TDM || BAB 63 (NEW ENDING)

3.6K 180 2
                                    

"USTAZ MATEEN!!" seru Humaira tanpa rasa segan sebaik sahaja pembelajaran mereka tamat. Segera dia mengejar Daeen yang sudah jauh melangkah. Sikit pun tak hiraukan sesiapa yang melihatnya.

Langkah Daeen mati. Terus dia menoleh ke arah Humaira. "Qas, ada apa?"

Humaira tersentak. "So you memang kenal I kan, Daeen Mateen?" sinis Humaira. "Tak sangka. Walaupun I berpakaian macam ni, you masih kenal I. Tajam juga pandangan you teka mata I ni."

Daeen tersenyum kecil. "I bukannya teka melalui mata you tapi suara you. Lagipun kenapa I nak pandang mata you pula? Takde faedah. Dosa lagi ada la. Ada sesuatu I nak tegur. You tu sekarang berniqab tau. Jaga sikit perangai tu. Nak lagi you tu isteri orang. Tak manis."

"Okay. Sorry, Ustaz Daeen Mateen. I cuma tak sangka yang you dah jadi ustaz sekarang."

Daeen kembali tersenyum. "I pun tak sangka yang you dah macam ni, Qasidah Humaira. Jadi you datang sini dengan suami you ke? Suami you buat business dekat sini?" Daeen mula membuka topik sambil melangkah.

Riak wajah Humaira berubah. "Suami I dah meninggal dunia. Baru je 4 bulan lepas. Sakit jantung. Sebab tu la I fikir nak menetap dekat sini. Mulakan hidup baru. Dengan nama yang baru. No more Qas. Nama tu pun banyak sejarah hitam bagi I."

"Tapi not bad apa. Qasidah. Maksudnya luahan hati."

Humaira tersengih. "You pun sama. Kenapa tiba-tiba tukar nama kepada Mateen? Daeen pun not bad apa."

"Family I memang panggil I, Mateen tapi tu la pelajar dekat sini pula yang terikut-ikut. Jadi I okay je la. Nama Mateen pun not bad. Maksudnya teguh," terang Daeen.

Mereka terdiam sejenak. "I dengar you baru je keluar dari penjara. Betul ke? Kes apa?" soal Humaira selepas lama mendiamkan diri.

Langkah Daeen mati. "Rogol."

Mulut Humaira melopong. "You buat ke semua tu?"

Daeen tersenyum sinis. "Kalau you pun I boleh rogol dan biarkan you hidup terkontang-kanting dulu apatahlagi perempuan lain."

Mereka kembali membisu.

"Arwah isteri I, Reissa meninggal dunia. I terus jadi tak tentu arah. I kembali ke jalan gelap tu. Ada seseorang yang hadir dalam hidup I. Sama macam Reissa tapi kali ni agak lain. Dia bukan sahaja beri cahaya tapi dia juga menghulur tangannya untuk ubah I." Sepintas lalu wajah bersih Athea muncul di fikirannya.

"Tapi tak lama mana. Family I dah carikan I jodoh dan I terpaksa akur. You kenal family I macam mana kan? I kembali ke jalan gelap tu. I rogol perempuan yang I sendiri tak tau asal usulnya walaupun sebenarnya dia rela."

"I bercerai dengan Malaika dan bertekad untuk bahagiakan perempuan yang I sayang, Bunga Athea. Setiap hari I nantikan dia sedar dari koma. Sehinggalah dia sedar selepas setahun koma. I lamar dia dan kami berkahwin. Kami bahagia sama seperti pasangan lain."

"Tapi ada sesuatu yang buat I tertanya-tanya. Kenapa perempuan tu perlu lapor pada polis selepas setahun benda tu berlaku? Kenapa dia rampas semua kebahagiaan kami? Tapi I taknak salahkan dia 100%. Ada salah I juga. Kalau la I tak kembali ke jalan gelap tu, mungkin I dah ada anak dengan isteri I." Daeen tertawa kecil. Air matanya dikesat kasar.

"Jadi you bercerai dengan dia?" soal Humaira.

Dahi Daeen berkerut. "Kenapa you tanya I macam tu?"

"Look, takkan ada perempuan yang nak hidup dengan seorang banduan. I know lambat laun dia akan minta cerai dekat you. Sekarang pun dia hilangkan diri entah ke mana kan? Takkan you nak simpan dia lagi."

Daeen tersengih. "Siapa cakap dia jauh dari I? Dia masih ada dekat sini. Dalam hati I. I trust her. Dia terima I sewaktu I jahil, terpinga-pinga pasal agama. Takkan pasal status I sebagai banduan, dia tak boleh terima kan?"

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now