TDM || BAB 11

13.4K 666 22
                                    

HUJAN lebat membasahi bumi malam itu. Penduduk yang ditempatkan di balai raya juga semakin bertambah sehingga terpaksa membuka surau untuk penduduk lain berteduh. Sayu hati Athea melihat penduduk kampung itu. Kasihan.

Daeen mendekati Athea. “Oi! Jom ikut Pak Hassan dengan Mak Munah balik.”

Athea menurut. Dia pun sudah terasa letih seharian membantu penduduk kampung berpindah ke balai raya. Sudah terasa tilam dan bantal memanggil.

“Alamak, tunku, cik puan, kami tak bawak payung lebih la pula. Okay takpe. Tunku dengan cik puan pakai payung ni dulu. Soal kami jangan risau. Pandai-pandai kami la," kata Pak Hassan. Payung ditangannya dihulurkan pada Daeen.

Meliar mata Daeen mencari sesuatu sebelum pandangannya memandang ke arah Pak Hassan semula. “Eh apa pula macam tu. Takpe. Saya dengan Bunga pakai daun pisang ni. Pak Hassan dengan Mak Munah pakai payung tu. Nanti demam pula.”

“Takpe ke?” soal Pak Hassan.

“Takpe. Jom.” Daun pisang itu dicapai. Bahu Athea dirangkul lalu bergerak keluar daripada balai raya itu. Sehabis baik dia melindungi Athea daripada terkena hujan.

Athea tergamam dengan perlakuan Daeen. Wajah Daeen dipandang sekilas sambil melangkah. “Terima kasih.” Separuh bisik Athea berkata.

Tiba-tiba...

PAP!!

“Tuanku!! Selipar saya putus. Macam mana ni?”

Daeen memandang. “Kau pakai selipar aku dulu la.” Daeen menanggalkan seliparnya lalu diserahkan pada Athea.

“Habistu tuanku?”

“Kaki ayam je la.”

“Mana boleh macam tu. Nanti tuanku terpijak paku ke, benda-benda tajam ke macam mana?”

Daeen mengeluh kecil. “Lebih baik aku yang luka daripada kau yang luka, Bunga. Pakai selipar ni. Cepat. Nanti hujan makin lebat tak pasal-pasal kita kena panah petir dekat sini. Aku ni dah la tak kahwin lagi.”

Athea mencebik. “Ingatkan orang macam tuanku ni tak fikir pasal kahwin.” Selipar milik Daeen disarung sebelum melangkah.

“Eh mesti. Aku kan tak kahwin dengan kau lagi. Mana boleh mati lagi.”

Athea kembali mencebik. “Memang malang la hidup saya dapat suami gatal macam tuanku nanti. Ey!! Taknak la kahwin dengan tuanku. Lagipun saya dah ada boyfriend.”

“Siapa? Dani?”

Athea menjongket bahunya. “Mungkin. Dah la jom kita gerak. Tu Pak Hassan dengan Mak Munah dah tinggal kita jauh dah.” Laju Athea melangkah.

Daeen masih mengecilkan matanya. Ikutkan hati nak sahaja dia membenamkan wajah adik tirinya ke dalam lumpur.

Tiba sahaja mereka di sebuah rumah kayu, mereka menaiki tangga lalu menghampiri Pak Hassan dan Mak Munah sambil memeluk tubuh. Sejuk. Angin meniup menyapa tubuh mereka membuatkan Athea sedikit menggigil. Harap-harap tak demam la.

“Ini rumah kami. Maaf la. Rumah ni tak besar mana. Maklumlah kami berdua je. Takde anak. Nak buat besar-besar pun macam tak berbaloi je. Mari masuk,” kata Mak Maimunah.

“Eh apa pula Mak Munah cakap macam tu. Saya tengok dah cukup besar la ni. Cantik pun cantik,” puji Athea. Langkah mereka masuk ke ruang tamu. Meliar mata mereka memandang sekeliling.

Daeen melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kusyen sofa terlalu nipis dipandang. Dibetulkan kedudukannya berulang kali.

“Tunku, cik puan. Duduk dulu ye. Mak Munah nak sediakan tempat tidur untuk tunku dengan cik puan. Lepastu nak buatkan air. Tunku nak air apa?” soal Mak Maimunah.

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now