CHAPTER 16•MIMPI•

8 0 0
                                    

"Sayang pergi kerja tak hari ni?" soal Hayyan Harith.

"Pergi tapi sayang dah tukar sesi jadi sayang pergi pukul 2:00 sebab mengajar sesi petang" jawab Zarith Sofea.

"Oh, tak apalah abang pergi dulu tau. Jaga diri" ujar Hayyan Harith.

"Okey, kerja elok-elok jangan lupa sayang tau" ujar Zarith Sofea sambil senyum. Dia menyalami tangan suaminya itu.

"Bye, love you qalbi" ujar Zarith Sofea sambil melambai tangannya ke arah Hayyan Harith.

"Bye, love you too bidadari" ujar Hayyan Harith sambil membalas lambaian tersebut dan mengernyitkan matanya.


Hayyan Harith pula sedang berfikir harus bagaimana dia mahu menolak perasaan Iris Elisa tanpa melukai hatinya. Mahu tolak mentah-mentah risau terjadi perkara yang tidak elok pada dirinya dan keluarganya. Hayyan Harith berfikir Iris Elisa tidak datang ke pejabatnya rupanya dia datang tapi pada waktu petang.

"Hai you, cukup idaman you tak ni?" soal Iris Elisa. Hayyan Harith memandangnya atas bawah, atas bawah kerana pelik melihat Iris Elisa yang memakai baju kurung moden berwarna biru lembut.

"Apa benda pula ni? Buang tebiat ke apa?" soal Hayyan Harith dahinya berkerut. Ya Allah dugaan apa lagi ini.

"I pakai nampak kelakar ke?" soal Iris Elisa.

"Nampak hodoh" jawabnya selamba.

"Memanglah sebab I kan lawa dengan baju-" tidak sempat ingin menyambung ayatnya tiba-tiba sahaja ayatnya di potong.

"Baju tak cukup kain..tapi still hodoh tak lawa langsung. Tak penat ke ulang-alik datang pejabat aku?" ujar Hayyan Harith.

"Tak penat selagi I tak dapat cinta you" ujar Iris Elisa.

"Baik kau berambus jelah but the way keep istiqamah lah ye teruskan..try pakai tudung labuh pula" ujar Hayyan Harith. Entah ikhlas ke tidak pun tak tahu nak tutup aurat tu.

"Maceh you..I akan cuba supaya boleh jadi isteri yang terbaik untuk you" ujar Iris Elisa.

"Bukan isteri aku sebab isteri aku lebih elok daripada kau" ujar Hayyan Harith.

Manakala pula Zarith Sofea sudah pergi tempat kerjanya. Dia menghantar beberapa gambarnya.

4 photos
-You

Cantiknyaaaaa😍..pergi kerja tu hati-hati
-My Qalbi🤍

Okey, bye tak sabar nak balik nak jumpa qalbi
-You

Ye sayang, abang pun sama. Ada banyak class ke hari ni ?
-My Qalbi🤍

Tak banyak pun ada 6 class je
-You

Alright, mengajar elok-elok
-My Qalbi🤍

Zarith Sofea hanya membaca mesej tersebut dan mengajar di kelas lain pula. Hayyan Harith pula masih bertekak mulut dengan Iris Elisa.

"You dah kenapa sengih-sengih?" soal Iris Elisa.

"Sebab isteri aku send  gambar dia lah" jawab Hayyan Harith.

"Eleh, gedik nak send gambar bagai" ujar Iris Elisa. Menyampah.

"Gedik? Aku rasa kau yang gedik, orang kalau dah cakap tak suka tu buatlah cara tak suka bukan sibuk kejar padahal orang tu dah berkahwin kot" ujar Hayyan Harith yang masih menatap gambar isterinya itu.

"Yang penting I lagi cantik okey!" ujar Iris Elisa nadanya dinaikkan sedikit.

"Zarith Sofea binti Mohd Fayyadh lagi cantik, manis pula tu" ujar Hayyan Harith bangga. Mestilah siapa aje tak sayang isteri sendiri.

"Ish, sikit-sikit Sofea..yang penting I lagi cintakan you" ujar Iris Elisa bangga dan melibas rambutnya.

"Nampak muka aku kisah? Yakin ke cinta kau lebih dari Sofea kalau macam tu datanglah rumah mama aku esok, boleh?" soal Hayyan Harith sambil senyum sinis.

"Boleh, apa-apa demi you I sanggup buat" ujar Iris Elisa.

"Esok pukul 9:00 malam, datang sendiri tak ada fasal aku nak ambil" ujar Hayyan Harith.

"Okey, bye love you sayang" ujar Iris Elisa sambil melambai tangannya dan sempat juga membuat flying kiss. Hayyan Harith tidak peduli dan langsung tidak menoleh kearahnya dari awal Iris Elisa bercakap dengannya sehingga dia keluar. Hayyan Harith menghelakan nafas lega kerana Iris Elisa sudah berlalu pergi.

Hayyan Harith sambung membuat kerjanya sehingga jam tepat pukul 6 petang Hayyan Harith gerak pulang ke rumah. Hayyan Harith memberitahu isterinya.

Abang nak gerak balik dah ni
-You

Okey, qalbi. Sayang pun nak gerak ni bye jumpa dekat rumah mama
-My Lovely Wife 🤍

Alright sayang
-You

Setelah mereka tiba dirumah. Mereka pun masuk ke dalam bilik. Hayyan Harith sempat bercerita tentang Iris Elisa.

"Sayang nak tahu esok dia datang rumah tau abang ajak dia" ujar Hayyan Harith.

"Baguslah qalbi ni, good job lagi cepat lagi bagus" puji Zarith Sofea.

"Dah lah abang nak mandi dulu" ujar Hayyan Harith dan berlalu ke dalam bilik air. Usai mandi mereka siap-siap untuk mengambil wuduk untuk solat Maghrib. Selepas solat Maghrib mereka membaca Al-Quran bersama.

"Sadaqallahul azim" ucap mereka. Mereka menadah tangan dan Hayyan Harith membaca doa selepas baca Al-Quran.

"Sayang cuba tengok jam dah masuk waktu ke belum?" soal Hayyan Harith.

"Dah qalbi. Jom solat sebab lepas solat sayang nak tidur mengantuk sangat dah ni" ujar Zarith Sofea dan meletakkan Al-Quran di dalam rak.

"Assalamualaikum warahmatullah" toleh ke kanan.

"Assalamualaikum warahmatullah" toleh ke kiri. Hayyan Harith membaca doa, Zarith Sofea pula menyalami tangan suaminya dan melipat sejadah itu. Zarith Sofea terus menghempas badannya di tilam dan terus tertidur.

"Ya Allah tidur pun comel" puji Hayyan Harith. Hayyan Harith menutup lampu dan baring di sebelah Zarith Sofea. Hayyan Harith mengusap pipi isterinya sehingga dia tertidur.

Zarith Sofea terjaga dari lenanya dan melihat jam di skrin telefonnya yang menunjukkan pada pukul 3:30 pagi. "Ya Allah aku mimpi apa ni? Adakah ini petunjuk untukku Ya Allah?" terasa sebak didada tanpa sedar air matanya mula menitis.

"Ya Allah adakah kami akan diuji lagi?" ujar Zarith Sofea air matanya berjurai-jurai turun membasahi pipi.

"Ya Allah sesungguhnya hanya engkau tempat aku berlindung. Kau lindungi lah kami Ya Allah. Ya Allah kau teguhkanlah hubungan kami." air matanya semakin deras mengalir. Tiba-tiba Hayyan Harith terjaga kerana terdengar esakan isterinya.

"Bidadari abang kenapa nangis ni?" soal Hayyan Harith dan memeluk isterinya itu.

"Sa-sayang ta-tadi mimpi yang a-abang akan ting-tinggalkan say-sayang..hisk..hisk" jawab Zarith Sofea tersedu-sedu.

"Jangan cakap macam tu..abang ada dekat sini, sayang tahu kan satu percakapan adalah satu doa jadi kita kena doa yang baik-baik. Jangan nangis, abang selalu ada untuk sayang" pujuk Hayyan Harith. Zarith Sofea masih menangis di dada Hayyan Harith dan menyebabkan bajunya basah.

"Hisk..hisk a-abang jan-janji tau" ujar Zarith Sofea teresak-esak.

"Abang janji dengan izin Allah tiada siapa dapat memisahkan kita kecuali Allah yang maha kuasa" pujuk Hayyan Harith dan mengucup ubun kepala Zarith Sofea.

Setelah beberapa minit, tiada lagi bunyi esakan. Hayyan Harith menolak sikit Zarith Sofea dan terlihat Zarith Sofea kembali tertidur. Hayyan Harith menariknya semula dalam dakapannya dan kembali tertidur.



Agak ii mimpi ni sekadar mainan tidur atau petunjuk? Haa alamakkkk!!👀

MAHLIGAI BAHAGIA (C)Where stories live. Discover now