TDM || BAB 65 (NEW ENDING)

3.7K 191 5
                                    

QAYS tersenyum memandang Daeen yang termenung jauh dari balik cermin pejabat itu. Kepalanya digeleng kecil sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam pejabat itu. "Assalamualaikum, ustaz Mateen."


Daeen mengangkat wajahnya. "Kau tengah sindir aku ke?" Daeen menjeling.


"Mana ada. Kau yang nak terasa sangat."


Daeen tersengih. "Aku ingatkan kau dah balik Malaysia. Aku rasa Zyn dah balik kan? Kenapa kau tak balik lagi?"


"Amboi. Halau nampak. Aku bukannya taknak balik lagi. Cuma aku belum dapat awek Turki lagi. Dekat madrasah ni pun aku tengok boleh tahan. Kau taknak ke bagi satu dua nombor pelajar kau dekat sini?" Kedua-dua belah keningnya diangkat.


Daeen menjeling. "Kau gila? Walid aku marah nanti, aku salahkan kau."


Mereka tertawa kecil lalu membisu kembali. "Kelmarin Thea ada dekat majlis tu, kau ada terserempak dengan dia?" soal Qays selepas lama mendiamkan diri.


Daeen mengangguk. "Tapi dia tu... Entah la. Dia tak bagi aku peluang untuk bercakap dengan dia. Nampak yang dia tu betul-betul dah bencikan aku. Muka aku pun dia taknak tengok. Aku rasa dia betul-betul nak bercerai dengan aku."


"Een, isteri mana yang tak terasa, tak sedih, kalau suami pilih cerai daripada baiki hubungan tu. Kahwin ni bukannya macam bercinta. Boleh putus sesuka hati yang kau nak. Perkahwinan, pernikahan, itu satu perkataan yang suci tau bagi aku. Seumpama ibadah juga. Sebab tu tak boleh buat main. Lagipun kau dua kali bergelar duda, takkan kau tak serik lagi."


Daeen mengeluh berat. "Ya, aku tau aku salah. Aku tak patut ikutkan emosi aku. Aku tak patut abaikan apa yang dia rasa, apa yang kami rasa. Tapi waktu tu aku cuma fikir sesuatu. Aku tak layak bersama seorang bidadari seperti dia. Aku banduan. Aku kotor. Aku jijik. Mesti dia malu bila selalu orang herdik suami dia perogol."


"Habis tu kenapa sampai sekarang kau tak ceraikan dia? Atau kau rasa gantung dia tak bertali lebih baik?" sinis Qays.


"Aku bukannya taknak ceraikan dia. Aku cuma... lidah aku. Kelu. Sukar untuk aku lafazkan perkataan tu sebab aku terlalu cintakan dia. Ya, dia mungkin lebih layak untuk lelaki yang lebih baik tapi bila aku tengok dia bersama lelaki lain, hati aku cemburu. Hati akunpedih sangat. Jadi aku bertekad untuk ubah diri aku sebaik yang boleh. Aku mungkin tak mampu jadi macam lelaki lain, tapi aku mungkin boleh jadi Daeen Mateen yang baharu."


Qays tersengih. "Wah!! Dah pandai berfalsafah ek kau sekarang." Mereka tertawa kecil. "Tapi kan ada sesuatu yang aku nak sangat tanya kau dari kau dalam penjara lagi."


Dahi Daeen sedikit dikerutkan. "Apa dia?"


"Betul ke kau yang rogol perempuan tu? Kenapa kami bertiga tak tau? Siapa perempuan tu? Kau langsung tak pernah bercerita pada kami. Cakap kawan. Takkan benda macam ni kau nak berahsia?"


Riak wajah Daeen berubah. "Macam mana eh aku nak cakap dekat kau? Ye, memang aku tak rogol dia pun. Aku 'bersama' dengan dia dalam keadaan rela. Dia sendiri yang datang goda aku malam tu. Hari dimana aku nikah dengan Malaika. Nak tak nak terpaksa la aku mengaku. Memang aku 'bersama' dengan dia pun kan?"


"Jadi betul la ni kau kena perangkap. Wait, kalau betul kau rogol dia, kenapa dia tak report je dulu? Kenapa lepas kau kahwin dengan Athea? Tak syak lagi la. Aku rasa perempuan tu ada kena mengena dengan Dani. Dia kan nak kau jatuh terduduk. Baru puas hati dia."


Daeen hanya membisu, memikirkan sesuatu. "Aku sebenarnya malas nak fikir. Asalkan dia tak sentuh isteri aku dan anak aku. Sepanjang 5 tahun korang jaga isteri aku, takde yang datang menganggu kan?"

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now