12

193 15 0
                                    

Ummi Humaira mencari kelibat Ieirish merata tempat. Dia sudah naik runsing. Takkan hilang lagi. Mustahil lah. Tapi.. Ieirish mana kau ni. Orang tengah suka ria dengan BBQ malam terakhir. Dia pulak menghilangkan diri.

"Hey budak pendek."

Ummi Humaira menjeling manusia yang asyik mengikutinya dari tadi. Zayn Qaiser 2.0. Macam mana dia boleh cam dia bukan Zayn Qaiser sebenar? Tengok perangai pun dah tau.

"Apa kau nak?"

"Nak Ieirish.." berdesing telinga Ummi Humaira dengan jawapan selamba lelaki itu.

"Takde. Hilang."

"Aik..kawan hilang takkan tak cari. Kawan lah sangat tu.." tak..kenapa lelaki ni nak cari pasal dengan dia pulak ni? Ada hutang ke?

"Sebelum aku sepak kau baik diam. Bingit tau tak!"

Elmir menongkat dagu pada tangannya. Garang betul perempuan sorang ni. Samalah dengan Ieirish. Elok lah jadi kawan. Sengaja dia mengusik gadis itu yang keseorangan di meja makan. Mana tahu dapat hilangkan bosan.

"Apa nama kau?"

"Diam.."

"Okay diam.." Ummi Humaira sudah menyerah kalah. Lengan baju disinsing ke atas. Dia dah bersedia mahu belasah Zayn Qaiser 2.0 ni.

"Aku ni pantang betul dengan manusia tak reti bahasa.."

"Kau tolong lah ajarkan bahasa dekat aku." Elmir senyum nakal. "Mana tahu aku boleh faham bahasa cinta kau.."

"Hahahahaha kau ni..." Baru saja gadis itu mahu menerkam Elmir tapi Irsyad muncul jadi hero kepada Elmir. Ditahan Ummi Humaira dari membelasag Elmir yang sedikit pun tak takut.

"Chill lah Humaira. Ingat senang ke nak panggil ambulans dekat Pulau ni?"

"Lantak lah! Aku geram!" Irsyad jentik dahi Ummi Humaira banyak kali sampai gadis itu menyerah kalah kerana sakit.

Elmir ketawa riang kerana terhibur. Tak sedar diri yang dia tu punca segalanya.

"Kau tengok lah dia gelakkan aku!" Adu Ummi Humaira. Irsyad terpaksa memujuk gadis itu supaya bersabar. Dia pun kenal sangat perangai sepupunya itu walaupun tak rapat. Memang nakal nak mati. Dia lah paling bermasalah!

"Humaira.."

Mereka berpaling ke arah suara itu. Ieirish dan Zayn di sisi mendekati mereka. Ummi Humaira judge dua orang itu atas bawah. Pergi dating ke? Amboi diaaa.

"Dah berbaik ke? Alah tak kasi chance langsung dekat aku eh, Qaiser.." rungut Elmir dengan muka tak puas hati.

"Diam lah kau. Suka hati diorang lah!" Bidas Ummi Humaira geram. Sibuk!

"Budak pendek ni memang nak kena dengan aku.." Elmir mula bangun dari duduk.

"Hah meh la gaduh! Ingat kau jantan aku takut?!" Dua-dua api. Lama-lama terbakar jugak pulau ni sebab diorang. Rasanya baru je jumpa. Bergaduh macam dah lama kenal.

"Ada orang nak kena humban dalam laut agaknya malam ni.." Megat Naufal memegang kedua-dua bahu Elmir dari belakang.

"Kau nak humban perempuan dalam laut ke? Kejam jugak kau.." komen Elmir. Megat Naufal senyum kelat. Tak sedar agaknya dia yang nak kena humban.

"Aku tak tahu la apa salah aku dapat sepupu macam korang ni. Letih la aku.." keluh Megat Naufal penat.

"Takdir Tuan Megat.." celah Ummi Humaira. Sekali kena siku dengan Irsyad. Padan muka. Mulut tu kawal lah sikit.

"Dari korang bergaduh baik kita berkumpul dekat unggun api. Malam ni malam terakhir dah..jom budak!" Megat Naufal mengheret tengkuk Elmir supaya mengikut langkahnya.

Mereka pun menyusul saja tanpa banyak bunyi. Tak rela kena buang dalam laut malam-malam buta ni.

"Malam ni kita buat Malam Confession! Yang single boleh cari jodoh!"

Megat Naufal menepuk kepala adiknya, Irsyad.  Mic di tangan Irsyad dirampas dan diusir adiknya ke tempat duduk. Di tengah-tengah mereka terdapat unggun api yang besar. Cukup besar untuk menghangat mereka semua.

"Ini malam terakhir kita semua di sini. Saya harap korang semua berpuas hati. Tahun depan kita buat dekat tempat lain pulak jangan risau. Jadi malam ni macam Irsyad cakapkan Malam Confession. Bukan confess dekat awek tu yee..." Semua gelak sakan dengan jenaka Megat Naufal tu.

"Setiap staff kena confess kenangan paling manis dan pahit diorang. Berserta harapan. Itu saja. Yang mana nak prepare tisu basah tu sila lah. Okay kita mulakan dengan undian siapa dulu kena!"

Undian tolak tambah timbang bahagi dilakukan. Ieirish menahan kantuk yang semakin menebal. Kepala dilentokkan pada bahu Ummi Humaira. Selesa~

"Ramai yang nak Cik Ieirish kita start dulu! Mana Cik Ieirish kita niii.."

Mata yang layu tadi dah terbuka semula bila namanya diseru. Manusia mana yang undi dia? Memang dia santau kejap lagi. Pura-pura tidur tak boleh ke?

"Hah! Takyah tidur Cik Ieirish. Meh depan ni sini..." Terkejut Ieirish bila mic muncul depan mata. Dia ambilnya dengan tergopoh-gapah. Pantas dia bangun dan menuju ke stage yang disediakan.

"Errr..helo?"

"Helo!" Jawab mereka serentak. Ieirish senyum kekok. Aduh, dia tak sedia apa-apa ni.

"Nak cerita yang manis dulu ke?" Semua mengangguk menjawab soalannya. Pasrah je la Ieirish! Langgar je.

"Kenangan paling manis saya..." Ieirish diam sekejap. Mereka menanti dengan sabar. Bila lagi nak dengar cerita dari Si paling perahsia dan misteri di Company IVS. Ini lah masanya.

"Kenangan saya bersama-sama dengan keluarga. Kali terakhir saya gelak ketawa dengan mereka tanpa paksaan. Itu lah moment paling manis untuk saya.." Dia senyum nipis. Teringat semula kenangan lama. 

"Kenangan pahit pulak.." Ieirish mengigit jari sendiri tanpa sedar. Dia pandang ke tanah.

"Saya banyak kenangan pahit..tapi paling pahit bila saya disahkan mengalami masalah kemurungan yang teruk.." mulut ditekup dengan tangan. Mereka di sana tak sedap duduk dah bila tengok situasi Ieirish tu.

Ieirish mendongak kepala. Wajah dikipas dengan tangan sendiri. Berusaha untuk tidak mengeluarkan air mata di depan khalayak ramai.

Mic dibawa ke bibir semula. "Lagi sakit bila keluarga sendiri tak percayakan kita. Kita sakit... penat dan diorang taknak jadi bahu untuk bersandar."

Ieirish berusaha tersenyum di depan mereka semua. "Akhir sekali, harapan saya adalah Hidup. Terima kasih itu saja.." Ieirish mahu serahkan mic kepada orang seterusnya. Namun tiada yang menyambut.

Tanpa sempat dia mencerna apa-apa tubuhnya dipeluk secara beramai-ramai oleh rakan sekerja perempuannya. Semua memberikan kata-kata semangat dan pelukan hangat.

Serba salah pula Ieirish dibuatnya. Bukan niat dia nak raih simpati. Aduh...mesti diorang fikir dia budak cengeng nanti.

Malam Confession diteruskan dengan orang lain. Masa berlalu begitu saja. Semua berlalu ke bilik masing-masing. Takde lah khemah semua tu. Dah sakit belakang semuanya. Give up!

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now