TDM || BAB 64 (NEW ENDING)

4K 182 7
                                    

LAJU Hazel melangkah keluar daripada rumah usang itu dengan mengabaikan Dani sedang mengejarnya dari belakang. Dia bertekad untuk menyerah diri pada pihak polis. Sudah tidak tahu hidup bersama lelaki iblis seperti Dani. Lagipun hidupnya kini tiada beza seperti hidup di penjara.

"HAZEL!! HAZEL!!" Dani terus mengejar Hazel daripada terus pergi. Lengan Hazel ditarik ke dakapannya. "Kau nak pergi mana ha?"

Hazel menolak kasar tubuh Dani jauh darinya. "Aku dah tak tahan la hidup dengan kau. Kau buat aku macam hidup dalam penjara. Sampai bila kita nak terkurung dalam rumah buruk ni? Dah 5 tahun Dani. Aku dah penat. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku serahkan diri aku pada pihak polis."

"Kau bodoh ke?"

Hazel tersenyum sinis. "Yes. Aku akan serah diri dan aku akan heret kau dan perempuan tu sekali pada pihak polis. Aku ada bukti semua rancangan jahat korang untuk jatuhkan Daeen Mateen. Tunggu la nanti," ugut Hazel.

Dani mencengkam kuat rahang Hazel. "Kau!!! Berani kau ugut aku kan?"

Hazel menepis. "Aku tak takut la dengan ugutan kau. Aku rela mati daripada terus hidup dengan lelaki dayus macam kau. Binatang!!"

Dani tersenyum sinis. "Okay, aku lepaskan kau. I wish good luck. Aku nak tengok juga keberanian kau nak jatuhkan aku."

Hazel melemparkan pandangan tajam. Segera dia menuju ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka lalu dihempas kuat. "TAK GUNA PUNYA JANTAN!! AKU AKAN PASTIKAN PENJARA ADALAH TEMPAT KAU, TUNKU DANI MUSTAQIM!!" bentak Hazel.

Pandangannya tertumpu ke arah nota yang dilekatkan pada cermin kereta. Itu pasti sudah lama dilekat Dani sebelum ini.

Kau dah silap besar, Hazel. Kau takkan boleh lari dari aku, sayang... Jumpa di syurga nanti.
Hazel tersentak. Segera dia membuka pintu keretanya semula, hanya disebabkan mahu mengejar Dani kembali. Tak pasti apa lagi yang dimahukan Dani. Apa yang pasti dia mahu menghentikan Dani dari perbuatan jahatnya.

Saat Hazel membuka pintu keretanya itu, tiba-tiba...

BOM!!!

Dani tersenyum puas saat melihat kereta itu sudahpun meletup. "Aku dah ingatkan kau, Hazel. Jangan bermain dengan api." Api marak membakar kereta itu hanya dipandang kosong sebelum melangkah masuk semula. "I guess I should thank you, devil."

***

DAEEN berteleku seketika di atas sejadah. Bibirnya terkumat-kamit dengan zikir sebelum menadah tangan. "Ya Allah, ya tuhanku. Kau permudahkanlah urusanku dalam memperbaiki hubungan ku bersama isteri aku, Bunga Athea. Jika antara kami sudah tidak punya perasaan antara satu sama lain, kau berikan keadilan untuk anak ku. Aku tidak mahu dia menimpa nasib yang sama seperti diriku dahulu. Amin..."

Pandangannya teralih ke arah gambar pernikahannya. Bibirnya mengukir senyuman lebar. "I'm sorry, sayang."

Sementara itu, Athea mengetuk pintu bilik Malaika lalu mengintai dari arah luar. Bibirnya juga tidak lekang dengan senyuman saat melihat Malaika siap bersolek. Segera dia melangkah menghampiri Malaika. "Laika!! Cantiknya awak."

Mereka berpelukan erat. "Thea, saya nervous la. Walaupun ini bukan perkahwinan pertama saya, tapi saya tetap takut. Macam mana kalau Ayyash pun macam Daeen? Macam mana dalam diam Ayyash sebenarnya cintakan orang lain, bukan saya?" Malaika mula buruk sangka.

Athea tersentak. Bibirnya mengukir senyuman tawar. "Tak kot. Ayyash dan Daeen. Dua lelaki yang berbeza. Kalau awak nak tau, waktu pertama kali kami berkenalan, dia banyak cerita pasal awak. Buat saya boleh hidu yang sebenarnya dia ada perasaan pada awak dan dia mengaku. Takkan la dari kecil dia sukakan awak, tiba-tiba hati berubah pula?"

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now