TDM || BAB 10

14.7K 656 5
                                    

LANGKAH Daeen menuju ke bilik kerja Athea. Hampir sehari tidak bertemu menimbulkan rasa rindu di hati. Rindu mahu mengusik. Langkahnya mati saat tiba di bilik kerja Athea. Bibirnya mengukir senyuman lebar memikirkan idea untuk kenakan adik tirinya itu.

Athea mengangkat wajahnya. Berkerut dahi Athea saat melihat Daeen tersengih memandang ke arahnya. “Tuanku ni dah kenapa? Pandang saya macam lelaki gatal. Cucuk biji mata tu karang.”

Daeen tersengih. “Banyak ke kerja kau?”

“Kenapa?”

“Aku nak kau teman aku.”

Dahi Athea berkerut. “Teman? Pergi mana?”

“Harini kita ada buat lawatan dekat sebuah kampung yang mengalami banjir besar. Pekerja-pekerja kita semuanya dah bersedia agihkan barang-barang pada mangsa banjir. Jadi aku nak kau ikut aku.”

Dahi Athea berkerut kembali. “Ikut tuanku? Bukan ayahanda cakap saya tak payah ikut ke?”

“Memang la tapi tadi aku dah borak dengan tok ketua. Katanya dah tak hujan semalam. Banjir pun dah surut sikit. Jadi aku boleh la bawak kau. Kalau masih hujan, takdenya aku nak bawa kau. Jangan risau, aku dah minta izin ibu dengan ayahanda. Jadi nak ikut ke tak?”

Athea berfikir sejenak. “Tapi baju macam mana?”

“Kita pergi sehari je. Lepas je daripada agih-agihkan barang, kita balik la.”

Athea mengangguk faham. “Kalau macam tu, boleh la. Jom?” Laju Athea mencapai beg tangannya lalu mengikuti langkah Daeen dari belakang.

Saat mereka melangkah masuk ke dalam lift, masing-masing mendiamkan diri. Tidak tahu mahu membuka topik apa. Athea pula mengetap bibirnya. Sesekali matanya sekilas memandang ke arah Daeen.

“Aku tau la aku handsome. Tak payah la pandang aku dua tiga kali,” tegur Daeen.

Athea mencebik. “Perasan. Siapa cakap tuanku handsome?”

“Ye ke aku tak handsome? Kalau tak handsome, takkan kau angau kan aku kan? Sampai terbawa dalam mimpi. Tak cukup handsome lagi ke kalau macam tu?” uji Daeen.

Athea mengecilkan matanya. “Bila masa pula saya mimpikan tuanku? Buat rosak mimpi saya je nanti. Daripada mimpi benda elok, terus dapat mimpi buruk.”

Daeen tersengih. Langkahnya melangkah keluar daripada lift saat pintu lift terbuka, diikuti Athea dari belakang. Saat mereka tiba di lobi, kereta milik Daeen sudahpun menanti mereka. Laju mereka melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan, Athea sekadar mengunci mulutnya. Takut hendak bersuara tapi nak juga bersuara. Macam mana tu? Memandang wajah dingin Daeen, lagi lah takut hendak bersuara. Athea meneguk air liurnya payah. “Tuanku, boleh saya tanya something?”

“Hurm… tanya la.”

“Jauh ke kampung tu dari sini?”

Daeen berfikir sejenak. “Jauh la juga. Kawasan pendalaman. Dalam hutan. Kau tak kisah kan?”

Athea tergamam sejenak. ‘Hutan? Ish! Takkan berdua je pergi hutan tu? Boleh percaya ke mamat ni? Buatnya dia nak apa-apa kan aku macam mana? Dia ni dah la pervert. Kau kena ingat Thea, lelaki kalau dah bernafsu, dia tak peduli siapa kau. Janji nafsu dia puas. Agh!! Taknak, taknak. Minta dijauhkan.’

“Kenapa? Kau takut aku tipu kau ke? Aku ni tak pernah menipu tau. Aku ni lelaki yang jujur.”

Athea mencebik. “Jujur konon. Dengan ayahanda tu dah berapa banyak dia menipu. Pergi kerja luar la, itu la, ini la, last-last lepak dekat kelab malam. Lupa ke?” omel Athea.

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now