TDM || BAB 31

9K 394 2
                                    

“NEK, Daeen balik dulu. Nanti ada masa, Daeen dengan Rose datang lagi ye?” ucap Daeen lalu tangan Puan Suraya dikucup lembut, diikuti Rose.

“Ye la. Kamu tu hati-hati memandu. Jangan nak bawa laju sangat. Ingat dalam kereta tu bukannya ada nyawa kamu sorang je. Lagi satu kalau mengantuk, berhenti rehat dulu. Ye?” pesan Puan Suraya.

“Baik, nek. Kami balik dulu. Assalamualaikum,” ucap Daeen sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan keretanya bergerak meninggalkan kawasan rumah itu. Sempat mereka melambai ke arah Puan Suraya.

Sepanjang perjalanan, Athea hanya mendiamkan diri. Takut hendak bersuara. Apatahlagi apabila melihat wajah dingin Daeen. Gerun. Rasanya lebih baik dia mendiamkan diri. Takut juga dimarahi abang tirinya itu. Bukannya boleh jangka emosi Daeen. Sekejap marah, sekejap baik.

“Kenapa kau diam je dari tadi? Ada ketul emas ke dalam mulut kau?” Daeen bersuara. Sempat matanya melirik ke arah Athea disebelah. “Ke suara kau tertinggal dekat rumah nenek? Itu yang bisu semacam je. Nak aku ambikkan balik ke? Aku boleh patah balik.”

Athea mendecis. “Tuanku.”

“Ha ada pun suara. Baru la tak rasa macam sorang-sorang dalam kereta ni. Kau jangan la diam je. Buatnya aku tertidur ke, macam mana? Teman la aku drive.”

“Okay.” Ringkas Athea menjawab.

“Okay je? Kau okay ke tak sebenarnya? Monyok je aku tengok. Aku ada buat salah ke?” soal Daeen.

Athea menggeleng. “Saya nak ucap terima kasih dekat tuanku sebab dah happy kan saya sepanjang saya dekat kampung ni.”

Daeen tersenyum. “Kan. Nasib baik ada aku. Kalau tidak aku rasa kau dah gila dah. Meroyan sebab boyfriend kau curang dengan kawan baik kau sendiri.” Daeen tersentak seketika. Baru tersedar sudah terlepas cakap. “Bunga, aku minta...”

“Takpe. Saya pun bersyukur juga. Kalau saya tak balik sini, saya rasa sampai bila-bila pun saya akan terus kena tipu dengan dia dan mungkin sampai bila-bila pun saya tak tau yang Aaron ayah kepada Attilia Rose.” Sekilas mata Athea memandang Rose di belakang. “Tuanku ada bagitau Aaron siapa Rose?”

Daeen menggeleng.

“Kenapa? Rose patut tahu siapa ayah dia.”

“Kau rasa dia nak ke jumpa Rose? Dulu waktu Issa mengandungkan Rose pun, disuruh Issa gugurkan kandungan dan dia juga penyebab Issa meninggal. Kalau la...” Daeen cuba menahan sebak.

Athea menunduk. “Maafkan saya, tuanku.”

Daeen membisu. “Kalau satu hari nanti, Aaron ambik Rose dari aku, kau okay ke?”

Athea menggeleng laju. “Saya sanggup halang walaupun tuanku berkeras nak serahkan Rose pada dia. Dia tak layak jadi bapa,” dingin Athea.

“Sama la macam aku. Sebab tu aku diamkan diri. Sembunyikan Rose sebab aku tak nak hilang dia. Aku yang jaga dia dari kecil, Bunga. Mustahil kami akan berpisah.”

Mereka kembali membisu.

“Daddy, boleh tak kalau kita pergi kubur ibu dulu? Rose rindukan ibu la.” Suara Rose menyapa telinga Daeen.

Lantas Daeen menoleh. “Boleh sayang.”

Lemah langkah Daeen saat mereka tiba ke kawasan perkuburan. Sebak hatinya kini. Sedaya upaya menahan daripada air matanya tumpah. Tidak mahu Athea melihat dia menangis dihadapan gadis itu.

Daeen duduk mencangkung lalu menadah tangannya membaca doa.

AILIYA REISSA BINTI ARMAN
LAHIR : 23 SEPTEMBER 2002
WAFAT : 22 SEPTEMBER 2019

Batu nisan direnung lama lalu diusap lembut. “Saya datang cinta. Maaf, dah lama saya tak bawa anak kita jumpa cinta.” Bisik Daeen. “Rose dah besar cinta. Alhamdulillah, saya cuba untuk penuhi kehendak cinta. Sekarang Rose dah pandai baca Iqra’. Daddy dia pula yang masih merangkak.” Daeen tertawa kecil lalu dikesat air matanya yang mengalir.

“Tiada yang boleh gantikan tempat isteri saya. Walaupun ada yang baharu, cinta masih ada di tempat yang paling atas di hati saya. Takkan saya gantikan yang baru. Sebab cinta adalah cinta pertama saya. Mustahil untuk saya lupakan.”

Athea disisi sekadar memandang ke arah Daeen yang dari tadi menunduk sedih. Dia tahu lelaki itu sedang menangis. Bibirnya mengukir senyuman kelat. Terharu. Adakah bakal suaminya begini jika dia menghembuskan nafas terakhir? Adakah lelaki itu akan menangis seperti Daeen? Walaupun sudah lima tahun Reissa meninggal dunia, masih ada sisa cinta Daeen pada wanita itu.

‘Ayah... Bunga rindukan ayah.’ Tiba-tiba dia teringatkan arwah ayahnya. Rasa sebak timbul dihati.

“Daddy, ibu sekarang ni dekat syurga ke?” soal Rose. Daeen mengangguk. “Kalau macam tu Rose nak doa dekat Allah la. Rose nak jumpa ibu dekat syurga. Rose rindu ibu sangat-sangat.”

Daeen mendepa tangannya. “Come.”

Laju Rose masuk ke dakapan hangat Daeen. Tangannya ditadah. “Ya Allah, Rose nak jumpa ibu. Ya Allah, jaga ibu baik-baik ye. Rose tak sabar nak jumpa ibu. Aminn.”

Daeen tersenyum. Tudung Rose diusap lembut. “Dah?” Rose mengangguk. “Jom kita balik. Nanti lambat pula sampai.” Athea sekadar mengangguk setuju. Daeen mengusap kembali batu nisan itu. “Nanti saya datang lagi ye, cinta? Saya balik dulu. Saya sayangkan awak, bidadari syurga. Tunggu saya. Assalamualaikum, bidadari syurga saya.”

Langkah mereka keluar daripada kawasan perkuburan itu. Sempat Athea menoleh ke arah kubur itu kembali. “Saya janji saya akan jaga Rose sebaiknya. Tenang la wahai bidadari syurga.” Ujar Athea sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

***

“ASSALAMUALAIKUM!!” Ceria Athea. Kakinya berlari masuk menghampiri Puan Cendana. Tangan Puan Cendana juga dikucup lembut. Baru sahaja 3 hari tidak bertemu, hatinya sudahpun terlanjur rindu pada ibunya. Mereka mana pernah berpisah.

“Waalaikumussalam. Macam mana dengan kampung? Nenek sihat?” Athea sekadar mengangguk. “Kalau macam tu, Thea pergi la rehat. Thea mesti penat kan? Nanti kita makan sama-sama.” Athea menurut.

Daeen baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, memandang ke arah Tunku Daris dan Puan Cendana. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Lantas kakinya melangkah menghampiri mereka. Tangan kanannya dihulur pada Tunku Daris namun tidak disambut. Salamnya hanya disambut dengan tamparan kuat, membuatkan Daeen tergamam.

Athea turut tersentak saat kakinya memijak tangga terakhir. Dia menoleh memandang ke arah ruang tamu semula. Dahinya berkerut seribu. Mengapa ayahanda tirinya menampar pipi Daeen?

“Memang tak boleh harap. Menyusahkan. Buat malu ayahanda je ada anak berperangai syaitan macam kamu ni,” amuk Tunku Daris.

Daeen masih terkaku. Lidahnya seakan-akan kelu untuk berkata-kata. Air liurnya diteguk payah. Matanya memandang ke arah Tunku Daris semula. “Ke... kenapa ni ayahanda?”

“Selama ni ayahanda percayakan kamu, Een. Ini ke balasan selepas apa yang ayahanda dah bagi dekat kamu? Kenapa kamu mesti ikut perangai syaitan bonda kamu tu? Tell me. Ayahanda masih kurang beri didikan agama pada kamu ke? Ha?! Cakap sekarang.”

Daeen masih membisu.

“Ayahanda terlalu percayakan kamu, Een. Kononnya tengah bekerja rupanya tengah bersuka ria dekat belakang ayahanda. Siap ada penthouse tanpa pengetahuan ayahanda. Kamu betul-betul buat ayahanda ni macam orang bodoh kan?”

Daeen terdiam.

“Tak cukup lagi ke apa yang ayahanda bagi sebelum ni pada Een. Een cakap dekat ayahanda. Apa lagi yang tak cukup sampai Een perlu berhibur dekat luar. Main perempuan. Een tak fikir ke air muka ayahanda?”

Daeen mengeluh. “Ayahanda. Sumpah. Benda tu dah lepas. Een dah tak buat kerja-kerja ni. Een dah lama insaf ayahanda. Demi Allah. Kalau ayahanda nak Een bersumpah depan Al-Quran pun, Een sanggup buktikan. Een dah tak buat. Dah lama Een tinggalkan dunia hitam Een tu.”

“Jangan nak main sumpah. Nanti makan diri kamu sendiri. Ayahanda tak suka.”

“Ayahanda, betul. Een tak buat.”

“Habistu ini apa?” Kepingan gambar dilemparkan pada Daeen. Semuanya gambar Daeen bersama perempuan-perempuan berlainan. Gambar yang diambil daripada cctv. “Ini siapa?”

“Ya. Ini Een tapi benda ni dah lama.”

“Macam mana kalau gambar ni tersebar? Apa pandangan orang pada ayahanda? Apa tanggapan orang pada kita? Mana ayahanda nak letak muka? Ayahanda malu tau tak?” kata Tunku Daris. Suaranya sedikit lembut berbanding tadi.

“Sekarang ni ayahanda nak tanya siapa budak ni? Kenapa Een sorokkan dia pada ayahanda? Dia ni anak siapa? Kenapa Een yang jaga dia? Atau ini anak luar nikah kamu?”

“Tak, ayahanda. Dia memang anak Een. Anak Een dengan isteri Een yang sah. Een dah kahwin 5 tahun yang lepas cuma isteri Een dah meninggal sewaktu melahirkan anak kami. Maafkan Een, ayahanda. Een takde niat pun nak rahsiakan semua ni dari ayahanda. Cuma Een belum bersedia,” jujur Daeen.

Tunku Daris mendengus kasar. Punggungnya juga dilabuhkan di atas sofa. Hampa. Terkilan dengan anaknya itu. Terlampau banyak berahsia. Sama seperti anak perempuannya. Dara Maisara.

Athea yang dari tadi memerhati, perlahan-lahan langkahnya masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu bilik tidurnya ditutup rapat lalu mengeluh kecil. “Ayahanda dah tahu ke?” Bisik Athea sendiri.

“Ayahanda bagi masa untuk kamu clear kan semua benda ni. Ayahanda taknak sesiapa pun tahu ataupun benda ni tersebar pada media. Kalau boleh, keluarga tunang kamu pun tak perlu tahu. Ayahanda taknak orang pandang serong pada keluarga kita.”

Daeen menunduk. “Baik, ayahanda.”

“Tolong. Kali ni je. Jaga air muka ayahanda.”

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now