55

102 8 1
                                    

"sial lah kau, Ieirish! Sial!!!"

Jari Heidi Qaliesha tak berhenti menekan skrin telefonnya. Kontak Zayn Qaiser ditelefon banyak kali.. semua percubaan dibalas dengan suara operator. Zayn sedang abaikan dirinya kah?!? Mesti sebab Ieirish tak guna tu! Sial!

Heidi mengesat air mata sendiri. Dia mencebik sambil menahan rasa sebaknya. Dah masuk 4 minggu bersamaan dengan sebulan Si Zayn tidak mahu berjumpanya sejak insiden pertemuan dengan Ieirish haritu. Padahal janji nak jumpa..

"Tolonglah angkat.." pintanya dengan suara bergetar. Telefon pintar ditekup pada telinga. Tak lama suara operator menyergah lagi. Dia kecewa besar kalini.. Zayn betul-betul mengetepikan dirinya.

Ikutkan hati mahu saja dia menerjah rumah lelaki itu. Tapi Heidi masih berfikiran rasional. Takkan lah dia nak buat kecoh kan? Bertambah pula populariti nya semakin meningkat selepas drama baru dilakoninya disiarkan. Pergerakannya dibawah pengawasan para wartawan dan media..

Tapi, dia perlukan Zayn Qaiser sekarang..

"Aku tak kisah lah sial pasal isteri kau tu! Korang semua boleh pergi mampus! Kau memang tak guna lah, Qaiser! Penipu! Kau kata kau sayang aku! Sial!!!!!"

Heidi agresif melempar telefon pintar berjenama iPhone itu ke lantai. Hancur berkecai. Tak nampak rupa dah.

"Kau nak main-main dengan aku? Kau tunggu lah, Qaiser.." Heidi melangkah ke arah meja soleknya. Bersebelahan meja solek itu terdapat kayu besbol kayu yang disimpannya. Kayu besbol itu dicapai.

Dipegang erat dan diangkat tinggi sebelum dia hayunkan kayu besbol itu ke arah cermin meja soleknya. Habis perabot itu dikerjakan oleh Heidi hingga tak nampak rupa dah. Selesai mengamuk sambil melepaskan geram.. Heidi menyeluk poket seluarnya.

Sebuah lagi telefon pintar dikeluarkan. Bermakna dia mempunyai dua phone. Patutlah tak kisah iPhone dia hancur berkecai tadi. Laju jarinya bermain pada skrin telefon.

Sebelah tangan melempar kayu besbol tadi ke tepi. Dia duduk mencangkung dan mencapai serpihan kaca dari cermin yang sudah pecah. Digenggam kaca itu dengan kuat hingga menghasilkan luka dan berdarah.

Yang peliknya wajah Heidi tidak menunjukkan sebarang reaksi sakit. Kosong.

Tangannya yang sudah terluka itu dipotret dengan kamera phone. Selesai saja dia hantar gambar itu kepada Megat Naufal melalui aplikasi WhatsApp. Tak lama dia menunggu. Telefonnya bergetar meminta untuk diangkat.

Heidi menarik senyum sinis.

'Kau ingat kau boleh lari dari aku ke, Qaiser?'

Panggilan itu diangkat olehnya.

"Heidi! Jangan buat kerja gila lah! Stop! Apa masalah you ni?!?"

Heidi ketawa menyeringai. Dia rebahkan tubuh atas lantai mozek biliknya.

"Korang yang cari pasal..i dah warning dulu jangan buat i marah.. sepupu you tu dah mainkan i. You pilih lah.. Qaiser datang ke sini atau ambulans yang pickup i dulu. Biar semua orang tahu siapa i..siapa Zayn Qaiser..Kirim salam dekat dia. Bye.."

Cepat-cepat dia mematikan panggilan itu. Satu keluhan berat keluar dari bibirnya. Serpihan kaca di dalam cengkamannya dilepaskan. Tangan sendiri di bawa ke depan mata. Melihat luka ditapak tangannya itu tidak lah terlalu serius. Untung saja dia tidak berfikiran mahu mengelar nadinya. Kalau tidak mungkin sudah arwah memikirkan tiada sesiapa di sisinya sekarang.

Heidi tidak berharap tinggi untuk Zayn tiba di rumahnya dalam sekelip mata. Entah-entah tak datang pun. Lebih pentingkan isterinya yang sedang mengandung tu. Ieirish..

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now