39

83 10 0
                                    

"Zayn..."

Perhatian Zayn Qaiser teralih kepada Ieirish yang memanggil namanya. Ku Fateh bercakap entah apa telah menganggu fokusnya. Hingga dia tak perasan isterinya sudah berada di sisi Leia yang menyorok senyum sinisnya. Tapi Zayn nampak...

"Meryam! Jangan dekat dengan dia—" Zayn menolak tubuh Ku Fateh ke tepi. Dia mahu dapatkan Ieirish. Leia... perempuan itu seakan-akan ada muslihat lain. Orang mana yang boleh setenang itu selepas diculik? Orang bodoh je tak perasan!

"Watch out your step, Zayn Qaiser.."

Ieirish tersentak saat lehernya dijerut dari belakang oleh Leia. Telinganya mendengar sesuatu seperti picu pistol ditarik dekat dengan sisi kepalanya. Darah panas menyerbu ke muka.

"L-Leia? Apa Leia b-buat ni?" Soalnya tergagap-gagap. Pistol dekat kepala kau rasa nak bagi reaction apa?

Ieirish dengar ketawa halus dari Leia. Dia cuba menarik tangan gadis itu dari lehernya..namun entah kenapa kudrat gadis itu lebih kuat darinya. Zayn..

Tolong saya Zayn..

"Sejak bila kau ada pistol? Aku rasa takde pun tadi.." Ku Fateh sendiri keliru. Leia diculik sehelai sepinggang. Barangnya sudah dirampas dan hanya purse gadis itu miliki.

"Leia...lepaskan isteri aku. Letak senjata kau.." kata Zayn dengan tenang. Hakikatnya jantung Zayn hampir pecah. Dia sendiri tak menyangka Leia ada senjata. Dan Isterinya jadi tawanan.

"Kalau aku taknak?" Leia menekan muncung pistol itu pada kepala Ieirish. Sengaja.

"No, no! Jauhkan pistol tu! Apa kau nak hah?!? Tu Ieirish! Kalau nak bunuh orang lain aku tak kisah! Bukan isteri aku!"

Siapa tak sayang bini kan? Lantak lah orang lain tu.

"Hmmm..okay!"

BANG!!

Semua yang berada di situ terkejut dengan tembakan spontan dari Leia. Orang yang terkena tembakan itu adalah Daniel. Lelaki itu jatuh ke menyembah lantai. Tangan menekap bahu kanannya yang membuak mengeluarkan darah.

"Itu untuk Aeisha.. don't worry. Kau takkan mati lah sebab kena tembak dekat bahu. Kan, Ieirish?" Soal Leia dengan ketawa sinis. Ieirish terkesima kerana bunyi tembakan yang kuat. Otak tak dapat nak cerna lagi apa yang jadi.

"Sial lah kau, Leia!" Marah Daniel dalam kesakitan. Leia tak ambil peduli. Lantak lah kau.

"Siapa patut aku tembak lepas ni?" Bisik Leia pada Ieirish. Muncung pistol dihala secara rawak. Semua kelihatan mengambil langkah berjaga-jaga. Takut Leia melepaskan tembakan sembrono lagi sekali.

"Siapa, Ieirish? Siapa yang kau teringin nak tembak? Ku Fateh? Elmir? Atau...Zayn?"

"Kau gila ke, Leia!" Sebut saja nama Suami dia tak boleh kawal lagi sabarnya. Baru dia faham kenapa Zayn tak sukakan Leia sebelum ini. Psiko!

"Kau tak menjawab soalan, Ieirish.." pistol diacukan ke arah Zayn Qaiser. Jantung Ieirish berdegup kencang. Jangan..jangan..

"Kau siapa, Leia? Mana Leia yang aku kenal?"
Tiada lagi Leia yang manja dengannya. Gadis itu berubah 100% dari yang dia kenal. Bahkan dia tak mampu nak bersangka baik lagi.

"Aku? Aku boleh jadi malaikat maut kau..boleh jadi bidadari yang selamatkan kau.."

Ieirish mengetap bibir. Dia tahu Leia sedang mempermainkan dirinya. Tak guna..

"Dahlah tu, Leia.. cepat habiskan semua ni. Kau nak tangguh sampai ke subuh pulak ke?"

Daniel mencelah perbualan dua orang itu. Dia mendekati mereka berdua. Lebih tepat Leia. Daniel berdiri di sisi Leia dengan tangan menekap bahu yang cedera. Ieirish tercenga.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now