TDM || BAB 38

8.6K 421 4
                                    

“THEA!! Oh Thea!! Dah siap ke belum? Harini kan kita nak pergi annual dinner dengan ayahanda. Thea!!” kejut Puan Cendana. Tangannya tidak berhenti mengetuk pintu bilik anaknya itu.

Athea membuka kelopak matanya. Keluhan kecil dilepaskan. “Ye, bu. Thea siap kejap.”

Lemah Athea bangun daripada baringannya. Tubuhnya masih tidak berganjak walaupun setapak. Masih duduk di atas katil sambil memikirkan sesuatu. Sekilas mata Athea memandang ke arah laptop miliknya.

Sudah minggu dia tidak menulis manuskripnya itu. Dibiar cerita yang ditulis tergantung. Athea mengeluh. “Patut ke aku tamatkan cerita ni? Tapi apa ending untuk kami? Sad ending? Happy ending? Ataupun dibiar tergantung?”

Athea termenung seketika. “Kalau tergantung pun apa salahnya? Aku pun dah nak bersara dalam dunia penulisan. Hati aku dah tak tertarik nak menulis apatahlagi nak siapkan manuskrip ni,” keluh Athea.

Tuala mandinya dicapai lalu langkahnya menuju ke bilik mandi. Tubuhnya direndam dalam tab mandi. Sambil-sambil itu tangannya bermain dengan telefon pintarnya. Langsung tiada notifikasi daripada sesiapa pun. Termasuklah dari Daeen Mateen.

Keluhan kecil dilepaskan kembali. Sudah 2 minggu peristiwa itu berlalu, namun masih segar diingatannya. Peristiwa Daeen menyatakan bahawa dia benci pada Athea.

Sejujurnya dia rindu pada telatah abang tirinya itu. Namun cuba dihindar perasaan itu datang. Dia harus melupakan Daeen. Walaupun dia tidak tahu samada perasaan itu akan hilang dalam jangka masa yang pendek atau panjang.

“Cik Thea.” Kedengaran suara pembantu dari luar bilik mandinya itu.

Lantas Athea mengesat air matanya. “Ye?”

“Gaun cik Thea saya letak atas katil ye? Lagi satu cik puan ada pesan dia tunggu dekat bawah.”

“Baik.”

Usai Athea membersihkan dirinya, bingkas dia bersiap untuk ke majlis besar yang dikatakan ibunya semalam. Entah mengapa dia perlu terlibat? Dia bukannya orang penting dalam majlis itu pun. Oh lupa. Dia kan anak tiri kepada Tunku Daris Mostafa. Ikutkan berat kakinya hendak melangkah pergi ke majlis itu.

Sepanjang perjalanan juga, Athea banyak mendiamkan diri. Hanya kedengaran suara Tunku Daris dan Puan Cendana sahaja. Malas mahu menyampuk. Lebih baik dia diamkan diri sahaja.

Tiba sahaja mereka ke majlis itu, meliar kaki Athea melangkah. Tidak tahu hendak kemana. Masih belum ada arah tuju. Pandangannya juga meliar memandang sekeliling. Dipenuhi dengan orang kerabat. Semuanya kacak bergaya dengan suit.

Bahu Athea ditepuk seseorang membuatkan Athea menoleh.

“Hi, madam.”

Laju Athea menampar kuat lengan Ayyash. “Kenapa panggil saya madam?! Saya tak suka la.” Cebik bibir Athea.

Ayyash pula tertawa suka. Seronok dapat mengusik Athea. Apatahlagi melihat Athea mencebik. Nampak comel. Lega hati Ayyash. Tidak la risau melihat wajah muram Athea sentiasa. Sampai lupa bagaimana wajah ceria Athea.

“Awak buat apa dekat sini? Kenapa tak menari dengan diorang?” soal Ayyash.

Athea tersenyum kelat. “Takpe kot. Saya takde pasangan nak menari. Segan pula nak duduk situ.”

“Kenapa perlu segan? Awak anak tiri Tunku Daris Mostafa kot. Awak selayaknya dekat sana. Mari, menari dengan saya. Saya harap awak masih nak menari dengan putera raja macam saya. Awak sudi?” Ayyash menghulurkan tangan kanannya pada Athea.

Athea tersenyum lebar. “Saya sudi.”

Laju Ayyash menarik tangan Athea, bawa ke kawasan menari. Athea hanya menurut. Dengan penuh berhati-hati langkahnya menari agar tidak jatuh ke lantai. Takut juga jika terjatuh nanti. Buat malu keturunan je.

“So, saya nak tanya awak, kenapa awak kurung kan diri awak dalam bilik? 2 minggu tau saya tak jumpa awak. Tengok dah makin susut. Nanti saya nak paksa awak makan.”

Athea sekadar tertawa kecil.

“Tak payahlah ingat pasal dia lagi, Thea. Kalau betul dia sayangkan awak, dia akan balik juga. Insyaallah. Awak cuma perlu banyak berdoa supaya dia berlembut hati dengan awak.”

Athea tersentak kelat. “Awak rasa dia bencikan saya tak?”

Mereka berhenti daripada terus menari. Masing-masing terdiam sepi. Athea masih menanti jawapan daripada Ayyash.

“Wahh!! Dah macam puteri raja bertembung dengan putera raja,” usik Qays. “Hai, gadisku yang comel. Masih monyok-monyok lagi?” Dengan selamba Qays mencuit hidung Athea.

“Baby girl, kenapa you makin kurus ni? Nanti I bawa you keluar makan eh?” kata Razyn pula. Sempat tangannya menepuk rambut Athea.

Terus Athea mendecis. “Tak, sekarang ni kenapa korang panggil nama saya pelik-pelik ni? Panggil Thea sudah la.”

“No!! You’re our baby girl. Jadi kami boleh panggil apa sahaja yang kami nak sebab awak kesayangan kami. Adik Daeen, adik kami juga. Ye tak?” Razyn mencuit pipi Athea membuatkan Athea kembali mendecis.

“Eyy!! Awak ni kan Zyn!!” Bertubi-tubi tangan Athea menumbuk bahu Razyn. Sakit hatinya itu. Paling tidak gemar jika ada yang mencuit pipinya. Habis rosak la makeup nya nanti.

“Rasanya macam dah lama aku pergi, boleh tahan banyak juga perubahan.” Suara seseorang menyapa mereka, membuatkan mereka menoleh memandang ke arah lelaki itu. Terus berubah riak wajah mereka.

“Een!!” Serentak mereka bertiga berkata. Lantas mereka bertiga menghampiri Daeen lalu memeluk erat tubuh Daeen.

“Kau ni!! Tak baik tak buat kitorang macam ni.” Emosi Razyn. Teresak-esak dia menangis saat memeluk Daeen.

“Ah kau ni!! Menangis macam pondan dah kenapa?”

Mereka tersengih. Terus mereka mengundur diri, membuka ruang pada Daeen dan Athea hendak bertentang mata setelah sekian lama tidak bertemu. Athea meneguk air liurnya. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Daeen Mateen sudah kembali.

Tanpa sebarang ucapan, Daeen melangkah meninggalkan Athea. Langsung matanya tidak melirik ke arah adik tirinya itu. Langkahnya hanya menuju ke pentas untuk bersama-sama memberi ucapan.

Ayyash menepuk bahu Athea. “Jangan risau. Masih ada banyak masa lagi untuk awak berbual dengan dia kan?”

Athea mengangguk. Dia cuba berfikir positif. Mungkin Daeen sedang sibuk sekarang. Mungkin Daeen mahu mencari masa untuk mereka berbual berdua. Selalunya begitu.

“Assalamualaikum, terima kasih saya ucapkan kepada tetamu yang sudi hadirkan diri ke majlis keluarga Tunku Mostafa dan sama-sama meraikan hari kelahiran saya, Tunku Daeen Mateen. Ingin saya ucapkan kata maaf kepada keluarga saya, rakan-rakan saya, pekerja saya, dan kenalan saya kerana telah menghilangkan diri secara tiba-tiba.”

“Alhamdulillah, harini Allah bagi kekuatan pada saya untuk hadirkan diri ke majlis ini. Ingin saya umumkan sesuatu pada hadirin semua,” ucap Daeen.

Dahi Athea berkerut hairan saat memandang Malaika menghampiri Daeen. Dengan selamba gadis itu memeluk erat lengan Daeen tanpa rasa malu. Nak kisah apanya? Memang Malaika begitu. Terlebih mesra.

“Saya dan tunang saya sudah berbincang hal ini. Jadi hari ini saya dan tunang saya, Tunku Anggun Malaika, ingin mengumumkan majlis pernikahan kami.”

Athea tergamam. Kepalanya digeleng kecil. Bagaikan tidak percaya. Lemah kepalanya memandang ke arah Ayyash disebelah. Nampak terkesima Ayyash disitu.

“Seperti yang kamu semua tahu, saya dan Tunku Malaika sudahpun bertunang dua tahun yang lalu. Ikutkan saya dan Malaika ingin bertunang hanya sebulan lebih sahaja. Tapi disebabkan banyak kekangan dan juga saya masih belum bersedia untuk bergelar suami, saya yang minta tangguh sehinggalah hari ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga tunang saya kerana memahami. Jadi tarikh pernikahan yang kami pilih ialah 24 haribulan 10. Dijemput para hadirin untuk menjamu selera, meraikan kami. Terima kasih.” Dengan penuh ceria, Daeen mencapai tangan Malaika turun dari pentas.

Athea tidak dapat menahan sebak, terus melarikan diri. Lari jauh daripada semua orang. Tidak mahu bertentang mata walau dengan sesiapa sekalipun. Hatinya retak. Hancur. Bagaikan dicincang berkali-kali. Tergamak Daeen menipunya. Kenapa tuanku? Kenapa?

***

ATHEA memilih untuk duduk di kawasan yang jauh daripada orang ramai. Tidak mahu orang melihat dia menangis. Air matanya dikesat. Keluhan berat juga dilepaskan.

“Kenapa perlu aku menangis? Kenapa sekarang ni aku perlu kecewa? Sepatutnya aku gembira. Dia dah ada calon isteri yang cukup sempurna. Pengganti Reissa. Tapi aku masih terkilan. Kenapa dia tak jujur? Kenapa dia tak pernah beritahu aku tentang status sebenar dia?” Air matanya kembali lebat.

“Thea, dekat sini pun awak.” Suara Ayyash kedengaran menyapanya.

Lantas Athea mengesat kasar air matanya yang mengalir lebat itu. Sedaya upaya menutup wajah sayu itu. “Ash. Awak buat apa dekat sini?”

“Saya yang sepatutnya tanya awak macam tu. Awak menangis ke Thea?” Athea menunduk. Mulutnya juga dikunci rapat. “Thea, saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut rahsiakan hal ni dari awak. Tapi ini semua atas arahan Daeen. Dia nak rahsiakan sampai la tiba masanya untuk dia cerita pada awak.”

Athea memandang Ayyash dingin. Terus dia tertawa sinis. “Jadi ini la masa yang tepat? Masa dimana saya dah mula jatuh cinta pada tunang orang?”

“Thea...”

Athea mengalihkan pandangannya. “Awak pula macam mana Ash? Awak okay ke tuanku berkahwin dengan perempuan yang awak cinta?”

Ayyash tersenyum kecil. “Saya anggap jodoh tidak berpihak pada kami. Mungkin ada lebih baik untuk saya. Lagipun saya nak menangis pun macam dah tak guna. Dia tunang orang, Thea. Tak patut untuk saya terus mencintai dia. Tapi lagi saya buang perasaan tu, saya makin jatuh cinta dengan dia.”

“Beruntung Laika. Ada dua orang lelaki yang hebat mencintai dia.”

“Beruntung juga awak, sebab ramai sayangkan awak. Awak jangan rasa awak seorang diri. Awak masih ada keluarga awak. Awak masih ada saya. Saya kan kawan awak. Kan?”

Athea tersenyum. “Hantar saya balik, boleh?”

“Boleh. Jom.”

Bingkas Athea dan Ayyash bangun daripada tempat duduk mereka lalu melangkah menuju ke kereta milik Ayyash. Sempat telinga mereka disapa dengan panggilan seseorang dari belakang.

“Athea!! Athea!! Tunggu.”

Athea menoleh. Langkahnya juga mati. “Laika. Ada apa?”

“Merata saya cari awak. Awak dah nak balik?”

Athea tersenyum tawar. Kepalanya di angguk. "Saya rasa saya masih belum terlambat untuk ucap. Tahniah, Laika. Saya gembira untuk awak." Serak Athea berkata.

Malaika tersenyum lebar. Lantas mereka berpelukan. Masing-masing menangis. Malaika menangis gembira manakala Athea menangis dalam diam. Cuba ditahan esakan kecilnya berbunyi.

"Terima kasih, Thea. Saya happy. Happy sangat. Akhirnya cinta saya dibalas setelah sekian lama menanti."

Athea masih lagi menangis dalam diam. Sakit dihatinya hanya dia seorang yang tahu. "Berbahagialah, Malaika. You deserve it."

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now