TDM || BAB 12

14K 620 22
                                    

TOK!! TOK!! TOK!!

Pintu bilik Daeen diketuk, menganggu lena Daeen. Terus Daeen mengeliat kecil. Siapa pula yang menganggunya tidur? Sudahlah baru satu jam matanya dapat lelapkan selepas pulang daripada pusat pemindahan banjir.

“Tunku.” Suara Pak Hassan kedengaran di luar bilik.

Bingkas Daeen bergegas membuka pintu bilik itu. “Ya, Pak Hassan? Ada mangsa banjir terperangkap lagi ke?” Separa mamai Daeen bertanya. Sempat dia membetulkan kain pelikat yang hampir terlerai itu.

“Eh tak la. Ni Pak Hassan sebenarnya panggil tuanku sebab ingat nak berjemaah sekali.”

Dahi Daeen berkerut. “Berjemaah? Berjemaah apa?”

“Solat subuh berjemaah la. Mari. Tuanku ambik wuduk dulu. Pak Hassan dengan yang lain-lain tunggu tuanku dekat depan ye?” kata Pak Hassan lalu melangkah pergi.

Daeen pula cemas. ‘Solat subuh berjemaah? Gila ke apa? Tak boleh ke diorang je yang solat? Kenapa aku kena join sekali?’ getus hati Daeen. Pandangannya teralih ke arah kelibat Athea di dapur. Lantas dia menghampiri Athea.

Lengan Athea juga ditarik jauh dari situ. Nasib baik berlapik dengan telekung. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena ambik wuduk lain. “Tuanku ni kenapa? Tarik-tarik tangan saya pula. Kalau tuanku rasa nak buli saya, bukan sekarang eh. Saya nak pergi solat kejap.”

Baru Athea mahu melangkah, Daeen menghalang. “Eh, kejap. Aku nak minta tolong kau sikit.”

Dahi Athea berkerut. “Tolong apa? Ala nanti-nanti la saya tolong. Nanti Pak Hassan bising la.”

“Aku tak ingat cara-cara nak solat.” Laju Daeen memintas.

Mulut Athea melopong. “Biar betik… Takkan la. Takkan tuanku tak ingat langsung? Tuanku tak pernah solat sejak kecil ke macam mana? Masa amali solat dekat sekolah dulu, macam mana boleh lepas?” Melihat dari segi riak wajah Daeen seperti dia sudah agak jawapannya. Daeen kan seorang yang suka bersosial. Memang tak hairanlah kan?

“Kau boleh beza tak, tak tau dengan tak ingat? Aku pernah je solat. Cuma waktu tu umur aku 14 tahun. Lepastu aku dah terus tinggal solat. Sebab tu aku tak ingat macam mana nak solat. Kau pun tau kan aku macam mana?” jujur Daeen.

“Ambik wuduk tuanku ingat tak?”

Daeen mengangguk kecil. “Ingat la, basuh muka, tangan, kaki. Yang itu je aku ingat. Tapi niat ambik wuduk aku lupa.”

“Takpe. Saya boleh ajarkan tuanku ambik wudhuk. Nanti solat tuanku ikut je pergerakan Pak Hassan. Lepastu niat solat subuh, baca Al-Fatihah, tuanku ingat ke tidak?”

Teragak-agak Daeen mengangguk. “Terima kasih, Bunga,” ucap Daeen.

Daeen masih berperang dengan dirinya sendiri. Samada dia mahu solat kerana ingin menutup mulut orang daripada memandang serong padanya ataupun memang ikhlas mahu menunaikan solat? Sujud pada pencipta. Bersediakah dia?

Athea mengukir senyuman manis. Harap-harap ini adalah jalan untuk Daeen berubah.

Usai mengambil wudhuk, langkah mereka menghampiri Pak Hassan dan Mak Munah yang sudah menanti mereka berdua. “Semua dah ada. Kita dah boleh mulakan. Tuanku boleh imam kan?”

Daeen tersentak. ‘Aku jadi imam? Macam mana ni? Niat solat subuh pun aku ingat-ingat lupa. Macam mana nak jadi imam?’

“Erm saya rasa apa kata Pak Hassan yang imamkan kami semua. Pak Hassan kan lebih tua,” elak Daeen.

“Betul juga. Kalau macam tu, tuanku iqamat la. Cepat, nanti waktu habis.”

‘Iqamat pula dah. Yang itu binatang apa pula? Macam mana nak iqamat? Aku bukannya tau.’ Daeen menoleh ke arah Athea. “Bunga, iqamat la.”

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now