"Bidadari, jom solat berjemaah" ajak Hayyan Harith.
"Jom,tunggu sayang ambil wuduk dulu" ujar Zarith Sofea.
"Okey, bidadari" ujar Hayyan Harith sambil senyum.
Zarith Sofea menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sofea yang selesai berwuduk terus ke bilik mereka untuk solat bersama.
"Aish, bahagianya rasa dapat solat dengan bidadari solat pula waktu Maghrib" ujar Hayyan Harith.
"Ish, ada je kan qalbi ni" ujar Zarith Sofea. Pipinya sudah memerah.
Mereka pun usai solat berjemaah bersama. Hayyan Harith membaca doa.
"Ya Allah,Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku bersyukur kepadamu kerana telah satukan kami berdua,kau berkatilah hubungan kami,kau permudahkanlah urusan kami,kau permudahkanlah urusan kami untuk mengharungi dan menjalani segala ujian yang diberikan olehmu. Ya Allah, aku bersyukur kerana engkau memberikan aku kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah. Ya Ampunila dosa-dosaku, isteriku,Zarith Sofea,ibu-bapaku,keluargaku dan saudara sesama islamku. Allahuma Ajirni Minan-naar 7×. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Usai doa, Harith memandang isterinya lalu berkata "terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang, bidadari" Sofea membalasnya sambil menyalami tangan suaminya yang berlapik dengan kain telekung"sama-sama, terima kasih kerana sudi menjadi suami sayang juga, qalbi"
"Bidadari, hari ni kan hari jumaat jadi sebelum nak tunggu solat isyak jom kita baca yaasiin" ajak Hayyan Harith sambil senyum manis.
"Boleh juga tu, tunggu sekejap saya ambil yaasiin ye, qalbi" ujar Zarith Sofea sambil senyum tak kalah manisnya.
"Aish, manis betul senyuman bidadari depan mata saya ni" ujar Hayyan Harith.
"Ada ada ajelah, qalbi ni" ujar Zarith Sofea sambil menggeleng kepalanya dan tertawa kecil.
"Alang-alang nak tak dapat pahala malam jumaat ni?" ujar Hayyan Harith senyum nakal.
"Awak jangan nak macam-macam eh, qalbi. Saya ni masih kuat lagi nak tendang orang, qalbi" ujar Zarith Sofea menjeling.
"Tak ada lah, saya gurau je tapi kalau nak boleh je..awak bukannya monopause lagi" ujar Hayyan Harith sambil terselit sindiran.
"Ish, malas lah nak layan lagi saya layan lagi saya pening kepala plus nak terajang muka orang" ujar Zarith Sofea mencebik. Hayyan Harith tertawa mendengar jawapan isterinya itu.
"HAHAHAHA, awak ni saya gurau je saya takkan sentuh awak selagi awak tak sedia lagi satu lelaki yang baik takkan sentuh perempuan yang dia cintai" ujar Hayyan Harith.
"Nasib baik ayat tu menyenangkan hati sejuk je dengar dekat telinga ni" ujar Zarith Sofea sambil membawa yaasiin.
Hayyan Harith memandang isterinya yang sedang menyelak muka surat yaasiin tersebut lalu Zarith Sofea memalingkan mukanya kearah suaminya itu dan kembali melanjutkan bacaannya. Mata Hayyan Harith tetap memandang isterinya sehingga tamat bacaan surah tersebut.
Harith membaca doa selepas baca yaasiin. Usai membaca doa, matanya tetap tertumpu kepada Zarith Sofea. Hatinya berdegup laju dan hatinya berkata "Ya Allah, indah sungguh ciptaanmu dan perancanganmu. Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku sampai takut kehilangan aku, Sofea" .
"Awak kenapa pandang saya macam tu?" soal Zarith Sofea.
"Saje, tak salah pun pandang bini sendiri" jawab Hayyan Harith.
"Faham. Saya nak tanya satu soalan boleh?" ujar Zarith Sofea.
"Boleh, tanya lah. Jap, awak tunggu saya letak yaasiin ni nanti awak tanya" ujar Hayyan Harith sambil bangun dari tempat tersebut dan menyimpan yaasiin tersebut di rak.
"Okey, tanya lah, bidadari" ujar Hayyan Harith.
"Awak halalkan saya sebab nak jaga nama baik keluarga awak je ke, qalbi?" soal Zarith Sofea. Perasaan yang penuh ingin tahu.
"Look at me and listen it, saya nikah dan halalkan awak pada mulanya memang sebab nama baik keluarga tapi lepas saya nikah dengan awak saya mula rasakan perasaan cinta walaupun baru sehari dan saya ikhlas halalkan awak, Sofea. Saya tak boleh tipu perasaan saya, Sofea. Saya mula rasa bila pertama kali kita bertemu waktu dekat kafe adik saya dan makin membuak-buak perasaan cinta tu bila saya lafazkan akad dan makin tambah cinta bila awak panggil saya dengan perkataan qalbi kemudian abang dan awak sentuh saya bila awak cemburu serta ketika saya nak beredar pergi dari bilik waktu saya letak spaghetti sebelah awak. Agak kelakarkan bunyi dia, baru kenal terus jatuh cinta tapi memang itulah hakikatnya saya tak pernah jatuh cinta. Selepas saya jumpa awak, itulah cinta pertama dan terakhir saya iaitu bidadari saya sendiri, Zarith Sofea binti Mohd Fayyadh" luah Hayyan Harith panjang lebar sambil senyum manis. Sofea tergamam mendengar kata-kata suaminya itu.
"Terima kasih sudi mencintai saya yang tak seberapa ni, saya tak tahu nak balas apa tapi terima kasih sangat-sangat sebab ikhlas halalkan saya. Saya sangat-sangat hargai" ujar Zarith Sofea sambil senyum.
"Dah lah, jom solat isyak lepastu kita tidur okey, saya nampak muka awak macam tak larat tu,bidadari" ajak Hayyan Harith. Sofea hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Usai solat, mereka berdoa dan ke katil mereka lalu tidur.
"Awak, goodnight mimpi yang indah-indah, qalbi" ujar Zarith Sofea lalu memejamkan matanya.
"Goodnight too, bidadari" ujar Hayyan Harith sambil kucup di kening Sofea.
"Aish, tidur pun manis aku tidur pun tak manis macam dia..geram pula aku tengok pipi dia nak je aku cubit-cubit tapi takut terjaga pula..dah-dah baik aku tidur" ujar Hayyan Harith nadanya perlahan. Harith memejamkan matanya lalu tidur nyenyak.
YOU ARE READING
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...