TDM || BAB 59 (NEW ENDING)

3.5K 131 3
                                    

"HARINI ada plan nak pergi mana-mana ke?" soal Puan Fatimah saat mereka menjamu selera. Disebabkan tidak terlampau sibuk hari ini, dia memutuskan untuk bersarapan bersama mereka berdua. Lagipun esok mereka sudah mahu bertolak pulang. Bila lagi dia mahu meluangkan masa bersama mereka berdua.


"Bunga tak kisah. Bunga ikut je mana abang Een nak bawa Bunga cuma tiba-tiba Bunga rasa macam nak pergi Cappadocia. Tiba-tiba rasa macam nak naik belon udara panas. Orang cakap dekat sana view cantik-cantik," kata Athea.


Daeen tersengih. "Tak takut mabuk ke nanti?" usik Daeen.


Laju Athea mencubit perut Daeen. "Abang ni. Orang cakap betul-betul, dia main-main pula," Bibir Athea mencebik.


Daeen tertawa kecil. "Mula dah buat muncung dia. Umi, kalau umi nak tau, waktu pertama kali kami jumpa, macam ni la muka dia. Muncung memanjang. Nasib baik sekarang dah kahwin. Setiap kali dia muncung, boleh kiss. Dapat pahala."


Athea menampar lengan Daeen. "Abang ni. Pervert." Bola matanya diputar.


Daeen kembali tertawa. "Tapi kan sayang. Cappadocia tu jauh dari sini. Lebih kurang 7 jam. Macam dari Perlis pergi Melaka. Sayang okay ke?"


Athea mengangguk. "Please. Saya teringin nak pergi." Kedua-dua belah matanya dikedip berkali-kali.


"Bawa la dia, Mateen. Bukan selalu nak bawa dia pusing-pusing Turki. Sementara ada dekat sini, bawa je la. Bukannya takde kereta kan?" sampuk Puan Fatimah.


Daeen berfikir sejenak. "Okay boleh."


Athea terus bersorak gembira.


"Amboi. Suka eh?"


Athea tersengih. "Mestilah suka."


"Tapi janji dengan abang, jangan pergi jauh dari abang eh. Abang takut sayang hilang. Sayang tu dah la pendek."


Terus Athea menjeling. "Ey!! Abang ni!!"


Puan Fatimah ketawa. Terhibur dengan kerenah mereka berdua. Macam budak-budak. "Umi pergi sambung kerja dulu ye? Bunga, enjoy your honeymoon. Mateen, ingat. Jangan buli menantu umi pula ye." Pesan Puan Fatimah sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.


"Ha dengar tu. Umi cakap jangan buli saya," ulang Athea.


Daeen tersengih. "Mana ada buli." Deringan telefon pintar milik Daeen, mematikan perbualan mereka. Sempat Daeen memandang skrin telefon pintarnya sebelum menjawab.


"Assalamualaikum, ye?" Daeen terdiam sejenak. Kepalanya hanya di angguk saat mendengar suara dari corong telefon pintarnya. Jari jemarinya bermain dengan rahangnya.


Jelas kelihatan riak wajah Daeen berubah. Macam ada masalah je. "Takpe. Nanti saya check. Terima kasih," ucap Daeen sebelum mematikan telefon pintarnya.


"Kenapa?" soal Athea.


"Sayang, abang ada kerja sikit. Bagi abang selesaikan apa yang patut dulu, nanti kita pergi eh?" pujuk Daeen.


"Tapi abang sendiri cakap tempat tu jauh. Nanti sampai sana lewat macam mana?"


Daeen mengusap lembut rambut Athea. "Abang janji kejap je. Nanti kita pergi okay?"


Segera Daeen mendapatkan laptopnya sebaik sahaja masuk ke bilik penginapannya. Bukan main tekun lagi Daeen menyiapkan kerjanya sampai Athea berada di belakangnya pun dia tak perasan.


Athea melabuhkan punggungnya di sebelah Daeen. "Dah siap ke abang?"


"Kejap ye, sayang? Sikit lagi." Dibawa Athea ke pelukannya. Sambil buat kerja, sambil peluk isteri.

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now