TDM || BAB 5

16.7K 797 22
                                    

LANGKAH Daeen mati. Termengah-mengah dia mencari nafas. Sudah lama tak jogging. Berat pun makin menebal. Sebab itu baru berlari sekejap sudah termengah-mengah. Rasa seperti mahu tercabut kakinya itu.

Pandangannya teralih ke arah Athea sedang mencuci kereta. Senyuman nakal terukir. Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri adik tirinya itu. Dalam diam dia melihat susuk tubuh Athea dari belakang. Seksi.

Athea perasan diri diperhatikan, langsung menoleh. “Mak!!” latah Athea. ‘Sejak bila tuanku ada dekat belakang aku? Rasanya tadi aku seorang saja dekat sini,’ hairan Athea.

“Hi, samyang.” Daeen menyapa. Bibirnya juga tersengih memandang Athea.

Laju Athea menampar lengan Daeen. “Ish tuanku ni. Dah kenapa duduk belakang saya macam tu? Terkejut saya. Ingatkan hantu tadi.”

Dengan selamba Daeen menjentik dahi Athea. “Muka handsome macam ni pun kau panggil aku hantu? Lagipun mana ada hantu siang-siang macam ni. Yang ada vampire je. Aku la vampire tu. Rawr,” goda Daeen.

Athea memutarkan bola mata. Menyampah. “Tuanku nak apa? Dah hilang ke semua lemak dekat badan tu? Kalau dah hilang pergi la masuk mandi. Jangan kacau saya,” halau Athea sambil mencuci kereta. Hampir keseluruhan kereta itu dipenuhi dengan sabun.

Daeen tersengih nakal. “Lemak memang la dah hilang tapi ada satu benda lagi yang tak hilang.” Bisik Daeen di telinga Athea. Kedua-dua belah keningnya juga diangkat.

Athea menolak tubuh Daeen jauh darinya. “Apa dia? Tuanku jangan macam-macam eh. Saya jerit nanti. Biar semua orang dengar. Baru diorang tahu yang lelaki digilai diorang ni sebenarnya pervert.”

Daeen tertawa kecil. “Eh, tolong aku cuci kereta-kereta aku.”

Mulut Athea melopong. ‘5 biji kereta disuruh basuh? Gila ke apa mamat ni?’

Athea berdeham. “Kan ada pembantu dekat rumah ni. Suruh la diorang buat. Tak pun driver tuanku ke. Kenapa saya? Dah la banyak. Mana larat saya nak cuci semua tu. Senang-senang tuanku hantar je dekat car wash.”

“Ish taknak la aku. Takkan nak bawa 5 sekali. Aku bukannya boleh pecah 5 macam BoBoiBoy.”

“Taknak!!”

Daeen mencekak pinggang. “Ala kau ni. Aku baru minta tolong sikit, dah melenting. Tolong la. Ke kau nak aku cium mulut kau tu baru kau nak buat?” ugut Daeen. Tubuhnya juga dirapatkan dengan tubuh Athea.

Laju Athea menolak tubuh Daeen. “Apa benda ni? Nanti ayahanda nampak la.”

“Kau nak basuh ke taknak? Kalau tak lebih daripada cium aku boleh buat.” Separuh bisik Daeen berkata. Hembusan nafas dibiar lepas ke telingaku, membuatkan bulu roma aku naik. “Choose now, samyang,” goda Daeen lagi.

Lantas Athea melemparkan kain basah terkena tepat pada wajah Daeen. “Ini makan dia. Pervert.”

“Kau panggil aku apa?”

“Saya panggil tuanku lelaki pervert.”

Daeen mengangguk faham. Air sabun itu disimbah membasahi tubuh Athea. Puas hatinya melihat baju adik tirinya basah.

“Tuanku!! Habis basah!!”

“Padan dengan muka kau. Panggil aku lelaki pervert lagi.”

Athea melemparkan wajah bengis. “Okay la tu dari tuanku panggil saya bunga taik ayam. Adil la kan?”

“Dah memang kau bunga taik ayam pun.”

Athea mengenggam penumbuk. “Eyy!!! Tuanku ni kan!! Sini kau!!! Eyyy!!!” Laju dia mengejar Daeen yang sudahpun melarikan diri.

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now