"if you can't love me, so why did you awaken my sleeping heart?"
Malam terakhir di Kampung Puteri Menangis. Masa untuk menghabiskan shooting Filem Projek Melur Hitam hampir saja tamat. Semua berkerja keras untuk menjayakan filem ini. Termasuk aku.
Ini lah filem pertama aku lakonkan. Tapi sebagai watak sampingan. Tidak menonjol tetapi menjadi batu loncat yang berguna dalam industri lakonan. Tampak berbaloi.
Malam ini bakal jadi detik yang tidak bakal aku lupakan. Seminggu berlalu. Dengan watak sampingan. Tidak perlu berjuang terlalu keras kerana tidak selalu perlu muncul di hadapan kamera. Aku selalu menghabiskan waktu dengan Ezekiel.
Lelaki itu..agak lain.
Bagi aku, Ezekiel tidak memalsukan sikap sebenarnya. Kebanyakan orang yang dia jumpa pasti berbohong semata-mata untuk menjalinkan hubungan business. Penuh motif. Tapi Ezekiel bertentangan..
Lelaki itu buat suka hati dia je. Betul-betul hidup dengan dunia sendiri. Nak ke mana-mana tidak peduli dengan pandangan orang. Buat saja. Persetankan hal lain.
Satu lagi...
Ezekiel banyak menceritakan tentang Islam. Yang sudah pasti aku tak pernah dengar. Kagum.. orang biasa tiada pangkat mahupun harta. Tapi mempunyai ilmu setinggi gunung. Aku kalah dari segi itu..
Kadang-kadang sikap nakalnya menghapus sisi warak Ezekiel. Bagaikan ada different identity.. tapi aku suka dua-dua.
Cuma..
"Nate beruk.. say it again. Nate?"
"Nate?"
"Beruk.."
"Beruk! Nate beruk!"
Ezekiel menepuk tangan sambil ketawa terbahak-bahak. Siap berguling-guling di atas pangkin lama. Kalau roboh ni memang makan kapak Tok Serampit gamaknya.
"Alah bagitau lah maksud dia! Nate beruk tu apo?" Desak aku mengikut nada yang Ezekiel ajarkan. Ezekiel bantai gelak lebih kuat lepas dengar aku bercakap begitu.
"Ya Allah.. bunyi siam struggle nak cakap kelantan! Hahahah!"
Aku merengus kecil. Dah agak dah! Dia ni memang nak kenakan aku.
"Merajuk lah macam ni..awak suka kenakan saya. Tak suka.." aku menarik muka merajuk. Punggung mengesot menjauhi Ezekiel. Ezekiel pantas berhenti ketawa dan bangun dari baringnya.
Dilihat aku sudah merajuk dan memaling muka darinya. Ezekiel meneguk air liur. Another day another pujukan. Aku selalu merajuk. Dia tu yang kuat mengusik!
"Nate beruk tu maksud dia.." Ezekiel berjeda. Aku mengerlingnya sambil memincingkan mata. Baik kau bagitau betul-betul!
"Saya.."
Saya
"Suka.."
Suka?
"Awak.. saya suka awak"
Saya suka awak..
Ezekiel menarik senyum manisnya. Gadis di hadapannya terpegun. Pipi tiba-tiba kemerahan. Bibirnya bergetar kecil. Terkumat-kamit mahu membalas.
"Awak suka saya?" Soal gadis itu dengan nada polos. Ezekiel diam. Cuba memikirkan hal itu. Dia sukakan Heidi, kah? Gadis itu sememangnya memiliki rupa paras yang cantik. Dia pun selesa berteman dengan Heidi.. tidak sombong seperti selebriti lain.
Walhal, gadis itu sedang naik namanya di kaca television. Tak..Heidi sangat merendah diri. Itu yang dia suka.
Suka? Mungkin.. tapi sebagai kawan saja lah.
YOU ARE READING
BOOK 1: CIK BUNNY [✓]
RomanceMeryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pertemukan mereka semula. Zayn Qaiser bersungguh-sungguh mahu perbaiki kesilapannya yang dia sendiri tid...