TDM || BAB 28

10.4K 438 8
                                    

PAGI hari lagi, Rose mengikuti Athea dan Puan Suraya ke kawasan sawah padi. Bukan main seronok lagi Rose dapat menolong Puan Suraya menabur baja. Athea sekadar memerhati, mengikuti langkah mereka dari belakang sambil menikmati keindahan alam. Angin yang menyapa tubuh, membuatkan hatinya tenang.

“Mummy,” panggil Rose.

“Ye, sayang.”

“Ini ke pokok nasi?” soal Rose.

Athea tertawa kecil. Langkahnya menghampiri Rose lalu dipeluk anak kecil itu erat. “Nama pokok ni bukannya pokok nasi tapi padi. Padi ni la yang menghasilkan beras. Bila dah jadi beras, dah masak, jadi la nasi.”

Rose mengangguk faham. “Tok nek, kenapa kita kena letak baja dekat sawah padi ni? Rose tengok pokok lain tak kena letak baja pun.”

“Siapa cakap pokok lain tak letak baja? Kena la letak baja. Kegunaan baja ni untuk elokkan akar, elokkan daun. Nanti hasil dia bagus la. Faham?”

Rose mengangguk. “Faham, tok nek.”

Puan Suraya tertawa kecil. “Bagus cicit tok nek ni.”

“Nek, tak penat ke asyik berkebun je? Thea bukannya apa. Nenek kan dah tua, dah tak larat buat kerja-kerja ni semua. Thea taknak la nenek asyik paksa diri nenek. Tak bagus tau. Macam la Thea tak boleh tanggung nenek. Ikutkan Thea nak bawa je nenek tinggal dengan kami.”

Puan Suraya menoleh memandang Athea. “Kalau nenek tinggal dengan kamu, macam mana dengan kebun, sawah padi, ayam dengan kambing atok kamu nanti? Semua ni harta peninggalan dia tau. Usaha atok kamu nak halalkan nenek dulu. Takkan nenek nak biarkan macam tu je.”

Dahi Athea berkerut. “Atok halalkan nenek? Thea tak faham.”

“Dulu waktu atok nak kahwin dengan nenek, atok kamu takde duit. Ada la tanah dari keluarga dia yang terbiar, atok kamu yang usahakan. Jadikan kebun. Sama juga dengan sawah padi ni. Dah dapat hasil, dia jual la. Buah durian, manggis, mempelam, semua tu. Bila dah dapat duit, dia terus melamar nenek. Kebun, sawah padi ni juga diberi pada nenek sebagai hadiah perkahwinan tau. Sweet tak atok kamu tu?”

Athea mengangguk. “Untungnya jadi orang dulu-dulu kan. Manisnya ngak ada ubat. Tak macam sekarang. Mulut manis, tup tup sebenarnya dah jadi laki orang dah pun.” Athea memutarkan bola matanya. Masih panas hati dengan kejadian kelmarin.

“Masih ada lagi lelaki macam tu cuma limited edition. Orang cakap macam satu dalam sejuta. Hanya orang bertuah je tau. Kalau ditakdirkan Thea dapat lelaki macam tu, hargai la dia seelok-eloknya.”

Athea tersengih. “Eh mesti. Kan nenek cakap dia lelaki satu dalam sejuta. Rugi la Thea kalau Thea sia-siakan dia nanti.”

“Tak kisah la samada dia lelaki limited edition ataupun tidak, kalau dah jadi suami Thea, Thea wajib patuh dan taat pada suami tau,” Athea mengangguk. “Thea dengan Daeen macam mana?”

Dahi Athea berkerut. “Kenapa tiba-tiba nenek petik nama tuanku pula ni?”

Puan Suraya tersenyum. Langkahnya menuju ke bawah pokok kelapa. Teduh sedikit untuk dijadikan tempat rehat. Punggungnya dilabuhkan ke atas tikar yang sudah terbentang luas. “Nenek bukannya apa, nenek tengok cara pandangan Daeen tu lain macam sikit. Macam bukan pandangan seorang abang. Macam kekasih.”

Dahi Athea berkerut, terus tertawa hambar. “Apa yang nenek merepek ni? Kitorang ni cuma adik beradik tiri je la. Lagipun kalau nenek nak tau, dia tu buaya. Perempuan keliling pinggang.”

“Iye ke? Nenek tengok Daeen tu budak baik je. Lemah lembut je cakap dengan nenek. Nenek suka. Tapi kalau Thea tak suka, nenek tak paksa. Nenek cuma cakap je.” Athea hanya mendiamkan diri. “Tadi nenek tengok Daeen dengan kamu bukan main mesra lagi. Siap usap-usap pipi. Apa tu?”

Athea tersentak. “Oh itu dia cuma nak kesat kotor dekat pipi Thea je.”

“Aje?” uji Puan Suraya. “Thea tau kan, Daeen bukannya abang Thea. Dia cuma adik beradik tiri Thea je tau. Walau apapun, kamu berdua bukan mahram dia. Thea faham kan maksud nenek?”

Athea mengangguk.

***

KERETA Daeen perlahan-lahan bergerak menuju ke kebun. Sambil-sambil itu, sempat dia memandang sekeliling kampung itu. Cantik. Semalam tidak dapat melihat keindahan alam itu disebabkan jalan terlalu gelap. Bila matahari sudah terbit, baru boleh nampak semua yang ada di kampung itu.

Athea baru sahaja berdiri, ternampak kereta Daeen menghampiri mereka, terus duduk kembali. “Ha tu, cucu kesayangan nenek dah datang,” kata Athea. Kelibat Daeen keluar dari perut kereta, hanya dipandang sekilas.

“Daeen. Nyenyak tidur? Kenapa Daeen datang sini? Pergi je la rehat dekat rumah. Pasal Rose ni tak payahlah nak risau. Tahu kami nak menjaga dia,” soal Puan Suraya.

Daeen tersengih. “Alhamdulillah nyenyak tidur. Daeen bukannya apa. Saja nak pusing-pusing kampung. Semalam nak tengok, gelap sekeliling ni. Pagi baru nak merasa tengok,” ujar Daeen. “Lagipun Daeen rindu dengan buah hati Daeen. Tak boleh la kalau tak tengok dia sehari.”

Athea tersentak.

“Siapa pula buah hati kamu ni Daeen?”

“Semestinya Attilia Rose,” jawab Daeen. Sempat matanya melirik ke arah Athea. Sengaja cakap rindu pada Rose padahal terlebih rindu pada adik tirinya itu. Resah hatinya kalau tidak bertentang mata walaupun sehari. Disebabkan itu dia sanggup meredah masuk ke kampung itu tanpa mengira waktu. Tidak dapat menanggung rindu lah katakan.

Athea berdeham. “Tuanku buat apa dekat sini? Sini panas tau. Duduk dekat bawah matahari pula tu. Boleh ke tuanku tahan? Silap-silap nanti terbakar pula kulit tuanku tu. Maklumlah kerabat diraja la katakan,” sinis Athea.

“Thea,” tegur Puan Suraya.

“Kenapa nek? Betul la apa yang Thea cakap. Kerabat diraja mana boleh kena panas. Sentiasa dipayungi oleh dayang-dayang dekat istana. Kalau dia duduk sini, nanti terbakar la kulit dia. Tak pasal-pasal nanti awek-awek dekat istana tak kenal tuanku kita,” sinis Athea lagi.

“Kau perli aku eh? Eh untuk pengetahuan kau, kerabat diraja pun manusia biasa juga. Kitorang okay je berpanas terik demi rakyat tercinta. Lagipun kampung ni best apa. Rugi la kalau aku tak nikmati sepuasnya. Nanti dah balik bandar, dah tak rasa ketenangan kampung ni lagi dah,” ujar Daeen.

“Ala nanti senang-senang datang la kampung ni. Kampung ni pun kampung Daeen juga. Ye tak?” kata Puan Suraya.

“Eleh sekarang memang la cakap hari-hari nak datang sini. Esok lusa, bayang pun takde. Kampung ni ada apa je? Internet takde, mall pun takde. Yang ada pokok, kera, kambing,” sinis Athea lagi.

Puan Suraya mencubit paha Athea. “Kamu ni asyik nak bergaduh je. Jangan nak gaduh-gaduh sangat. Nanti nenek kahwinkan kamu berdua baru tau.”

“Nek!!” rengek Athea.

Daeen pula tertawa. “Daeen setuju.”

Athea menjeling. “Apa setuju, setuju?” Tajam pandangannya memandang Daeen yang dari tadi tersengih memandangnya. “Nenek, kalau nenek nak tau adik beradik la kena selalu bergaduh. Nak mengeratkan lagi silaturrahim lah katakan. Kena jadi macam anjing dengan kucing. Ha!! Tuanku anjing, Thea pula kucing. Meow!! Meow!!”

Daeen pula menjeling. “Sedap kau je anjing kan aku eh?”

Athea tersengih. “Ala biasa la nek. Bak kata pepatah air dicincang takkan putus. Lebih baik bertikam lidah daripada bertikam pisau. Kan nek?”

“Iye la. Nenek tau. Daeen sayangkan Thea. Begitu juga Thea kan?” usik Puan Suraya.

“Ye, Daeen sayangkan Bunga,” luah Daeen. “Bukan sayang je. Rindu juga. Rindu sangat,” luah Daeen lagi.

Athea tersentak. Mata mereka bertentangan. Laju degupan mereka saat mereka bertentang mata. Seakan-akan ada elektrik menyambar mereka. Terus Athea mengalihkan pandangannya. “Erm, jom kita kutip buah manggis. Tengok macam banyak je berbuah tu.” Athea menukar topik. Laju langkahnya menghampiri pokok manggis berdekatan mereka.

“Eleh, malu la tu.”

Suara Daeen kedengaran menyapa telinga, dihiraukan Athea. Wajahnya yang merah padam cuba disembunyikan. Kepalanya diangkat memandang manggis yang lebat berbuah. Terus kecur liur Athea melihat setiap manggis yang terjuntai dibalik daun hijau.

“Thea, kalau nak buah manggis tu, petik je la. Ambik yang rendah-rendah je. Kalau tak sampai, pergi ambik galah dekat stor belakang sana. Nenek nak pergi tengok buah rambutan dekat sana. Dah nampak merah-merah tu, rasanya dah ada yang masak tu,” ujar Puan Suraya.

Sempat dia menoleh ke arah Daeen seketika. “Daeen, tolong tengokkan Thea ye. Nenek bawa Rose pergi kutip buah rambutan kejap,” kata Puan Suraya sambil mengesat peluhnya sebelum melangkah.

“Yeayy!! Kutip buah rambutan!!” sorak Rose gembira. Pengalaman pertamanya memetik buah rambutan. Selalunya beli dekat kedai sahaja. Itu pun kalau ada yang jual.

“Rose, hati-hati. Jangan seronok sangat!!” Langkah Daeen menghampiri Athea yang dari tadi melihat manggis tergantung. “Kau buat apa tu?” soal Daeen sebaik sahaja melihat Athea memanjat pokok manggis itu.

“Tengah joget. Nak join sekaki ke?” sinis Athea lalu memutarkan bola matanya. “Tengah panjat pokok la. Tak nampak ke?” kata Athea lagi. Kedudukannya kini duduk begitu tinggi daripada tanah. Dihayunkan kedua-dua belah kakinya apabila terasa diri sudah stabil.

“Turun la gila!! Nanti jatuh, apa aku nak jawab dekat ayahanda? Kau tu dah la berat macam gajah tua. Nenek dah cakap kan ada galah. Kenapa nak cari penyakit ni, Bunga?” bebel Daeen sambil mencekak pinggang. Dah macam bapa orang. Memang bapa orang pun.

Athea mendecis. “Susah la pakai galah. Lagipun panjang sangat. Mana larat nak kait. Saya dah duduk atas pokok kan? Tuanku tak payahlah bising-bising. Sekarang ni tolong saya petik buah manggis ni.”

Manggis itu dipetik lalu dicampak ke arah Daeen yang sudah bersedia untuk menyambut. Teragak-agak Daeen mencari sasaran untuk menangkap. Tiba-tiba...

Buk!!

Daeen menggosok kepalanya. “Sakit la gila!! Baling la betul-betul watnat.” Pening kepalanya itu terkena manggis. Sudahlah kulit manggis itu keras. Boleh pula manggis itu mendarat di kepalanya. Nasib baik tidak pitam.

Athea ketawa mengekek-ngekek. Terhibur melihat wajah dingin Daeen. Tak sangka pula balingannya tepat mengena kepala Daeen. Memang sengaja pun nak baling kena tepat kepala Daeen. Nak test kekerasan kepala Daeen. Mana la tahu mudah bocor.

“Kau sengaja je kan, Bunga. Kau jangan eh. Aku pula yang panjat pokok ni karang,” marah Daeen.

“Siapa suruh tuanku tak elak?” Athea ketawa kembali. “Okay, okay. Ni serius. Tuanku sambut elok-elok eh. Macam mana tuanku sambut hati saya, macam tu la tuanku sambut manggis ni. Opss!! Gurau je.”

Daeen tersengih. “Kalau kau baling hati kau, aku sambut tak pulangkan balik.”

“Ha? Apa?” Athea pura-pura tidak mendengar. “Nah!! Tangkap ni!!” Bertubi-tubi manggis dibaling ke arah Daeen. Memang padan dengan muka Daeen. Menggedik lagi.

Setelah manggis telah memenuhi raga, Athea berhenti daripada terus memetik. Rasanya sudah cukup untuk mereka berempat. Mungkin terlebih daripada cukup.

Athea menunduk memandang tanah. Terus dia meneguk air liurnya payah. “Mak oi!! Tingginya. Macam mana aku nak turun ni?” Kepalanya yang tidak gatal digaru.

“Ha!! Kau nak jadi kera ke? Tergaru-garu. Turun la cepat,” arah Daeen sambil mencekak pinggangnya. Nak juga tengok kehebatan seorang gadis turun daripada pokok.

Athea mengigit bibirnya. “Tuanku... saya takut nak turun...”

“Lah. Dah pandai naik takkan tak pandai turun? Terjun je la. Bukannya pokok ni setinggi KLCC pun,” sinis Daeen.

Athea tercengang. “Memang la tak setinggi KLCC tapi kalau saya jatuh, boleh retak seribu tulang saya nanti.”

“Ha tau pun. Sini aku sambut. Cepat terjun. Aku kira 1,2,3. Kau terus terjun.”

Athea menggeleng. “Eh, gila ke? Taknak la. Nanti kalau saya jatuh tergolek macam buah nangka macam mana?”

“Itu rezeki. Nenek takde tanam buah nangka kan? Ha jadi kau la nangka pertama tu.” Athea menjeling. “Sekarang ni kau nak turun ke tidak? Kalau tak, aku tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini. Berkawan la kau dengan beruk nanti.”

“Jangan!! Jangan!! Okay, saya terjun. Tuanku tangkap eh?!”

“Ye.”

“Tuanku tangkap betul-betul tau.”

Daeen mendengus. “Ye, samyang.”

Lantas Athea terjun daripada pokok itu. Matanya juga dipejam rapat. Sudah agak dia berada di pelukan Daeen. Terasa bahang hangat daripada abang tirinya itu. Perlahan-lahan matanya dibuka memandang Daeen.

Mereka bertentang mata. Lama. Jantung mereka juga berdegup laju seumpama baru lepas berlari marathon.

Daeen cuba merapatkan bibirnya dengan bibir Athea. Tiba-tiba tergoda dengan bibir adik tirinya sendiri.

Namun Athea terlebih dahulu menghantukkan kepalanya ke kepala Daeen. “Ambik kau!! Haa!! Miang sangat.”

Daeen menggosok kepalanya. “Sakit la bangang!!” Kepalanya diusap lembut. Sudahlah tadi dicampak manggis kena kepalanya, sekarang dihantuk kepalanya dengan kepala keras gadis itu. Naik pitam kepalanya itu.

“Padan muka!! Itu la ubat untuk lelaki miang macam tuanku.”

“Thea, Daeen. Dah siap kutip manggis?”

Suara Puan Suraya menyapa mereka. Lantas mereka menoleh. “Dah. Jom balik!! Penat la.”

“Jom!!”

Athea mula melangkah meninggalkan kawasan itu. Sempat dia menjelirkan lidahnya ke arah Daeen. Bukannya dia tidak perasan Daeen masih merenung tajam ke arahnya. Biarlah. Asalkan dia bahagia.

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now