TDM || BAB 43

9.6K 404 7
                                    

MENGGIGIL tubuh Malaika saat melangkah keluar dari bilik mandi. Penghawa dingin yang terpasang menyejukkan bilik tidur itu, membuatkan tubuhnya menggigil kesejukan. Sudahlah dia hanya berkemban dengan tuala mandi sahaja. Segera dia menekan butang alat kawalan jauh, mematikan suis penghawa dingin itu.

Gaunnya dalam almari dicapai. Sempat matanya melirik ke arah Daeen yang masih nyenyak tertidur di atas katil.

Bibirnya mengukir senyuman bahagia. Entah bila lelaki itu pulang semalam, tapi dia tetap rasa gembira. Disaat dia membuka matanya, matanya memandang tepat wajah bersih suaminya itu yang nyenyak tertidur di sebelahnya. Bahagia. Beginikah rasa bila berkahwin dengan lelaki yang dicintai?

Malaika menghampiri Daeen sebaik sahaja menyarungkan gaunnya pada tubuh. Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Wajah bersih suaminya itu dipandang. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman bahagia.

Jari jemarinya mula menyentuh wajah suaminya itu. Dimainkan jarinya di bibir pink suaminya itu. Seksi.

Terasa tidak puas menatap wajah suaminya itu. Ingin sahaja dia merenung sepuas-puasnya. Kalau tak tenung, takut rindu pula. Melihat wajah kacak Daeen itu, memang tidak puas matanya menatap. Kalau boleh dia hanya mahu bersama Daeen sahaja. Tidak mahu kemana-mana.

“Dear, bangun sayang,” kejut Malaika. Dada Daeen juga ditepuk lembut. “Dear...” meleret suara Malaika mengejut Daeen. “Bangun la, sayang. Dah pagi ni. Kita breakfast sama-sama eh?” Lembut Malaika memanggil.

“Hurm...” Suara garau Daeen kedengaran. Hanya tubuhnya dialihkan ke kiri sambil matanya terpejam rapat.

Lemah jantung Malaika mendengar keseksian suara suaminya itu. Mahu sahaja dia mengucup bibir suaminya berulang kali. Seksi!!

Malaika tersenyum gatal. Dengan selamba dia mengucup bibir Daeen. Lama. Memang itu idamannya sejak tadi. Mahu juga dia melihat reaksi Daeen nanti.

Daeen tersedar bibirnya basah, terus membuka matanya. Terkejut dia dibuatnya melihat Malaika melumatkan bibir pada bibirnya. Bingkas dia menolak kuat tubuh Malaika jauh darinya. Bibirnya juga dikesat kasar. “Apa yang you dah buat ni, Laika? You nak rogol I ke?”

Malaika yang sudahpun terjatuh di bawah katil, bingkas bangun semula sambil mencekak pinggangnya. “I isteri you la. Mana ada istilah rogol. Salah bibir you juga. Siapa suruh seksi sangat? Itu yang I cium. Tak salahkan? Dapat pahala. Betul tak, dear?” goda Malaika.

Daeen sekadar menghiraukan Malaika disisi. Bingkas tangannya mencapai telefon pintarnya. Shit!! Dah lambat. Bergegas Daeen bangun daripada baringannya lalu mencapai tuala mandinya.

Langkahnya mati seketika. “You guna towel I eh?”

Malaika mengangguk. “Ala tak salah kan? I malas la nak ambik towel dalam almari you tu. Dah la tinggi. Mana nak sampai. Ala. Kita kan suami isteri. Tak salahkan kalau I nak pakai barang-barang you.”

Dengan selamba Malaika memeluk leher Daeen. Mahu dia menggoda suaminya itu. Lagipun bukannya suami kerja hari ini. Boleh la bermanja-manja.

Mata Daeen pula memandang tepat pada dada putih Malaika yang sedikit terdedah. Memang sengaja isterinya itu mahu menggodanya. Teralih pula matanya pada leher jinjang milik isterinya itu. Tertarik mata hitamnya untuk memandang setiap inci tubuh isterinya itu. Seumpama magnet pula.

Daeen menelan air liurnya kesat. Seakan-akan tergoda dengan godaan isterinya itu. Dicelah kangkangnya juga terasa sesuatu yang keras. Ah!! Shit!! Lantas Daeen meleraikan pelukan Malaika.

“You okay ke tak? Gelisah je I tengok,” hairan Malaika.

“Ha? I... I nak mandi.”

Malaika tersenyum nakal. “Okay. Pergi la mandi. I siapkan breakfast untuk you okay? Atau you nak I temankan you mandi sekali? I boleh temankan?” usik Malaika.

“No!! Tak payah!! I boleh mandi sendiri.” Tolak Daeen. Pantas dia melangkah masuk ke bilik mandi. Tidak mahu melihat Malaika menggodanya lagi. Tak pasal-pasal nanti bunting juga isteri dia kerjakan.

Malaika tertawa kecil. “Tau takut.” Separuh bisik Malaika berkata sendiri. “Mandi cepat sikit tau sayang. I takut I rindu you pula nanti. Love you,” ucap Malaika sebelum melangkah keluar dari bilik tidur itu.

***

USAI menyediakan pakaian untuk suami, Malaika bergegas menyiapkan sarapan untuk mereka. Mereka tidak lagi tinggal di rumah agam milik keluarga Daeen. Kini mereka tinggal di penthouse milik Daeen. Yang asalnya Daeen berharap dapat tinggal bersama Athea, kini bertukar kepada Malaika menjadi pemilik rumah itu.

Malaika tersengih. Terasa bangga dapat menyediakan sarapan untuk suaminya. Seakan mimpi. Menyediakan makanan untuk suami yang dicintai. Impiannya juga selama ini.

Kelibat Daeen kelihatan, terus Malaika tersenyum lebar. “Sayang, mari makan. I dah siapkan makanan ni. I masak nasi lemak harini. You suka kan? Mari.” Bergegas Malaika menghampiri Daeen.

“I dah lambat nak pergi kerja.”

Dahi Malaika berkerut. “You pergi kerja?”

“Kenapa?”

“Kita kan baru kahwin. Kenapa you tak cuti? Sepatutnya waktu sekarang ni kita pergi honeymoon. Bukannya pergi kerja. Please, you. Siapa nak temankan I dalam rumah ni nanti? I bosan. Athea sekarang ni dah tak tinggal dekat sini. Please, cuti la dalam 2 minggu. Kita pergi honeymoon,” pujuk Malaika.

“I banyak kerja yang I kena siapkan, Laika. You tahu kan I dah lama tinggal office I macam tu je. Lagipun I takde mood nak pergi honeymoon ni semua.” Daeen menyarungkan kasut kulitnya.

“Kalau macam tu, kejap. Tunggu kejap eh?” Bergegas Malaika berlari ke arah dapur. Bekas makanan dicapai lalu diletakkan nasi lemak itu dalam bekas makanan itu. Diletakkan dalam beg kecil lalu dia menghampiri Daeen semula. “Ini, I ada buatkan you bekal. Nanti makan tau?”

Daeen sekadar memandang kosong. “Takpelah. I tak lapar. Simpan balik,” tolak Daeen.

“Ta... tapi.”

Daeen mendecis. “Laika, I dah lambat tau. I takde masa nak layan karenah you. Nanti I makan dekat luar je. Malu la nak bawa bekal bagai. Macam budak sekolah tau?” Daeen menahan geram.

Malaika menunduk. “Ala. I cuma nak you makan masakan I je. Penat tau pagi-pagi hari lagi I dah bangun siapkan you sarapan. Masakkan you nasi lemak ni. You bawa eh?” pujuk Malaika.

“Yang you beria sangat nak I makan you punya nasi lemak tu kenapa? I takde suruh you masak pun kan. You yang nak masak sangat kan? Habiskan. Siapa suruh you masak? I tak suruh pun. I balik nanti, I dah taknak tengok bayang nasi lemak tu dekat dapur nanti.”

Malaika masih menunduk. “Memang la you tak suruh tapi itu kan...”

“I dah taknak dengar apa-apa, Laika. I dah lambat,” potong Daeen. Geram pula dengan isterinya itu. Kuat menjawab. Sama seperti Athea. Malas nak layan. Tak pasal-pasal nanti dia tersekat dalam jalan sesak.

Belum sempat Daeen melangkah, Malaika terlebih dahulu menarik lengan Daeen lalu mengucup lembut bibir suaminya itu. Pipi Daeen juga disentuh. “Take care, my hubby. I tunggu you balik eh? Nah. I tak kira. I nak you makan juga,” paksa Malaika.

Daeen terkesima seketika. Ini kali kedua Malaika memberanikan diri mengucup bibirnya. Langsung Daeen mendengus, mencapai bekal makanan itu. “Bye.”

“Love you, dear,” ucap Malaika menggoda namun tidak dibalas Daeen. Bergegas suaminya itu masuk ke dalam kereta lalu dipandu laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

Keretanya diberhentikan dibahu jalan. Matanya tertumpu ke tong sampah besar. Tanpa rasa bersalah, dia mencampak keluar bekas makanan itu keluar dari kereta. Keretanya dipandu laju meninggalkan kawasan itu.

“Kau buang?!!” Suara Razyn kedengaran memenuhi ruang kafe yang sepi itu. Sempat mata Daeen memandang sekeliling. Bukannya dia tidak perasan pandangan orang awam ke arah mereka berdua. Semuanya angkara Razyn yang tiba-tiba menguatkan suaranya.

“Kau ni memang nak semua orang dengar ke apa?” sinis Daeen.

Mulut Razyn masih melopong. “Kau gila ke Een? Macam mana kalau Laika tau yang kau buang makanan yang dia masak? Cuba la kau hargai isteri kau sikit. Kalau Laika dapat tahu, confirm dia merajuk. Waktu tu kau jangan terkejar-kejarkan dia pula.”

Daeen tersenyum sinis. “Takde masa aku nak terkejar-kejarkan dia. Kau pun tau yang aku tak suka dia.”

“Ye, memang kau tak suka dia. Tapi itu bukan alasan untuk kau buat dia sesuka hati kau. Setelah terlafaz nya akad, memang menjadi kewajipan dia menjaga makan minum kau, begitu juga dengan kau. Sebab dia isteri kau dan kau suami dia. Kau tak boleh buat macam ni. Laika pun ada perasaan tau.”

Daeen menunduk. “Tapi... aku cintakan Athea. Kenapa dia tinggalkan aku, Zyn? Aku tak boleh Zyn. Setiap kali aku bersama Laika, aku teringatkan Issa. Aku terbayangkan Athea. Kau nak aku buat macam mana? Layan dia macam isteri aku sedangkan yang aku bayangkan depan mata aku bukan Malaika tapi Athea.”

“Move on, Een. Anggaplah kau dengan Athea takde jodoh. Tak payahlah diingatkan lagi. Makin kau teringatkan dia, makin kau tak boleh lupakan dia. Dah la, Een. Silap-silap Athea dah bahagia dengan kebahagiaan dia.”

Daeen mengangkat wajahnya. Hanya membisukan diri sambil berfikir sesuatu. Benarkah Athea sudah jumpa pengganti hidupnya?

“Een, aku ni sekadar boleh nasihatkan kau je sebab aku kawan kau. Kau fikir-fikirkan la. Kau kena ingat, ini bukan kali pertama kau hilang isteri disebabkan ego kau sendiri. Tak cukup dulu kau seksa Issa, seksa Athea, sekarang ni Laika pula nak jadi mangsa kau? Cukup la Een. Buang ego kau tu.”

Daeen masih mendiamkan diri.

“Kau rasa la kan, Dani tu akan tersenyum puas tak, tengok kau macam ni sekarang ni?”

Daeen tersentak. Tepat matanya memandang Razyn dihadapannya. Terfikir sesuatu. Bagaimana keadaan Athea jika dia melepaskan Athea seorang di kampung? Adakah Tunku Dani tetap akan membunuh Athea, atau sebaliknya?

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now