"Semalam bidadari abang seronok tak?" soal Hayyan Harith.
"Eh, mestilah seronok..dapat tengok lembu, bagi makan ikan lepastu tengok arnab pula dah lah comel tau" jawab Zarith Sofea sambil senyum.
"Baguslah kalau macam tu, sayang letih?" soal Hayyan Harith.
"Tak" jawabnya sepatah.
"Okey, sayang siap dulu sebab kita nak pergi Pulau Sapi & Manukan" ujar Hayyan Harith.
Beberapa minit kemudian, mereka telah siap dan mereka menuju ke Pulau Sapi & Manukan yang hanya mengambil masa selama 20 minit dari Kota Kinabalu.
"Masya-Allah tenangnyaaa!" ujar Zarith Sofea.
"Abang nak cuba jet-ski?, parasailing? Atau snorkeling? Mana satu" soal Zarith Sofea.
"Nak try jet-ski" jawab Hayyan Harith.
Ketika mereka sedang bergembira pemandu peribadi mereka sempat mengambil gambar mereka kerana di arah oleh Hayyan Harith.
"Haish, gambar lawa dah..aku ni bila nak ada pasangan" ujarnya sambil melihat gambar yang diambilnya tersebut. Mahu kata bagaimana nasib bujang bukan tak ada yang mahu tapi diri tu memilih.
Usai, melakukan aktiviti air mereka terus menukar pakaian dan berehat. Setelah berehat mereka pula pergi ke Pantai Tanjung Aru untuk melihat matahari terbenam di pantai tersebut.
Keindahan pantai disitu dengan airnya yang putih bersih dan jernih mampu menyenangkan hati. Indah dan tenang itulah perkataan yang terucap dari bibir mereka.
"Abang, nak tanya satu soalan boleh?" ujar Hayyan Harith sambil memandang isterinya.
"Tanyalah" jawabnya sepatah.
"Bidadari abang gembira tak sepanjang kita bergelar suami isteri?" soal Hayyan Harith.
"Ya Allah, mestilah gembira..dah lah segak, tinggi, pandai, faham agama, tak baran yang paling penting pandai menghargai. Sayang tak pernah tak gembira walaupun kita ni kahwin tanpa bercinta sebab sayang yakin cinta tu akan hadir selepas kahwin dan saling menghargai serta mempercayai" jawabnya panjang lebar.
"I love you, bidadari abang" ujar Hayyan Harith dengan penuh ketulusan.
"I love you more, qalbi" balasnya dengan penuh ikhlas.
"Jom sayang kita tengok air pancut berirama pula" ajaknya sambil menarik tangan isterinya.
"Tangkap gambar dulu" ajak Zarith Sofea.
"Cantik gambar ni, lelaki dalam ni pun tampan suami siapa lah ni" ujar Zarith Sofea sambil mencuit hidung suaminya.
Pada pukul 7:30 malam, mereka singgah Tanjung Aru Perdana Park.
"Wah, seronoknya!" jerit kecil Zarith Sofea. Zarith Sofea menjengkitkan kakinya dan mencium pipi suaminya itu. Ciuman itu mampu membuatkan pipi Hayyan Harith merona merah dan membahang seperti udang bakar. Hayyan Harith terdiam dan terkaku akan tindakan tersebut.
Zarith Sofea sempat mengambil gambar. 10 minit berlalu masa telah menunjukkan pada pukul 7:40.
"Qalbi, sayang lapar lepas tu nak balik sayang dah penat" ujar Zarith Sofea.
"Ye, jom..abang pun lapar" ujar Hayyan Harith sambil mengusap lembut kepala Zarith Sofea.
Entah dari mana tetiba pemandu peribadi mereka muncul untuk menjemput mereka.
"Tuan, jom kita singgah makan lepas tu balik hotel esok sambung pula" ujar pemandu peribadi itu.
Usai makan, mereka berhenti untuk solat lepas solat mereka terus pulang ke hotel semula.
Pendek je kali ni takde idea😌 ade typo abaikan sbb tak rajin nak betulkan😭😭
ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...
