15

196 17 0
                                    

"Ya, seminggu dia tak datang kerja tu memang tak ada inform apa-apa..."

Untuk ke 100 kali Ummi Humaira menjawab soalan yang sama dari Zayn Qaiser. Sudah naik semak pun ada. Tapi fikirkan lelaki itu orang penting. Kena layan juga baik-baik. Bukan Zayn Qaiser saja lah, dia pun runsing dengan Ieirish yang tiba-tiba hilangkan diri.

Tak pernah lagi perempuan itu buat onar. Tak datang kerja pun mesti inform dekat HR sebelum ni. Ni tak ada apa-apa. Call pun tak dapat.

"Takkan awak tak tahu dia tinggal dekat mana.."

Ummi Humaira tarik nafas panjang sebelum dihembus. Dia fokuskan pandangan kepada Zayn. Lelaki itu sampai ke kaunter receptionist di lobi IVS mengikutnya demi mengetahui keberadaan Ieirish.

"Tak tahu Tuan Zayn. Saya dengan Ieirish memang lah rapat tapi dekat tempat kerja je. Yang lain-lain saya tak masuk campur atas permintaan Ieirish sendiri. Faham?"

Kalau tak paham jugak aku tak tahu lah.

"Mengarut.." lepas bilang begitu, Zayn Qaiser berlalu pergi ke lif dengan muka bengang. Ummi Humaira tercenga.

'Mamat tu kata dekat aku ke? Mengarut? Aku mengarut??' Detus hatinya.

"Terima kasih takde. Terus blah. Apa lah...dengan Ieirish bukan main lembutnya. Hampeh!" Bebel Ummi Humaira. Dia pandang receptionist di kaunter, Sophea.

"Apa kes?" Soal receptionist itu dengan wajah ingin tahu. Nak buat bahan gosip la tu.

"Buah hati pengarang jantung dia hilang.."

Sophea menekup mulut sambil buat muka terkejut. "Ieirish ke? Aku ada dengar..still tak datang kerja ke? Ada notis tak?"

"Tak ada masalahnya...Si Zayn tu asyik tanya aku je. Aku tak tahu masalahnya. Kau rasa serabuk tak kalau jadi aku?"

Sophea mengangguk tanda menyokong.

"Tapi betul ke diorang ada affair?" Sophea mula mengorek rahsia. Boleh jadi berita hangat!

Ummi Humaira berfikir sejenak.

"Nak kata ada affair..bukan affair lah. Setahu aku diorang macam pernah ada hubungan dulu tapi ada problem then masing-masing hilang.. yang pasti tuhan je tahu apa jadi."

Kisah diorang tu memang sulit untuk dibicarakan. Si Ieirish berahsia kalau hal peribadinya. Jadi, kesudahannya memang takda.

"Aku rasa macam drama weh. Agak-agak apa ending diorang?"

"Lah kau..tanya aku. Macam aku ni pengarang kisah diorang..eh aku nak pi breakfast bye!"

Ummi Humaira dah berura-ura mahu beredar. Tapi jalannya dihalang dengan orang lain pula.

Yang ni tak perlu senyum. Elok bagi penampar je.

"Ya Encik Elmir? Kalau nak tanya pasal Ieirish boleh ke kaunter jahanam sebab saya betul-betul tak tahu. Sekian terima kasih.." usai bicara terus dia membuka langkah besar.

"Apa maksud kau?" Lengan Ummi Humaira direntap kasar oleh Elmir sampai gadis itu berpaling semula kepadanya.

"Apa ni? Tak reti halal haram ke hah?" Ummi Humaira merentap tangannya dari pegangan Elmir. Dia jeling tak puas hati. Suka hati pegang tangan orang...

"Apa maksud kau pasal Ieirish. Something happen?" Elmir tidak peduli isu dia terpegang gadis itu. Malas nak bergaduh.

"Tanya lah kembar Encik Elmir."

"Kau pikir aku ada masa ke?"

Ummi Humaira tayang muka toya. Masalah dia ke tu? Tak kan?

"Ieirish tak datang kerja seminggu dah tanpa notis apa-apa.." ujarnya bernada malas. Malas nak melayan. Elmir bercekak pinggang dengan muka kebingungan.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now