TDM || BAB 60 (NEW ENDING)

3.5K 123 14
                                    

QASH mengeluh kecil, memandang Daeen menunduk ke lantai. Tangan masing-masing masih memegang ganggang telefon dan diletakkan di telinga. "Betul ke kau tak buat Een?" soal Qash selepas lama mendiamkan diri.


"Aku tak tau, Qash. Sumpah aku cakap aku tak ingat. Aku tak kenal pun siapa perempuan tu. Dan aku... Aku tak ingat pun yang aku pernah sentuh dia. Aku tak tau, Qash."


Qash memeluk tubuh. "Jadi kau nak cakap ada orang cuba nak jatuhkan kau?"


"Mungkin."


Qash berfikir sejenak. "Kau rasa siapa?" Pertanyaan Qash hanya dijawab dengan renungan lama. "Dani?"

Daeen menjongket bahu.


"Atau kau ada musuh lain?"


Daeen menjongket bahunya lagi. "Aku tak tau la, Qash. Aku tak boleh nak fikir apa sekarang ni." Daeen menunduk lalu mengeluh kecil. Difikirannya hanya ada wajah Athea seorang. Rindu... Sangat rindu. Sudah sebulan mereka tidak bersua muka. Sihatkah?


"Qash..."


"Ermm..."


"Isteri aku macam mana?"


Sementara itu...

"THEA tak tau nak buat apa sekarang ni ibu. Suami dekat penjara tapi Thea tak boleh buat apa-apa. Thea langsung tak boleh tolong dia," tangis Athea. "Ibu, kenapa sampai tahap macam ni kami di uji? Apa salah kami?"

Puan Cendana mengusap lembut bahu Athea. "Thea, Allah takkan uji seseorang hambanya sesuatu yang hambanya tak boleh buat. Allah tahu Thea kuat, sebab tu Allah uji Thea macam ni. Dia nak tengok seteguh mana iman Thea, setia Thea padaNya."

"Tapi Thea nak jumpa suami Thea. Dah sebulan ibu. Thea langsung tak dapat nak bercakap dengan dia walau sekejap. Pergi lokap dulu, polis halang dari Thea jumpa dia. Waktu dekat mahkamah dulu pun, Thea langsung tak dapat nak bersemuka dengan dia. Kenapa kejam sangat peraturan manusia? Kenapa diaorang langsung tak bagi Thea peluang untuk bercakap dengan suami sendiri?"

Puan Cendana sedaya upaya menahan air matanya daripada menitis. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan Athea. Buat masa sekarang ini, dia harus menjadi sumber kekuatan Athea.

"Ibu, Thea merayu. Suruhlah ayahanda pujuk pihak polis. Thea nak jumpa suami Thea. Tolong la ibu. Kejap je pun takpe. Thea rindu sangat dengan suami Thea. Tolong la faham perasaan Thea."

Dibawa tubuh Athea ke pangkuannya. "Ibu cuba ye sayang. Tapi Thea tak boleh macam ni."

"Ibu, Thea tak kisah la kalau orang nak cemuh Thea, hina Thea sekalipun. Thea cuma nak suami Thea je. Kenapa semua orang tak faham? Thea rindu suami Thea, ibu," tangis Athea lagi.

"Ibu janji. Ibu bawa Thea jumpa suami Thea nanti ye? Jangan nangis lagi ye? Thea kuat kan? Thea boleh hadap kan?"

Persoalan Puan Cendana hanya berjawab dengan esakan kuat. Sejujurnya dia tidak kuat. Mana ada perempuan yang sanggup kehilangan suami.

Athea meleraikan pelukan. Tekaknya terasa mual. Segera Athea berlari masuk ke tandas. Segala isi perutnya dimuntahkan. Terasa perit tekaknya itu.

Puan Cendana mengikuti Athea dari belakang. Belakang badan Athea diurut, membantu anaknya memuntahkan segala isi perut anaknya itu. "Thea okay tak ni? Thea tak makan ye harini? Thea tak boleh macam ni. Nanti datang gastrik macam mana?"

Athea menggeleng. "Thea takde selera nak makan. Lagipun tekak Thea asyik loya je."

Dahi Athea disentuh. Panas. Pasti anaknya demam lagi. Ikut minggu ini dah masuk 3 kali anaknya demam panas. Resah hatinya itu. "Thea nak makan? Kita makan dulu lepastu makan ubat ye?" pujuk Puan Cendana.

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now