1: CIK BUNNY [✓]
RomanceMeryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pertemukan mereka semula. Zayn Qaiser bersungguh-sungguh mahu perbaiki kesilapannya yang dia sendiri tid...