TDM || BAB 71 (NEW ENDING)

3.7K 199 13
                                    

"MORNING, ayahanda," sapa Daeen sebaik sahaja melangkah ke ruang makan. Sarapan pagi sudahpun siap terhidang. Aroma bau nasi goreng itu menusuk ke rongga hidung, membuatkan perut Daeen berkeroncong hebat.

Mata Puan Cendana meliar mencari jalan kelibat Athea. Kelibat Athea seorang sahaja yang tidak kelihatan di ruang makan itu. Kemana agaknya anak perempuannya itu menghilang. "Thea tak bangun lagi ke, Een? Hey, sepatutnya dia la yang kena sediakan sarapan untuk Een. Ini tidur pula."

Daeen tersengih. "Dia dah bangun tadi. Lepastu tertidur balik. Takpe. Biar Een yang kejutkan." Segera Daeen melangkah menuju ke bilik tidur mereka semula. Sempat tangannya mengusap lembut rambut Athena. Bukan main berselera anak kecil itu menikmati karipap yang digoreng Puan Cendana.

Pintu bilik tidur itu dibuka. Sempat Daeen mengintai dari luar bilik sebelum masuk ke dalam. Kelihatan Athea masih lagi nyenyak tidur di atas katil. Daeen tersengih. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di birai katil. "Sayang."

Rambut Athea diusap, terus berkerut dahinya. Panas. "Sayang, dahi sayang panas ni. Sayang demam ke? Nak abang bawa pergi klinik?"

Athea tersedar daripada tidurnya, terus menepis tangan Daeen daripada terus menyentuhnya. "Apa ni pegang-pegang?" marah Athea.

"Sayang demam ke? Dahi sayang panas ni. Kita pergi klinik ye?" pujuk Daeen.

"Tak payah. Saya dah makan ubat. Nanti baik la," tolak Athea. "Dah la. Pergi la keluar. Saya nak tidur. Jangan ganggu saya." Tubuh Daeen ditolak jauh darinya.

Daeen tersengih. "Sayang, harini kita balik penthouse kita balik, boleh? Dah lama kita tak balik sana. Abang ingat nak kemas-kemas sikit. Tapi kalau sayang tak larat, sayang tak payahlah tolong kemas. Biar abang buat semuanya. Sayang rehat je."

Athea tersentak. "Balik penthouse kita? Itu penthouse tuanku. Bukan penthouse saya," sinis Athea. "Oh. Kenapa eh tiba-tiba pula ajak saya tinggal sana? Tak cukup tuanku paksa saya balik sini, sekarang ni nak paksa saya tinggal sana pula?"

"Itu kan rumah kita. Rumah tu pun abang memang dah serahkan pada sayang. Apa yang abang ada adalah milik sayang. Bukan milik abang. Sekarang ni abang ajak balik sana, sebab itu memang rumah kita berdua. Takkan tak nak balik langsung? Sayang pun tau kan rumah kalau kita dah lama tak duduk, nanti ada makhluk lain yang tinggal tau."

Athea tersenyum sinis. "Atau sebenarnya tuanku tiba-tiba teringatkan isteri pertama tuanku? Iye la. Sebelum saya jejakkan kaki ke rumah tu, itu rumah tuanku dan Reissa kan? Takkanlah tak rindu, betul tak? Sebab tu nak paksa sangat saya tinggal dekat sana."

Daeen terkedu.

"Macam ni la. Apa kata tuanku je tinggal dekat sana. Hidup la dengan memori isteri pertama tuanku tu. Tak payah nak hidup dengan saya. Atau... sebenarnya tuanku bayangkan saya adalah Reissa. Entah-entah waktu kita bersama dulu pun, tuanku bayangkan saya ni Reissa kan? Dia kan cinta pertama tuanku."

Daeen tersentak. "Astaghfirullah halazim. Cuba bawa mengucap sayang. Kenapa pula abang nak bayangkan dia? Dia dah meninggal pun, sayang. Tak pernah tau abang bandingkan dia dengan sayang. Kenapa dengan sayang ni? Pagi-pagi hari lagi dah ajak abang bergaduh?"

Athea terdiam.

"Sayang, apa pun berlaku antara abang dengan Reissa dulu, benda tu dah lama. 10 tahun dah berlalu. Jadi abang rasa sayang tak perlu kot nak insecure sangat. Dia dah meninggal pun."

Athea melarikan pandangannya. "Okay, saya ikut tuanku. Tapi ada syarat."

Dahi Daeen berkerut. "Apa dia?"

***

GAMBAR Daeen ditampal sekeliling bilik kosong itu dipandang kosong. Bibirnya turut mengukir senyuman sinis. Diusap lembut gambar Daeen. "Dear, you kacak tau. Sebab tu I gilakan you sangat-sangat. I kalau boleh taknak ada perempuan lain cuba kacau hubungan kita."

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now