83

9 2 0
                                    

"if you can't love me, so why did you awaken my sleeping heart?"


ฅ⁠^⁠•⁠ﻌ⁠•⁠^⁠ฅ

"Mimpi apa pulak nak masuk asrama? Rumah kau dekat dengan je pun. Sebelum ni bangga sangat dengan title rumah dekat kau tu. Apahal?"

Zayn mencampak beg sandang di atas bahu ke atas katil milik sepupunya. Bilik untuk seorang pelajar. Betul-betul memanfaatkan jawatan yang dipegang Si Naufal ni. Bayar lebih sikit . Guna kabel. Settle..

"Kau tanya kenapa?" Mug di tangan Naufal dirampas olehnya dan diteguk rakus kopi yang dibuat Naufal. Tergangga member melihat kopi dia buat susah payah habis. Mug kembali ke tuannya semula. Level barista punya style dia buat. Dihabiskan macam tu je. Hampeh punya sepupu.

"Adik aku dekat sini. Kau ingat aku tak bimbang? Heidi tak selamat dekat negara ni. Kau pun tahu.. kes dulu.."

Naufal letak mug atas meja belajarnya. Zayn duduk di kerusi berhadapan dengan dia. "Itu kisah lama, Zayn..lebih kurang nak masuk 4 tahun dah. Kau dengan Uncle Mus tak boleh kurung Heidi dalam sangkar emas korang sampai bila-bila.."

Zayn menunduk. Kepala digeleng perlahan. "Kau takkan faham, Naufal..aku takut dia sakit lagi. Sebab keluarga aku.."

"Dia keluarga kau juga, Zayn..." Zayn ketawa halus. Dia angkat muka. Mata mereka bertembung.

"Nak masuk 4 tahun Heidi anggap kitaorang orang luar. Aku dapat rasa dia benci aku. Benci Daddy aku. Elmir tak payah cakap lah..kes dulu betul-betul hancurkan jiwa raga dia. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk Heidi terima kami sebagai keluarga dia semula."

Buntu. Adiknya seperti sudah keras hati. Mati rasa dengan mereka. Senyum gadis itu juga. Senyumannya hanya kepuraan. Tiada keihklasan..

"Tak bermaksud kau boleh kurung dia dekat Greece. Negara tu dua kali lima je, Zayn..ramai musuh bapak kau. Dekat sini keluarga kita ramai. Kitaorang boleh jaga dia. Dulu korang sembunyikan Heidi.. kita tak tahu. Sekarang kitaorang dah tahu.."

Bahu Zayn ditepuk perlahan. Cuba memberi semangat kepada sepupunya itu.

"Kitaorang boleh jaga malaikat kecil kau, Zayn. Jadi, tolong kali ni bagi kitaorang kepercayaan..malaikat kecil kau tu tak boleh selamanya duduk dalam sangkar emas dia. Uncle Mus dah bagi..kau?"

Zayn menghela nafas berat. Daddy dah beri kebenaran..dia masih berat mahu melepaskan.

"Tapi Fal..aku takut kejadian dulu jadi lagi. Aku tak sanggup hilang Heidi lagi. Aku menyesal layan dia teruk dulu..aku taknak, Fal. Dia adik aku.."

Sayu suara Zayn merintih kerisauannya kepada si sepupu laki-laki.

"Aku takut orang gila yang seksa adik aku dulu datang balik. Sampai sekarang aku tak tahu siapa orangnya. Heidi berkeras taknak bagitau apa-apa. Aku nak tolong dia balas dendam.. kenapa dia tolak aku..kenapa, Naufal? Aku tak layak jadi abang dia ke?"

"Kau pernah terfikir ke dulu waktu Heidi berusaha nak jadi keluarga kau? Dia pun hadap benda sama, Zayn. Bukan salah Heidi kalau dia dah give up dekat korang semua. Bukan salah dia.."

Zayn diam. Ucapan Naufal benar belaka. Dia betul-betul pentingkan perasaan sendiri. Perasaan Heidi pula bagaimana? Dulu dia lakukan benda sama. Dingin. Hingga gadis itu takut kepada dirinya.

Cuma Heidi masih baik melayan dia. Cuma nampak seperti dipaksa-paksa. Zayn tak nak begitu. Dia nak mereka betul-betul jadi satu keluarga kali ini. Titik.

"Aku bukan nak tambah masalah eh.." Zayn pandang Naufal yang sedang melihat skrin telefon pintarnya. Masalah apa pulak..

"Ni.." skrin telefon itu didekatkan depan muka Zayn. Zayn cuba melihat apa yang cuba ditunjukkan oleh Naufal.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now