TDM || BAB 74 (NEW ENDING)

3.4K 196 6
                                    

CAHAYA MATAHARI menusuk masuk ke dalam bilik tidur itu. Sedikit pun tidak memberi kesan pada lena Athea dan Daeen. Dada bidang hangat Daeen, menyukarkan Athea untuk membuka matanya. Selesa. Kalau boleh dia langsung tidak mahu bangun daripada mimpi.

Saat tangan Athea meraba dada bidang suaminya, tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Bingkas dia bangun daripada baringannya. Terbutang matanya saat melihat Daeen tanpa sebarang pakaian. Teragak-agak Athea membuka selimut yang membaluti tubuhnya. Terus Athea tergamam. Dengan selamba Athea menendang suaminya, jatuh daripada katil.

Daeen dengan kepala berdenyut-denyut, membuka matanya sambil tangannya mengusap punggungnya yang pedih. "Sayang, kenapa tendang abang?"

"Tu... tuanku buat apa dekat saya?" Bergetar suara Athea bertanya.

Dahi Daeen berkerut. "Buat apa? Mana ada abang buat apa-apa."

"Tipu!! Tengok ni!!" Jari telunjuk Athea tunjuk ke arah leher Daeen. Jelas lebam kemerahan pada leher Daeen. Terus bibirnya digigit, menahan rasa malu. "Aghh!! Pervert!! Pervert!! Kenapa tuanku buat saya macam ni?" Tubuh Daeen dipukul berulangkali.

"Aduh!! Aduh!! Sayang!! Abang buat apa? Aduh!!" adu Daeen. Tiada angin ribut, tiba-tiba kena pukul. Mana tak peliknya.

"Tuanku tu. Kenapa tuanku buat benda tu?"

Dahi Daeen berkerut. "Buat apa? Cuba cakap straight to the point. Abang tak faham la."

Athea mengetap bibirnya. "Tu... tuanku... Kenapa tuanku sentuh saya?!!" Giginya diketap, menahan rasa geram dan malu.

Dahi Daeen berkerut. "Sentuh? Bila masa? Aw!! Sayang tu. Sayang buat apa dalam bilik abang ni? Sayang dah langgar perjanjian tau. Oh. Sayang dah ambik kesempatan atas abang eh? Oh, mengambil kesempatan dalam kesempitan."

Wajah Athea memerah.

"Sayang kena bertanggungjawab. Sayang tau tak yang sayang dah ro... hurmmm... hurmmm..." Belum sempat Daeen menghabiskan ayatnya, Athea segera menutup mulut suaminya.

"Shutt!!! Diam!! Saya benci tuanku!! Jangan sentuh saya!! Jangan tarik selimut saya. Aghhh!! Benci!!" Terkedek-kedek Athea berlari keluar daripada bilik tidur bersama selimut membaluti tubuh.

"Hey, sayang!! Bertanggungjawab dulu!!" usik Daeen.

"Diam!!"

Daeen tersengih. Tuala putih dicapai, menutup auratnya yang terdedah lalu kembali baring ke atas katil kembali. Dalam mata terpejam, bibirnya masih terukir senyuman nakal. Peristiwa semalam masih segar diingatan. Bukannya dia tidak tahu isterinya tidur bersamanya semalam.

Athea menghempas kuat pintu bilik mandi. Bibirnya digigit. Terus dia menampar pipi Athea berulangkali. "Thea!! Apa kau dah buat ni? Bodohnya la kau ni, Thea. Kau sendiri buat perjanjian tapi sekarang ni kau yang langgar."

Wajahnya direnung dibalik cermin. "Tapi dia suami aku. Tak salah pun kan?" Athea termenung sejenak. "Ah!! Tak boleh, Thea. Kau tak boleh kalah. Walau apapun aku tak boleh kalah dalam peperangan ni. Tapi... bila aku pandang dia... aku cair. Ah!! No, Bunga Athea. Kau tak boleh macam ni. Kalau kau sesenang tu aku serahkan hati aku pada dia, tak mustahil dia akan hancurkan hati aku balik macam dulu. Yes, aku tak boleh cepat mengalah," tekad Athea.

Pili air dipulas lalu dibiar air pancuran membasahi tubuh. Membersihkan tubuhnya sebelum menyiapkan sarapan. Sarapan ke kalau sudah pukul 10 pagi? Macam mana la sampai boleh terbabas tidur? Mungkin nyenyak tidur sebab suami dekat sebelah kot. Ah!! Gedik.

Daeen keluar daripada bilik mandi sambil menggosok rambut hitam basah. Pandangannya tertumpu ke arah Athena yang nyenyak tertidur di atas katil bersama puting di mulut. Sejak bila Athena ada dalam bilik ni?

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now