TDM || BAB 67 (NEW ENDING)

3.3K 182 18
                                    

ALUNAN bacaan Al-Quran kedengaran memenuhi ruang kelas madrasah itu. Daeen seumpama mendengar dan memerhati, hakikatnya termenung jauh. Difikirannya masih terngiang-ngiang kata-kata yang dilempar Athea.

Dalam diam Humaira memerhati ke arah Daeen walaupun mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran. Wajah Daeen jelas seperti orang bermasalah. Puan Fatimah menghampiri Daeen, laju Humaira kembali fokus membaca Al-Quran.

"Mateen," sapa Puan Fatimah.

Daeen tersentak. Lamunannya juga mati. Terus dia terpinga-pinga lalu berdeham. "Tamam millet. Bugünkü dersimiz bu kadar. Yarın görüşürüz. Herkes tekrar yurda dönebilir. Assalamualaikum (Okay semua. Itu sahaja untuk pelajaran hari ini. Jumpa kamu esok. Semua orang boleh pulang ke asrama semula. Assalamualaikum)."

Para pelajar mula beransur pulang kecuali Humaira. Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri mereka berdua. "Assalamualaikum, ustaz Mateen."

Dahi Puan Fatimah berkerut. "Eh, ustaz Mateen je ke?"

Humaira tersengih. "Assalamualaikum, umi."

"Waalaikumsalam. Kamu ada masalah ke Qasidah? Kerap betul kamu berjumpa dengan ustaz Mateen. Kalau ada masalah, kenapa tak cakap je dengan umi? Takkan la dengan umi pun nak segan. Dengan ustaz Mateen tak segan pun." Halus Puan Fatimah menyindir.

Humaira menunduk malu. "Erm... macam ni umi. Sebenarnya saya masih lagi tergagap-gagap baca Al-Quran. Sebab tu saya ingat nak minta ustaz Mateen ajarkan. Kalau boleh nak ustaz Mateen bantu juga soal solat, wuduk saya. Saya macam was-was la."

"Kan ada ramai ustazah dalam madrasah ni. Kenapa mesti pilih ustaz Mateen juga. Ustazah dalam madrasah ni bukannya semua tak pandai berbahasa Melayu. Inggeris pun mereka boleh cakap." Humaira membisu.

"Umi tak suka ye perangai kamu semua macam ni bila dengan ustaz Mateen. Kamu kena sedar. Kamu ni perempuan. Berpurdah pula tu. Jangan nak rosakkan pakaian kamu dengan sikap buruk kamu tu. Ustaz Mateen mungkin boleh ajar tapi hanya bacaan Al-Quran. Lebih daripada tu, kamu suruh ustazah yang ada ajar kamu. Lagipun ustaz Mateen dah beristeri. Tak manis. Kamu pun tau kan?" tegur Puan Fatimah.

Humaira menunduk. "Kalau macam tu, tak apa la. Terima kasih, umi. Saya masuk asrama dulu." Perlahan-lahan langkahnya melangkah keluar daripada kelas itu.

Melirik mata Puan Fatimah lalu memeluk tubuh. "Kenapa Een diamkan diri bila Humaira cuba nak goda Een?"

Daeen tersengih. "Dia bukan nak goda Een la. Kami kan dulu kawan."

"Bukan nak goda. Een, cara Humaira tadi seolah-olah nak goda kamu tau. Umi ni pun perempuan tau. Umi tau pandangan seorang perempuan macam mana. Tak hairanlah kalau dia suka kamu. Zaman sekarang ni, suami orang pun boleh mereka rampas sesuka hati. Lagipun Een dengan dia bekas kekasih tau dan sekarang ni dia janda. Tiada halangan untuk dia terus goda Een. Een kan boleh kahwin 4."

Daeen membisu sejenak. "Tak kot. Een kenal Qas tu macam mana, umi."

Puan Fatimah memutarkan bola matanya. "Ni umi nak tanya, Een dah jumpa Bunga?" Daeen mengangguk. "Apa cerita? Kenapa tak bawa dia jumpa umi? Umi rindu sangat dengan menantu umi."

"Macam mana Een nak bawa dia jumpa umi? Dia asyik mengelak je bila jumpa Een."

Puan Fatimah tersenyum tipis. "Biasa la tu, perempuan kalau tengah marah. Een pun kena la berlembut dengan dia. Teruskan bersabar. Kawal emosi tu. Jangan memaksa."

"Macam mana Een tak paksa dia? Dia tu sikit pun taknak dengar apa yang Een nak cakap. Pandang Een pun macam tak sudi je."

"Macam umi cakap, perlahan-lahan. Pujuk dia lembut-lembut. Mana la tahu dia buka hati dia untuk terima Een semula."

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now