93

4 2 0
                                    

"Love shouldn't hurt. It should heal.."




"What do you mean she's come back? Who is she?"

Zayn memberitahu khabar gembira kepada adiknya. Dia mengharapkan Heidi turut tumpang happy atas berita itu.

"Ieirish.. perempuan yang abang selalu cerita dulu tu. Abang jumpa dia!"

"Oh? Dekat mana?" Balas Heidi dengan nada malas. Malas nak tahu sebenarnya. Otak dia dah semak dengan job modelling. Sekarang pun dekat studio designer wedding dress. Designer tersebut sangat terkenal sejak tahun 2022. Koleksi design nya memang buat customer rambang mata.

Dan Heidi menjadi salah satu model design baharu designer tersebut. Ikutkan dia mahu tolak untuk menjadi model gaun perkahwinan. Tapi...

Designer itu ialah Meera. Heidi sendiri pun tak tahu sejak bila teman baiknya itu ada talent dalam pembuatan pakaian. Tahu-tahu lepas habis pengajian dalam Diploma Administration of Public. Meera mahu membuka butik pakaian. And I'm impressed. Hasil tangannya cantik.

Bonda Shahira memberi modal kepada Meera. Serta pengaruh Bonda dalam dunia fesyen. Bonda Shahira pula sememangnya pemilik pembuatan pakaian yang terkenal di Malaysia. Pengaruhnya membuatkan hasil tangan Meera mudah dikenali ramai. Lagi-lagi dalam kalangan korporat.

Heidi bangga dengan pencapaian gadis itu. Semakin berjaya..

Sebab itu dia terseksa dengan rayuan Meera yang mahu dia menjadi model untuk koleksi terbarunya. Pasrah je lah!

"Ieirish kerja dekat company Bella. For 2 years! 2 years, Heidi! Macam mana abang tak terfikir langsung nak ke sana sebelum ni! Kalau tak mesti.."

"Mesti you tinggalkan i sorang-sorang lepastu bercinta cintun balik dengan perempuan tu.." balas aku dengan nada sarcastic. Zayn Qaiser pandang adiknya yang seperti tidak suka dengan topik itu. Meera yang sedang mengukur tubuh temannya pun hanya diam saja.

Tak dapat menolong Zayn. Huhu.

Selesai tugasnya mengukur. Tali tape dililit dengan kemas sebelum dimasukkan ke dalam poket skirt. Heidi yang masih berdiri disuruh duduk semula. Gadis itu menurut dengan muka masam mencuka.

Meera sudah tahu tentang hubungan dua orang itu. Agak rumit. Tapi dia cuba untuk tidak mempersoalkan. Itu hidup mereka. Dia tidak berhak nak judge. Kadang-kadang kesiankan Zayn.. macam tak dianggap je oleh Heidi..

"Ieirish tu perempuan yang awak kata.. comel macam arnab kan? Macam mana? Dia cakap apa?" Meera melabuhkan punggung atas sofa berhadapan dengan adik beradik itu. Dikerling Heidi sekilas. Masih muncung sedepa seperti itik.

"Dia pengsan.."

"Hah?!?"

"Pfttt" Meera terkebil-kebil sekejap. Heidi menahan ketawa di sebelah Zayn. Lelaki itu laju lastik bahu adiknya yang seronok mengetawakan dia. Ish!

"Wait.. serius lah dia pengsan? Kenapa? Awak buat apa sampai dia pengsan.." soalnya sangsi. Zayn agak yang Meera sudah berfikir buruk mengenainya. Muka gadis itu cukup mengatakan segalanya.

"Dia tak sihat.. ikut apa rakan office dia cakap pun.. memang Ieirish ada tubuh lemah sejak bekerja dekat situ. Bukan saya yang buat dia pengsan. Rasanya.."

Heidi berdecit berkali-kali sambil menatap abangnya itu. "itu tanda nya dia tak suka you lah. Bukaaaaaa mata tu luas-luas. Member sampai pengsan sebab you!"

"Qal!" Heidi terus pandang Meera yang mencerlung tajam ke arahnya. Apaaaa!

"Itu faktor kesihatan. Zayn tak salah. Kalau ya pun. Hanya kebetulan.." Meera membela Zayn dari tuduhan adiknya yang tidak bermoral itu. Ada adik pun menyakitkan hati..

"I nak jumpa dia"

"Tak payah!" Sepantas kilat Zayn menghalang. Bibir Heidi terkumat-kamit seketika. Kolar baju Zayn ditarik olehnya.

"You halang i, Qaiser?" Zayn mengetap rahang sendiri. Geram. Tangan kecil di kolar bajunya dipegang kemas. Dijauhkan agar tidak menjerut lehernya.

"Orang lain boleh you nak buat apa pun, Heidi.. but not her. She's mine." Heidi ketawa tak percaya dengan kata-kata Zayn. Tanganya ditarik dari lelaki itu.

"I can do anything i want.. orang lain atau dia sekali pun. You tak ada kuasa nak halang i!" Zayn bangun dari duduk dengan muka bengangnya. Bengang dengan Heidi Qaliesha. Kenapa adiknya susah sangat nak faham?!?

Meera sudah bingung mahu menghalang pergaduhan adik beradik itu. Heidi pun satu biarkan je lah Zayn nak balik semula ke kekasih lama dia sekali pun. Itu hak dia!

"You jangan berani nak sentuh dia walaupun seinci, Heidi. I warn you.. don't you ever dare to hurt her! She's more important than you! You understand?!!"

Heidi pandang jari telunjuk Zayn yang hampir mengenai dengan hidungnya. Lelaki itu melepaskan amarah tanpa sedar kepada adiknya. Kerana seorang perempuan..

"Dia penting dari i? You maksudkan benda tu?" Soal Heidi dengan nada dingin. Wajahnya berubah riak beku. Mata tajam menikam si abang yang baru tersedar akan keterlanjuran katanya.

"Hei, Hei.. dah lah gaduh! Adik beradik tak elok bergaduh. Qal..Zayn.." Meera bangun dari duduk mahu memujuk keduanya. Namun Heidi bingkas berdiri.

"Abang mana anggap perempuan lain lebih penting dari adik dia?" Pedas Heidi menyindir. Zayn meraup muka kesal. Baru dia nak buka mulut. Heidi lebih pantas.

"Tak pe lah. You ada hak nak balik semula dengan perempuan tu. I tak kisah! Sejak you kata perempuan tu lagi penting.. you hilang i. Good luck, Zayn Qaiser.."

Heidi mencapai handbag nya dengan kasar. Dia merempuh bahu Zayn yang menghalang jalannya mahu keluar. Menonong dia melangkah tanpa mempedulikan Meera yang memanggil tanpa henti.

Zayn pula diam di tempatnya berdiri. Menyesali apa dia cakapkan tadi kepada Heidi. Dia tahu kata-katanya menguris hati. Bodoh!

Meera yang melihat hanya mampu berdoa agar dua orang itu tidak bergaduh untuk jangka masa yang lama. Meera tahu temannya memerlukan Zayn setiap masa. Jika pergaduhan ini berlarutan. Entah apa Heidi bakal buat. Yang pasti itu semua hanya kerja gila..

Heidi!




BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now