80

8 2 0
                                    

"if you can't love me, so why did you awaken my sleeping heart?"

ฅ⁠^⁠•⁠ﻌ⁠•⁠^⁠ฅ

3 Tahun Berlalu.

Aku membawa diri ke tanah bumi Greece semula. Menerima perubatan pakar di sana. Memaksa diri untuk melupakan mimpi-mimpi yang kucipta. Mimpi hanya sekadar mimpi. Manusia sememangnya tak boleh menaruh harapan terlalu tinggi bukan?

Kondisi tubuhku sudah membaik berkat ilmu para pakar yang merawat dengan sabar. Pengelihatan ku juga berjaya didapatkan kembali hanya memakan waktu setahun saja. Diriku dijaga rapi oleh Tuan Mustafa. Dia banyak meluangkan masa dengan aku. Mungkin mahu menembus balik kesalahannya dulu..

Aku tak peduli pun dia ada atau tak.

Kes aku dahulu hangat diperkatakan di kaca televisyen. Semua peminat turut bersimpati atas insiden yang terjadi ke atas diriku. Ah, sudah tentu mereka hanya tahu aku diculik dan memerlukan rehat yang lama. Hakikatnya, karier aku sebagai pelakon dan model sudah berakhir di negara itu.

Tuan Mustafa melarang berat aku dari kembali ke sana. Hal dulu merupakan satu kesilapan kerana membiarkan aku berjaya memujuknya. Dia taknak hal itu berulang lagi.

Aku pun tak kuasa nak memujuk.

"Okay tak macam ni?"

Aku pandang Zayn yang sudah pandang aku sedari tadi. Tangannya comot dengan paint nail berwarna hitam. Aku menilik jari runcingku sendiri. Ergh..comot..

"Do it again.."

Zayn mengeluh panjang. Diletak ke tepi paint nail tadi di atas meja. Dah menyerah gamaknya. Ini sudah masuk 3 kali dia cuba menwarnakan kuku adiknya itu. Dipakai. Tak berkenan. Kena sental dengan alcohol pad. Pakai lagi. Hah pusing macam tu lah sampai Pak Jamil mampus.

"I balik sini bukan sebab nak colour kuku you tu, Heidi.. dah lah tak hargai orang datang jauh-jauh.." Zayn memeluk tubuh. Tayang muka cemburutnya. Gatal pula kaki aku ni nak sepak orang..

"You datang sini sebab Mustafa bukan i.." balasku tenang. Aku ambil alcohol pad dan padam kecomotan di kuku aku. Ini lah sebab jangan kasi lelaki buat kerja perempuan. Takde seni langsung..

"I memang nak jumpa you. Rindu dekat adik comel i ni.." dia menerkam pipi gebuku secara brutal. Habis tercampak alcohol pad dari tangan sebab terkejut.

"You dah lama hidup eh, Qaiser?" Aku mencerlung tajam. Zayn melepaskan pipi ku serta merta. Dia berdehem kecil.

"Sorry.. by the way.. mana Elmir?" Zayn menukar topik sebelum aku betul-betul mencabut nyawanya.

"Entah..katanya pergi Malaysia. Elok lah tu. Sorang ke sini..sorang ke sana. Happy family sangat.." perli ku sinis.

"Elmir jarang ada dekat rumah.. i sorang-sorang je dengan maid. Mustafa jarang-jarang ada..bagus jugak." Bilangku. Aku bangun dari sofa. Melangkah ke arah meja solek ku di satu sudut bilik. Aku mencari di mana penyepit rambutku. Asyik hilang je. Penat nak beli baru..

Aku perasan je Zayn memerhatikan tindak tanduk ku dari belakang. Tak puas hati cakap je lah bro.

"Kenapa panggil Daddy pakai nama je? Terasa hati Daddy dengar you panggil dia macam tu.." tegur Zayn. Aku pandang dia lalu ketawa halus.

"Pandai pula Daddy you mengadu pasal i.." aku mengikat rambut ikal mayang ku gaya ponny tail. Tak jumpa pengepit rambut. Masa nak memang asyik hilang. Masa taknak. Sibuk je muncul depan mata. Manusia pun macam tu lah.

"Daddy kita, Heidi.." Zayn sengaja menekan perkataan kita. Aku mendekatinya semula dan duduk di bersebelahan.

"Sampai bila nak macam ni? You abaikan Daddy sejak 3 tahun lepas. Tak cukup lagi ke apa Daddy korbankan untuk you?"

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now