TDM || BAB 6

16.4K 720 8
                                    

“EEN tak setuju.” Suara Daeen memecah suasana sepi di ruangan kerja itu. Terkejut dengan keputusan ayahandanya itu. Selalu buat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

“Een, please. Ayahanda cuma kesiankan Thea. Asyik terperap dalam rumah je, tak buat apa. Sekurang-kurangnya kalau dia bekerja dengan Een, hilanglah bosan dia. Mana la tau sambil bekerja, dia dapat idea untuk tulis manuskrip dia.”

“Sekarang ni dia nak kerja ke atau tulis manuskrip karut dia tu?” soal Daeen. “Een tak faham la. Kenapa setiap kali ayahanda buat keputusan, tak tanya pada Een dulu? Een ni anak ayahanda tau. Tak semua benda Een kena ikut cakap ayahanda.”

“Een cakap seolah-olah ayahanda tak pernah ikut semua kehendak Een. Dari kecik sampai besar Een nak apa sahaja, ayahanda turutkan dan ayahanda nak ingatkan Een semula. Syarikat yang Een tengah usahakan tu pun atas usaha ayahanda. Jadi ayahanda rasa tak salah pun kalau ayahanda nak bagi sesiapa pun bekerja dekat situ. Betul tak?”

“Tapi apa budak tu tau dengan kerja Een? Kosong. Dia tu takkan membantu Een malah akan menyusahkan Een lagi ada la,” kata Daeen.

“Dia boleh belajar. Een dulu pun tak tau buat kerja waktu pertama kali uruskan syarikat tu. Tapi berkat usaha Een belajar, sekarang dah berjaya kan?”

“Memang Een belajar. Tapi Een belajar daripada bawah. Daripada pekerja bawahan. Dekat bawah matahari terik, bukannya dekat dalam office, bawah aircord. Kenapa dia tu puteri lilin ke sampai tak boleh kena cahaya matahari?” sinis Daeen.

“Daeen Mateen! Boleh tak jangan lawan cakap ayahanda?!” Tunku Daris meninggikan suara.

Daeen mengangguk faham. “Melawan? Okay fine. Tapi kalau dia berhenti kerja bukan salah Een okay?” Bingkas Daeen melangkah keluar dari ruang kerja itu.

Sementara itu, Athea meletakkan sepit hitam rambut disebelah kiri rambut lalu dikemaskan agar kelihatan kemas. Sengaja dibiar lepas rambutnya itu daripada berikat ekor kuda. Langkah Athea keluar daripada bilik tidur usai bersiap.

Hari ini hari pertama Athea bekerja di sebuah syarikat senjata api berlesen milik Daeen Mateen. Walaupun milik abang tirinya sendiri, dia tetap gemuruh. Ikutkan hati mahu sahaja dia menolak tawaran ayahanda tirinya, namun bila difikirkan balik, macam menarik.

Kelibat ibu kelihatan di ruang tamu. Lantas Athea menghampiri ibu. Mahu bermanja dulu sebelum ke tempat kerja. “Ibu!!” Tubuh ibu dipeluk.

“Hi, sayang. Amboi lawanya. Nanti mesti ramai lelaki dekat office tergila-gilakan Thea. Dah cantik macam ni siapa yang tak pandang?” puji Puan Cendana.

“Ibu ni ada-ada je la. Ibu pun tau kan, Thea cuma setia pada yang satu dan kesetiaan Thea hanya pada Aaron Fareez seorang.”

Puan Cendana tersentak. “Thea masih contact Aaron?”

Athea mengangguk.

Kelibat Daeen sepintas lalu dihadapan mereka, dipandang. Bukan main laju lagi langkah Daeen keluar daripada rumah agam itu.

“Eh ibu. Thea pergi dulu eh? Takut kena tinggal dengan ‘abang’ Daeen pula.” Laju langkah Athea berlari keluar.

Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Keadaan di dalam kereta juga hanya hening. Takut pula nak bersuara apatahlagi melihat wajah dingin abang tirinya. ‘Kena marah dengan ayahanda la tu. Itu yang muka macam singa hilang anak.’

Suara dj radio juga tidak kedengaran. ‘Malang sangat dapat abang tiri yang bencikan muzik. Eh kejap. Kalau dia tak suka muzik, dekat kelab malam yang dia pergi tu, takde muzik ke? Takkan senyap sunyi macam perpustakaan pula kot. Pelik.’

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now