TDM || BAB 58 (NEW ENDING)

3.6K 131 3
                                    

AZAN subuh sudahpun berkumandang menandakan sudah masuk waktu subuh di kawasan kota Istanbul itu. Daeen terlebih dahulu bangun membersihkan diri serta mengambil wuduk sebelum Athea terjaga dari tidur. Niat pada awalnya memang dia mahu mengejutkan Athea terlebih dahulu. Akan tetapi apabila melihat Athea nyenyak tertidur, membatalkan niatnya.


Langkah Daeen keluar daripada bilik mandi. Pandangannya teralih ke arah isterinya yang masih nyenyak tertidur. Daeen mencapai kopiah hitam lalu disarung ke kepalanya sebelum melangkah mengejutkan Athea. "Sayang, hey. Bangun. Dah subuh ni," kejut Daeen.


Athea terasa tidurnya terganggu, terus memisat matanya. Pandangannya teralih ke arah Daeen lalu menjerit. "Aghhh!!! Perogol!!! Tolong!!! Ada orang nak rogol saya!!!"


Daeen menggelabah. "Hey, sayang. Abang ni. Hai takkan lupa suami sendiri kot." Daeen tertawa kecil.


Athea terpinga-pinga memandang Daeen. Bibirnya diketap. "Abang... sorry. Saya mengigau tadi."


Daeen tersengih. "Abang tengok sayang selalu sangat mengigau. Sayang tidur tak ambik wuduk dulu ke? Basuh kaki? Baca doa tidur? Ada buat?" Athea menggeleng. "Tak boleh la macam tu sayang. Sebelum tidur kena ambik wuduk. Kalau jadi apa-apa sekurang-kurangnya kita dah berwuduk kan? Lain kali jangan buat lagi," tegur Daeen. Hidung Athea dicuit.


Athea menunduk malu. "Awalnya abang bangun. Abang ada nak pergi mana-mana ke?" Athea menukar topik. Melihat Daeen menyarung kopiah di kepala menarik perhatiannya.


"Dah subuh, sayang. Abang tengah tunggu sayang la. Nak solat berjemaah sama-sama. Jom? Waktu subuh bukannya panjang. Tak boleh tangguh lama-lama. Nanti terlepas."


Athea mengetap bibirnya. Sekilas matanya memandang ke arah pakaiannya. Hanya dress tidur pendek yang nipis dan agak jarang. Malu pula jika Daeen melihatnya. "Abang... boleh tak pandang tempat lain kejap? Jangan pandang saya langsung sampai la saya masuk bilik mandi? Please." Kedua-dua belah matanya dikedip berulangkali.


Dahi Daeen berkerut. "Kenapa pula?"


Athea menggigit bibir. "Erm... baju saya... seksi sikit. Hehe." Athea tersengih.


Daeen terus tersenyum nakal. "Oh macam tu... Kalau macam tu boleh abang..." Daeen cuba merapatkan tubuhnya dengan Athea.


Segera Athea menolak tubuh Daeen jauh darinya lalu berlari masuk ke dalam bilik mandi bersama selimut membalut tubuh. Semuanya angkara tidak mahu suaminya melihat pakaian yang tersarung pada tubuhnya. Malu. Pasti nanti diusik Daeen.


Usai membersihkan diri dan mengambil wuduk, segera Athea menyarungkan telekung pada tubuh. Takut terlepas waktu subuh. Lagipun kasihan pada Daeen terpaksa menunggunya lama. Tangan Daeen dikucup lembut sebaik sahaja Daeen mengaminkan doa. Telekung pada tubuh ditanggalkan lalu dilipat bersama sejadah. Belum sempat Athea melangkah, Daeen terlebih dahulu memeluk Athea dari belakang.


"Ab... abang!"


Daeen tersengih. "Stay. Just for 5 minutes." Dagu Daeen diletakkan ke atas bahu Athea. Haruman leher Athea menusuk rongga hidung seumpama menggodanya. Wangi!


"Abang okay ke tak? Nampak macam penat je? Nak saya urut abang?" Melirik mata Athea memandang Daeen.


Daeen menggeleng. "Abang cuma nak sayang. Nak peluk macam ni je. Untuk pulihkan tenaga abang sebelum kita keluar." Matanya dibuka, memandang wajah bersih Athea.


"Mengada."


Daeen menjarakkan tubuhnya dengan Athea. Kini tubuhnya pula menghadap Athea. "Boleh tak abang nak breakfast abang?"

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now