TDM || BAB 57 (NEW ENDING)

4K 145 5
                                    

DJ remix kedengaran memenuhi ruang kelab malam itu. Sekumpulan manusia dengan asyik menari tanpa segan. Masing-masing asyik dengan syurga dunia. Tanpa segan silu juga mereka melakukan maksiat secara terang-terangan. Langsung dihiraukan orang disekeliling mereka.

Dani sekadar tersenyum sinis, memandang keasyikan manusia menari. Lenggok tubuh para wanita dan gadis dipandang tanpa segan-silu. Barang free tak tengok rasa rugi. Lagipun sudah setahun dia berkurung akibat diburu polis. Dia patut berterima kasih pada Athea kerana menarik balik report ke atasnya dahulu. Akhirnya dapat dia pijakkan kakinya semula ke syurga dunia itu semula.

Seorang gadis berpakaian seksi, menghampiri Dani. Pakaian gadis itu betul-betul menguji keimanan para lelaki. Lurah dada kelihatan, membuatkan dia rasa bangga apabila menjadi tarikan ramai. "Hi, Dani," goda gadis itu.

Dani mendecis. "Kau kenapa?"

Gadis itu tertawa kecil. "Hai. Takkan marah kot. Aku saja je nak uji kau. Nak tengok sejauh mana iman kau. Mana la tau aku dapat goda kau malam ni. Aku pun dah lama tak dapat."

Dani tersenyum sinis. "Aku bukannya Daeen Mateen. Yang mudah tergoda dengan godaan kau," sinis Dani. "Kenapa kau datang sini? Tak takut ke orang kenal kau?"

"Diorang kisah apa? Orang datang sini bukannya nak jaga tepi kain orang. Semuanya nak berhibur. Nak lupakan semua masalah yang bermain di kepala. Kepala diorang pun penuh dengan nafsu je sekarang ni. So, don't worry." Kata gadis itu sambil mengikat rambutnya yang dibiar lepas hingga paras bahu.

"Aku dengar Daeen Mateen dah berkahwin. So? Bila kita nak mulakan perancangan kau tu?" soal gadis itu lagi.

Asap rokok dihembus ke langit. "Tak lama lagi. Tapi aku rasa macam nak tukar plan. Kalau boleh aku nak tamatkan semua ni cepat. Ada kerja baru yang memanggil aku." Dani kembali tersenyum sinis. "Aku akan ajar Daeen dan Athea erti kematian yang sebenar."

Sementara itu...

DAEEN memandang Athea mengemas bilik tidur mereka, tersenyum kecil. Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri Athea. "Sayang," sapa Daeen.

Athea menoleh. "Ye abang?"

Punggung Daeen dilabuhkan ke atas katil sambil pandangannya tidak lekang memandang Athea. "Sudah la kemas bilik tu. Meh sini dekat abang."

"Abang nak apa sebenarnya? Cuba cakap. Macam la saya tak tau. Tengok muka tu macam sesuatu je."

Daeen tersengih. "Abang nak sayang abang duduk sebelah abang. Come, sayang." Lembut Daeen memanggil.

Athea tersenyum. Perlahan-lahan langkahnya menghampiri Daeen sebelum punggungnya dilabuhkan di atas katil. "Abang ada nak cakap apa-apa ke? Ke saya ada buat salah? Kalau saya ada buat salah, saya nak minta maaf."

Daeen tertawa kecil. "Mana ada sayang buat salah. Sayang ni isteri yang baik tau. Andai sayang buat salah pun, abang dah maafkan. Abang sentiasa maafkan isteri abang tau."

"Habistu?"

Daeen mengetap bibir. "Kita keluar nak tak? Abang bosan la duduk rumah tak buat apa. Sayang pun macam taknak layan abang. Tengok la tadi. Kemas bilik sampai abang masuk pun sayang tak perasan kan?" Daeen memuncungkan bibirnya.

Athea tersengih. "Elelelele. Merajuk la tu. Hurm? Okay. Saya minta maaf kalau ada buat abang kecil hati. Sekarang saya layan abang. Abang nak ajak saya keluar? Kita nak pergi mana?"

"Adalah. Rahsia."

"Ala bagitau la. Saya nak tau. Nanti kalau saya pakai baju yang tak kena macam mana? Lagipun saya kena melawa sikit. Takde la orang mengata saya nanti. Isteri kepada Tunku Daeen Mateen, pakai baju selekeh. Kan malu tu."

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now