TDM || BAB 40

10.1K 434 17
                                    

MATA Athea meliar memandang sekeliling kedai baiki gajet itu sebaik sahaja laptop diserahkan pada pekerja disitu. Pagi hari lagi dia sudah jejakkan kakinya disitu. Sampai sanggup menunggu depan kedai itu buka semata-mata mahu membaiki laptopnya.

“Athea?” sapa seseorang dari belakang. Dengan selamba lelaki itu menyentuh bahu Athea.

Lantas Athea menoleh, terkejut. Nasib baik tangannya tidak menghayunkan penumbuknya pada lelaki itu. Sesuka hati sentuh bahu orang. Memang minta penumbuk. “Tunku Dani,” ucap Athea saat bertentang mata dengan lelaki dihadapannya itu.

Dani tersengih. “Awak buat apa dekat sini sorang-sorang?”

“Erm... Baiki laptop saya. Entah kenapa tiba-tiba tak boleh on. Itu yang datang sini. Nak siapkan manuskrip cepat-cepat. Malas dah nak fikir pasal manuskrip.” Athea tersengih. “Awak pula buat apa dekat sini?”

Dani mengangguk faham. “Saya saja je jalan-jalan dekat kawasan ni. Tak sangka boleh jumpa awak. Jadi awak balik dengan siapa nanti?”

“Mungkin teksi je kot.”

Dani mengangguk kembali. Dalam diam dia mengukir senyuman jahat. Cuba disembunyikan niat jahatnya itu daripada dapat dihidu Athea. Cukup la selama ini Athea banyak merosakkan rancangannya. “Kalau macam tu, apa kata awak balik je dengan saya? Alang-alang tu kita boleh pergi minum-minum ke?”

“Erm... rasanya tak kot. Sebab saya kena balik. Nanti ibu dengan ayahanda risau pula. Lagipun Malaika ada dekat rumah. Dia kan dah nak kahwin. Jadi selalu juga dia ada dekat situ, nak uruskan pernikahan dia nanti. Senang. Awak pun tau kan rumah dia jauh dari sini.”

“Takpe la. Kalau macam tu saya hantar awak balik. Boleh?” tawar Dani.

Athea mengangguk setuju. Sebaik sahaja urusan Athea di kedai itu, mereka melangkah menuju ke kereta Dani. Dani siap buka pintu lagi pada Athea. Naik segan pula Athea dibuatnya.

Sepanjang perjalanan, Athea hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu mahu membuka topik. Rasanya lebih baik dia mendiamkan diri. Lagipun dia masih mengingati pesanan Daeen.

‘Ah!! Tuanku!! Tuanku!! Tuanku!! Dia tu dah nak kahwin. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Rasanya tuanku pun takde hak nak halang dengan siapa aku nak berkawan kan? Betul tak?’

Melirik mata Dani memandang Athea yang membisu di sebelahnya. Senyuman nakal terukir dibibirnya. Setiap inci tubuh Athea dipandang dalam diam. Tidak sabar hendak membawa gadis itu ke perangkapnya. Sudah lama dirancang. Rugi jika dia sia-siakan.

“Saya dengar Daeen dah nak kahwin dengan Malaika.” Suara Dani memecah suasana sepi. Athea sekadar mengangguk. “Awak tak sedih?”

Athea tertawa sinis. “Kenapa pula saya perlu sedih?”

“Takde la. Selalunya kalau ‘abang’ nak kahwin, adik mesti menangis, melalak-lalak, macam abang tu nak pergi jauh daripada bumi. Awak pula saya tengok tenang je.”

Athea tersenyum tawar. “Macam awak cakap, tuanku cuma berkahwin je. Dia masih abang saya, dia masih Tuanku Daeen Mateen yang sama. Tiada yang beza pun. Lagipun umur dia dah cecah 27 tahun. Sampai bila dia nak menduda kan? Sampai masa dia kena kahwin juga. Bina keluarga yang baru.”

Dani mengangguk faham. “Jadi awak pula bila?”

Athea tertawa hambar. “Apa pula saya? Patutnya awak. Awak tu tahun depan dah masuk 40 tahun tau. Takkan nak jadi bujang lapok?”

Dani tersengih. “Saya tunggu awak bersedia, saya masuk meminang awak.”

Terus lidah Athea kelu. Langsung tidak bersuara. Pandangannya juga teralih ke arah luar tingkap. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki disebelah itu.

“Athea, awak taknak jadi isteri saya?”

Athea tersentak. Apatahlagi melihat Dani menghulurkan cincin ke arahnya. Memandu sambil melamar? Memang rare la.

Athea berdeham. “Dani, look. Saya bukannya taknak terima cuma... saya tak boleh terima. Jarak umur kita terlalu jauh. Saya 22 tahun awak pula 39 tahun. Mustahil untuk kita ada hubungan istimewa lebih daripada seorang saudara sahaja.”

“Thea, please jangan kolot sangat. Tak salah pun kahwin dengan lelaki yang lebih tua daripada awak. Sekurang-kurangnya lelaki ni la yang akan menghargai awak, Thea. Saya dah taknak tengok awak sedih-sedih. Please, kahwin dengan saya.” Lembut Dani memujuk.

“Awak ni memang jenis tak faham bahasa ke? Saya cakap tak, jawapan dia tak. Saya cuma anggap awak sebagai seorang saudara je. Awak kan saudara tuanku dan semestinya saya hormat awak.” Mereka terdiam sejenak. “Saya minta maaf, Dani. Tapi saya betul-betul tak boleh jalinkan apa-apa hubungan dengan awak. Maaf.”

Dani tersenyum paksa. “It’s okay. Saya tak paksa awak.” Dia kembali fokus memandu. Hanya tuhan sahaja yang tahu dalam hatinya kini sudah meruap-ruap rasa marah pada Athea.

‘Kau memang tempah maut, Athea.’

***

LAMARAN Dani sebentar tadi, benar-benar menganggu fikirannya. Naik semak fikirannya memikirkan semua itu. Bila agaknya fikirannya dapat bertenang. Lama-lama boleh meletup otaknya itu.

“Thea,” sapa Puan Cendana saat melihat Athea baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. “Thea dah balik? Mari makan sekali.”

Athea terkaku seketika. Matanya tepat memandang Daeen dan Malaika di ruang makan. Bukan main mesra lagi mereka. Macam layanan suami isteri.

Lemah kaki Athea menghampiri mereka. Ikutkan dia tidak mahu menjamah sedikit pun makanan namun perutnya pula meronta-ronta minta diisi. Terpaksalah dia turutkan.

Sepanjang mereka menjamah makanan tengahari itu, hanya suara Daeen dan Malaika kedengaran. Mesra mereka bergurau senda tanpa rasa malu. Pada Athea, Daeen sengaja ingin sakitkan hatinya. Tetapi mengapa?

“Een, buka mulut. I nak suap you,” pinta Malaika.

Pandangan Daeen ke arah Athea dihadapannya. “Tak payahlah. Malu la orang nak tengok.”

Dahi Malaika berkerut. “Nak malu apanya? Yang ada ayahanda you dengan keluarga tiri you je. Diorang pun tak kisah. Makan la, sayang.”

Daeen mengeluh kecil. Terpaksalah dia turutkan kehendak Malaika walaupun wajahnya kini sudah merah padam. Sempat matanya melirik ke arah Athea dihadapannya semula. Tampak sayu di wajah Athea.

“Sayang...”

Secara tiba-tiba Athea bangun daripada baringannya. Berlari Athea menuju ke tandas, memuntahkan isi perutnya itu.

WERKK!! WERK!!

“Eh kenapa pula tu? Laika, Een. Ibu pergi tengok kejap,” kata Puan Cendana.

“Takpe, ibu. Biar Een pergi tengok kejap.” Bingkas Daeen bangun daripada tempat duduknya lalu menghampiri Athea.

WERK!!! WERKK!!

Daeen sekadar memerhati. “Kau mengandung anak siapa ni?” Dingin Daeen bertanya.

Terus Athea menoleh. Pandangannya tajam memandang tepat anak mata milik Daeen. “Murah sangat kan nilai harga diri saya pada tuanku sampai tuanku nilai saya macam tu? Eh, saya tak gila lagi la nak serahkan tubuh saya pada lelaki yang bukan suami saya.”

“Habistu?”

Malaika berlari menghampiri Athea. “Thea, awak period pain ke? Awak nak minyak? Saya rasa saya ada bawa. Een, biasa la perempuan. Muntah tak semestinya mengandung. Kitorang period pain pun ada sampai tahap muntah. Tahap dah terlalu teruk la tu. Thea, awak pergilah rehat. Nanti saya hantarkan makanan.”

“It’s okay. Saya nak rehat,” tolak Athea. “Saya masuk bilik dulu.” Laju Athea melangkah menuju ke bilik tidurnya.

Saat Athea menyentuh tombol pintu biliknya, tangannya tiba-tiba bersentuhan dengan kulit tangan Daeen, membuatkan dia segera menjauhkan tangannya daripada pegangan tangan Daeen.

“Aku nak cakap dengan kau.”

“Saya taknak den...” Belum sempat Athea menghabiskan ayatnya, Daeen terlebih dahulu membawa Athea masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu bilik itu dikunci.

Athea tergamam. Lantas dia menghampiri Daeen semula. “Tuanku nak buat apa ni? Kenapa kunci pintu tu? Bukak balik!!”

Daeen tidak menjawab. Bahu Athea disentuh lalu dibawa tubuh Athea menghempap dinding bilik itu. Kedudukan mereka kini sangat rapat. Dapat Athea rasakan hembusan nafas Daeen. “Tuanku, saya...”

“Shutt!!” Jari telunjuk Daeen dibawa letak diatas bibir lembut Athea. Mereka terdiam sejenak. “Bunga...” Separuh bisik Daeen menanggil. “Maafkan aku...”

“Tuanku, saya dah tahu semuanya. Kenapa tuanku boleh bertunang dengan Malaika. Kenapa tuanku tetap kena teruskan majlis ni. Saya dah tahu semua tu. Saya dah tak nak dengar penjelasan dari tuanku lagi. Sila keluar,” halau Athea.

Melihat jernih air mata mengalir jatuh dihadapannya membuatkan Athea mengangkat wajahnya.

“Tuanku, saya harap tuanku lebih bahagia bila berada disamping Malaika. Saya harap tuanku tak berpura-pura dengan dia. Dia terlalu sayangkan tuanku.”

“Tapi aku sayangkan kau, Bunga.” Pintas Daeen.

Athea tersentak. Dia salah dengar ke? “Tuanku merepek apa ni? Tuanku boleh tak buka mata tuanku? Terima kenyataan yang tuanku bukan untuk saya. Malaika selayaknya. Dia terlalu sempurna. Sebab itu dia ditakdirkan untuk jadi isteri tuanku, bukan saya. Saya masih banyak kurangnya tuanku.”

“Habistu kau nak aku buat apa?!” Nafas Daeen turun naik menahan amarah. “Aku dah cuba untuk sayang dia, Bunga. Tapi sayang aku masih bersama kau, bukan dia. Kenapa kau susah sangat nak faham?”

“Tuanku, tolong. Tolong la. Tolong buang perasaan tu dari terus berada di dalam hati tuanku. Kita sekadar adik beradik tiri tak lebih daripada tu.”

Daeen terdiam. Kepalanya diangguk kecil. “Kau betul-betul nak aku buang perasaan ni ke, Bunga?” Athea mengangguk. “Jadi kau gembira dengan berita yang keluar baru-baru ni? Kau akan bahagia bila tengok aku kahwin dengan Malaika?”

Athea mengangguk lagi.

“Tapi aku tak bahagia, Bunga. Melihat air mata yang jatuh di pipi kau, buat aku sakit, Bunga. Bukannya aku tak cuba untuk benci kau. 2 minggu aku dekat rumah Pak Hassan, cuba untuk lupakan kau, tapi benda tu mustahil. Aku tak boleh, Bunga.” Teresak-esak Daeen menangis.

“Kau adalah kebahagiaan aku, Bunga. Kau adalah hidup aku. Separuh hidup aku ada pada kau. Tapi sekarang ni aku dah hancurkan hidup aku sendiri. Aku dah buat kau terluka disebabkan aku. Aku dah sakitkan hati seorang gadis yang aku cinta. Kalau lah boleh diundurkan masa, aku tak...”

“Tuanku.” Pintas Athea memotong. “Saya dah taknak dengar semua ni lagi.”

“Aku penat, Bunga. Setiap kali aku bertemu dengan seorang gadis dan aku cintakan dia, aku terpaksa lepaskan dia. Cukup Issa dah pernah suruh aku tinggalkan dia. Aku dah taknak. Aku dah tak nak hilang kau, Bunga.” Semahu-mahunya Daeen menangis.

Dia tahu dia lemah. Hanya mampu mempertahankan hubungan mereka dengan tangisan lebat. Seakan-akan anak kecil.
“Tuanku, saya...”

“Shutt!! Aku taknak dengar, Bunga. Cukup la. Please, kita kahwin. Kita pergi jauh dari sini,” cadang Daeen. Ya. Dia benar-benar mahu melakukan kerja gila.

Athea tersentak. Lantas dia menolak tubuh Daeen jauh darinya. “Apa tuanku mengarut ni? Saya takkan kahwin dengan tuanku.”

“Habistu apa?!”

Athea terdiam sejenak. “Teruskan perkahwinan ni dan lupakan saya.”

Daeen tergamam. Kepalanya diangguk kecil. Dia menghampiri Athea semula. “Untuk kali terakhir, aku nak tanya kau. Tolong jawab dengan jujur. Kau cintakan aku ke, Bunga?”

Athea tersentak. Matanya memandang tepat anak mata Daeen. “Tak. Saya tak pernah cintakan tuanku. Sekarang ni, lebih baik tuanku pergi dari sini.”

“Kau dah benci aku?”

“Ya, terlalu benci.”

Daeen mengangguk faham. “Kalau itu yang kau nak, Bunga. Aku akan turutkan. Tapi kau jangan menyesal.” Pintas Daeen keluar daripada bilik tidurnya itu. Pintu bilik itu juga dihempas kuat.

Terus lutut Athea menghempap lantai. Esakan kuat juga kedengaran. “Maafkan saya, tuanku. Maafkan saya...”

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING)Where stories live. Discover now