TDM || BAB 19

11.6K 491 10
                                    

LANGKAH Daeen dan Athea melangkah masuk ke pejabat. Untuk kali pertama Athea datang ke tempat kerja semula selepas sihat sepenuhnya. Pandangan semua staff teralih ke arah Daeen dan Athea saat mereka melangkah bersama menuju ke arah lif.

Dahi Athea berkerut hairan. ‘Kenapa semua tengok kitorang macam nak telan ni?’ Pelik. Lengan baju Daeen ditarik. “Tuanku, kenapa diorang tengok kita macam nak telan je? Saya ada buat salah ke?”

Butang lif ditekan sebelum matanya melirik memandang Athea di sebelah. Sempat matanya meliar memandang sekeliling. “Takde apa kot. Biasa la. Pandang. Salah ke orang nak pandang kau? Ke kau tengah perasan ni?”

Athea mencebik. Sebaik sahaja pintu lift dibuka, langkah mereka masuk ke dalam lift. Pandangan Athea masih tajam memandang Daeen. Geram. “Tuanku ni! Saya cakap betul-betul tau. Tuanku tak rasa ke ada sesuatu yang dah berlaku?”

Daeen berfikir sejenak. “Tak,” jawab Daeen lalu melangkah keluar dari lif.

Athea mengecilkan matanya. Langkahnya mati sambil matanya memandang tajam ke arah Daeen yang sudah jauh meninggalnya. Terus Athea mendecis. “Hati kering punya orang.”

Disaat Daeen melangkah, telinganya disapa suara orang memanggilnya. Langsung dia menoleh.

“Tunku,” sapa salah seorang staff menyapa Daeen.

“Ye? Ada apa?”

“Tunku Daris nak jumpa dengan tunku. Sekarang ni dia dah ada dalam office tunku. Tengah tunggu tunku dekat dalam.”

Dahi Daeen berkerut. Tak pernah pula Tunku Daris menjejakkan kaki ke pejabatnya. Tambah lagi mahu berbincang sesuatu. Selalunya berbincang pun di pejabat ayahandanya di rumah agam mereka sahaja. Penting sangat kah?

“Baik, terima kasih.”

Langkah Daeen menuju ke pejabatnya. Matanya tertumpu ke arah susuk tubuh tegap dihadapan. Dari susuk belakang sahaja boleh meneka siapa hadapannya. “Ayahanda.”

Tunku Daris menoleh. “Hurm Een, Thea dah masuk?”

“Dah. Kami baru je sampai. Ada apa ni ayahanda? Een ada buat salah ke?” gugup Daeen bertanya.

Tunku Daris melabuhkan punggungnya menghadap Daeen. “Siapa Bunga Athea?”

Dahi Daeen berkerut. “Apa soalan ayahanda ni? Dia kan adik tiri Een, anak tiri ayahanda. Takkan dah lupa?” Daeen tertawa kecil.

Tunku Daris tersenyum sinis. Sudah dapat agak jawapan yang keluar dari mulut anak lelakinya itu. Telefon pintarnya dicapai lalu dihulurkan pada Daeen. “Boleh Een jelaskan pasal gambar ni?”

Terbutang mata Daeen saat melihat gambar yang terpampang di skrin telefon pintar itu. Gambarnya bersama Athea bermesra-mesraan. Rasanya kelmarin dia hanya mengesat bibir Athea sahaja bukan mencium. Siapa pula yang menyebarkan fitnah ni?

“Kenapa Een diam?”

Daeen mengangkat wajahnya. “Sumpah, Een dengan Bunga takde apa-apa hubungan pun. Kami cuma sekadar adik beradik tiri. Ayahanda pun tau kan dia dah ada kekasih. Mana mungkin kami akan bersatu kan? Gambar ni sekadar fitnah yang nak jatuh Een je.”

“Fitnah? Ayahanda percayakan Een if tiada bukti. Ini bukti dah ada terang-terangan. Tengok muka dalam gambar tu. Siapa lagi kalau bukan Een dan Thea? Lagipun kamu memang keluar berdua kelmarin kan? Bukti macam mana lagi kamu nak?”

“Ya. Memang Een keluar dengan Bunga tapi kami tak buat benda terkutuk tu la. Een hormat Bunga sebagai perempuan. Een bukan lelaki bodoh nak bernafsu dengan adik Een sendiri. Tugas seorang abang adalah melindungi adiknya bukan merosakkan hidup adiknya. Meskipun kami adik beradik tiri tapi tanggungjawabnya masih sama kan?” Daeen cuba mempertahankan diri.

“Habistu macam mana boleh wujudnya gambar ni kalau betul kamu berdua tak buat?”

“Ada orang edit gambar ni la. Sekarang ni zaman teknologi. Zaman dimana semuanya dihujung jari. Macam-macam diorang boleh buat untuk jatuhkan seseorang. Ramai je orang kena macam Een ni kena ayahanda. Semuanya disebabkan fitnah,” jawab Daeen.

Tunku Daris mengangguk faham. “Baik kalau itu jawapan Een. Tapi ingat tak semudah itu ayahanda nak lepaskan kamu berdua. Kalau masih berlaku perkara ni, ayahanda tak teragak-agak untuk langsungkan perkahwinan kamu. Tak kisah apa sekalipun alasan kamu. Samada kamu bersedia atau tidak, kamu tetap kena kahwin. Faham?”

Daeen menunduk lalu mengangguk.

“Apa agaknya reaksi tunang kamu kalau nampak gambar ni?”

Daeen tersentak.

“Ayahanda harap Een tak malukan keluarga kerabat kita. Ayahanda taknak keluarga tunang kamu cakap buruk pasal keluarga kita. Ayahanda harap Een faham.”

Daeen terdiam. Inikah masanya untuk dia jauhkan dirinya daripada Athea? Tapi bagaimana? Dia sudah mula jatuh sayang pada adik tirinya sendiri. Mengapa bahagia yang hadir hanya seketika?

Sementara itu, Athea mengigit jarinya memikirkan sesuatu. Bermacam-macam bermain difikirannya sambil melangkah ke sebuah kedai makan. Perutnya seperti minta diisi namun fikirannya terganggu membuatkan selera makannya hilang.

“Kenapa ayahanda tiba-tiba datang office eh? Muka ayahanda tadi pun macam tengah marahkan tuanku je. Kenapa eh? Ha! Entah-entah rahsia tuanku dah terbongkar? Jadi takde kena mengena dengan aku la kan?” Athea tertawa hambar.

“Tapi kesian pula dengan tuanku. Dia tu boleh je jadi lelaki baik cuma dia terlalu ikutkan nafsu. Kalau ada yang boleh bimbing dia, mungkin dia boleh jadi lebih baik daripada sekarang,” kata Athea sendiri.

Sedang Athea melangkah, seseorang memandang kelibat Athea dari jauh. Laju langkahnya mendekati Athea. Sempat matanya meliar memandang sekeliling. Takut juga jika Daeen muncul secara tiba-tiba. Rosaklah rancangannya nanti.

“Athea!! Athea!!” panggil Dani.

Athea menoleh. “Eh, Dani. Awak buat apa dekat sini?”

“Saya ada kerja dekat kawasan ni. Tiba-tiba teringatkan awak, jadi saya singgah sini kejap. Nak ajak awak breakfast. Awak sudi keluar breakfast dengan saya?”

“Erm... Boleh la. Tapi saya nak makan dekat kawasan ni je. Takut lambat masuk kerja. Awak tau la perangai bos saya tu macam mana. Tak bertolak ansur langsung walaupun saya ni adik tiri dia.”

Dani tersenyum. “Sure. Jom?”

Tanpa rasa ragu-ragu Athea mengikuti Dani melangkah ke sebuah kedai makan.
Punggung Athea dilabuhkan berhadapan dengan Dani sebaik sahaja mereka tiba di sebuah kedai makan itu. Usai membuat pesanan, sempat mereka berbual kosong sementara makanan yang dipesan dihantar ke meja.

“Saya tak sangka kaum kerabat macam awak ni makan dekat tempat-tempat macam ni,” kata Athea.

Dani tersengih. “Kenapa? Kaum kerabat macam kami kena makan dekat restoran mewah je ke? Untuk pengetahuan awak, kaum kerabat macam kami ni hari-hari teringin nak makan masakan kampung tau. Lagi-lagi ulam dengan sambal belacan. Peh! Sedap.”

Athea tertawa kecil. Memang tidak dinafikan. Ayahanda tirinya juga suka pada masakan kampung. Kecuali Daeen. Makan ikan keli haritu pun dah mual. Mengada.

“Jadi business boyfriend awak sekarang ni macam mana? Dah okay?” soal Dani.

“Alhamdulillah. Business dia semakin pulih. Saya nak berterima kasih sangat-sangat dekat awak sebab laburkan duit dekat kekasih saya. Saya takkan lupa semua jasa awak.”

Dani tersenyum. “Awak nak bayar hutang kekasih awak ke?”

Athea mengangguk. “Saya tahu awak cakap tak payah bayar balik cuma saya rasa saya kena bayar balik. Saya tak nak terhutang budi dengan awak. Tapi buat masa sekarang ni saya takde duit sebanyak tu.”

Dani tersenyum nakal. Tubuh Athea dari paras atas hingga bawah dipandang. “Awak boleh je bayar sekarang.”

Dahi Athea berkerut. “Bayar sekarang? Macam mana?”

“Belanja saya makan? Haritu kan saya ada cakap dekat awak yang saya nakkan sesuatu yang lumayan. So boleh ke tak?”

Athea tertawa kecil. “Setakat belanja makan, no hal la.”

Pelayan kedai makan itu menghampiri mereka berdua bersama minuman di atas dulang. “Selamat menjamu selera.” Ucap pelayan itu sebelum beredar. Sempat dia melemparkan senyuman pada Dani.

Dani turut tersenyum sinis. Melirik matanya memandang pelayan itu sebelum matanya memandang ke arah Athea semula. “Minum la. Awak tak haus ke? Jauh juga kita jalan tadi.”

“Betul juga. Panas betul harini kan? Selalunya saya okay je berjalan kaki makan minum dekat sini.” Teh o ais limau itu disedut rakus. Kering tekaknya itu.

Dani tersenyum puas. ‘Minum Athea. Minum. Lepas ni aku akan pastikan kau terseksa. Kalau tak disebabkan kau muncul dalam keluarga Daris Mostafa, aku dah dapat bahagian aku. Aku akan pastikan hidup kau musnah macam mana kau musnahkan semua impian aku,’ bisik hati Dani.

Telefon pintar Dani berdering, perlahan Dani mendecis. ‘Shit! Siapa pula call aku waktu-waktu macam ni?’ bentak hati Dani. Cuba dihiraukan panggilan itu terus memanggil.

Athea mengangkat wajahnya. “Awak, kenapa tak jawab call tu?”

Dani tersentak. “Tak penting pun. Lagipun saya tak kenal. Entah-entah scammer.”

“Lah. Jawab je la. Mana la tau penting ke.”

Dani menghela nafas kasar. Rosak rancangannya itu.  “Kalau macam tu, kejap eh. Saya jawab call kejap.” Laju Dani menjauhkan diri.

Athea sekadar mengangguk.

Kebetulan Daeen di kawasan itu, bermain dengan telefon pintarnya sambil tersengih, terpandang ke arah Athea. Bukan main lebar lagi senyumannya melihat pujaan hati dihadapan mata. Laju langkahnya menghampiri Athea. “Ha!! Dekat sini pun kau. Puas aku cari kau tau. Breakfast tak tunggu aku bai,” sapa Daeen.

Athea sekadar memandang lemah. Entah mengapa dia gelisah semacam. Badannya juga berpeluh-peluh. Panas! Lehernya digosok seakan-akan penagih.

Daeen memandang pelik. “Kau ni baru lepas isap gam ke apa? Bukan main pelik aku tengok.”

Athea sekadar mengabaikan. Laju kepala jatuh pada dada Daeen, terus Daeen tergamam. “Bunga!! Bunga!!”

Tiada sahutan.

Tubuh kecil Athea digendong lalu dibawa ke keretanya. Sudah dia duga, Athea pasti terkena pil perangsang. Sebab itu juga segera dia membawa Athea ke kereta sebelum perkara lain pula yang berlaku.

Dari jauh sepasang mata tajam memandang ke arah mereka. Penumbuknya digenggam, terus dia menumbuk meja plastik berdekatannya. Tak guna!! Rosak lagi rancangan jahatnya itu.

Melirik mata Daeen memandang Athea sebaik sahaja keretanya sudah bergerak jauh. Athea sudahpun tidak sedarkan diri. Hanya tangannya meliar seakan-akan mencari sesuatu. Daeen sekadar menghiraukan. Asalkan Athea tidak agresif sudah la.

Sedang Daeen memandu, tiba-tiba Athea memeluk lehernya.. Tanpa sedar Athea mengucup leher Daeen bertubi-tubi. Entah mengapa dia sukakan pada leher Daeen. Dada Daeen juga dicium berkali-kali.

“Shit!!” Daeen menolak tubuh Athea jauh darinya. Tidak mahu terangsang dengan adik tirinya sendiri.

“Sayang, I need you,” goda Athea. Dia cuba mengucup telinga Daeen. Digigit telinga Daeen dengan penuh nafsu.

Daeen menolak kembali. Kali ini kepala Athea dipegang, tidak mahu lepas. Takut Athea menggodanya lagi. “Jangan, Bunga. Aku taknak rosakkan kau macam perempuan-perempuan lain. Kau adik aku. Seorang abang takkan rosakkan masa depan adik dia kan?’

“I need you, sayang. I love you.” Meleret Athea berkata.

Daeen membrek mengejut, membuatkan kepala Athea sedikit terhantuk ke cermin tingkap kereta. Daeen turun daripada kereta. Bonet kereta dibuka mencari tali namun yang ada hanyalah baju. ‘Baju pun baju la. Janji minah ni tak goda aku.’

Laju Daeen mendapatkan Athea. Tubuh Athea diikat dari tangan sehingga kaki. Mulut Athea juga diikat. Seperti diculik pula tegok gayanya. “Duduk elok-elok ye adik ku sayang. Jangan ganggu abangmu nak memandu.” Rambut Athea diusap lembut sebelum dia meneruskan memandu.

Sempat matanya melirik disebelah. Bukan main meronta-ronta lagi Athea minta dilepaskan. Kasihan pun ada. Tapi jika ikutkan kasihan, lebih baik dia kasihankan diri sendiri. Sudah lama dia meninggal dunia gelapnya. Tidak mahu menoleh ke dunia gelapnya itu lagi.

Sebaik sahaja tiba di sebuah rumah, Daeen mengendong Athea masuk ke rumah. Sempat Athea mengucup lembut leher Daeen. Daeen menggeleng. Sudah berikat pun masih bernafsu.

“Tuanku, kenapa ni?” soal pembantu rumah.

Daeen tersengih. “Boleh tolong saya?” Pembantu rumah itu sekadar mengangguk. “Temankan saya masuk bilik. Saya taknak berdua-duaan dengan dia dalam bilik tu.” Pembantu rumah itu menurut. Langkah mereka memasuki bilik tetamu.

“Tolong buka pintu bilik mandi ni,” arah Daeen. Sebaik sahaja mereka masuk ke bilik mandi, tubuh Athea diletakkan ke dalam tab mandi. Ikatan juga dileraikan. Sengaja Daeen ingin membebaskan Athea. Tidak sanggup melihat Athea berikat begitu.

“Tuanku... Saya panas,” rengek Athea.

“Panas? Kejap ye, samyang.” Pili pancuran air dibuka lalu dihalakan pada tubuh Athea.

“Tuanku!! Apa ni? Sejuk!! Tuanku!!” rengek Athea lagi.

“Tadi kau kata panas, ini sejuk pula. Mana satu kau nak ni?” Dibiar Athea merengek-rengek kesejukan di dalam tab mandi itu. Melihat tubuh Athea sedikit terdedah, mengalihkan pandangan Daeen ke syiling. Gaun berwarna putih mudah untuk menampakkan pakaian dalam apabila gaun itu sudah basah dan melekat pada badan.

Dibiar pancuran air itu membasahi tubuh Athea. Langkah Daeen keluar daripada bilik mandi. Pintu bilik mandi itu juga ditutup rapat. Sengaja mahu mengurung Athea di bilik mandi itu. “Bik, lagi 5 minit, masuk bilik mandi ni. Pakaikan dia baju saya. Saya rasa ada hoodie saya dalam wardrobe saya,” arah Daeen.

“Erm cik tadi tu tak apa-apa ke dalam bilik mandi? Takut la saya.”

Daeen tersenyum. “Insyallah. Saya dah pernah buat sebelum ni. Paling-paling pun dia demam je nanti. Saya keluar dulu.” Daeen melangkah keluar dari bilik tidur tetamu itu.

Langkahnya menuju ke dapur. Hendak menyediakan bubur untuk Athea. Walaupun hakikatnya dia langsung tidak tahu bagaimana hendak memasak. Alah google kan ada.

Daeen memasuki bilik tidur tetamu semula selepas siap menghidang bubur. ‘Macam tak jadi je. Ala telan je la. Siapa suruh kau keluar dengan Tunku Dani tu? Tanggung la. Janji aku tak sentuh kau dah la kan?’ bisik hati Daeen.

Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Athea yang nyenyak tertidur di atas katil dipandang lama. Wajah bersih Athea dipandang satu persatu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman lebar. “You really remind me of someone, Bunga.”

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now